Beberapa minggu lepas kawan aku yang sorang ni ada sms, nakkan kepastian aku berpindah, kuarters.... dan mcm2 la perbualannya. Katanya nak datang cuti raya cina. Aku OK je kalau tak kemane....
Tapi semlm dia sms lagi, tiba2 nak duk dengan aku!!!, nak kerja d Putrajaya!!! eemm..... Kenapa? Tiba2 je? Macam2 aku bagi tau kat dia, mengenai tingkah laku dan kos. Dia OK jer......
Masalahnya sekarang ni aku yang tak berapa nak OK. Kalau sekadar datang sini dan tidur beberapa hari pun aku tak kisah. Yang jadi masalahnya dia.
Sebenarnya kami dah berkawan lama, sejak sekolah menengah lagi from 4, sehingga kini, akulah kawan dia yang masih berhubung dan adakalanya dia mengadu masalah. Aku!!!!!! dengo jela.... Lepas tu aku pulak nasihat kan dia huhuhuu....
Dia memang kenal aku sangat2, dulu masa zaman remaja merangkap zaman kegemilangan aku, pergi date dia le yang teman huhuhu.... dia pun tau aku ramai boyfriend huhuhu.... dulu memang senang nak dapat kawan, asal berjalan je mesti dapat kawan baru, hehehee. Nak kata cantik biasa je.... dulu aku kurus keding jer.... Tapi ramai jugak yang suka aku.... hehehe.. dan setiap lelaki yang aku kenal, kami berkawan agak lama tanpa ada masalah, sebabnya aku memang sangat memilih, ada yang tak kene je, nampak ganas, nampak brutel.... memang jawabnya reject la huhuhuhu...
Kerana kawan aku yang sorang ni la aku dengan hamizan si budak Segamat tu gaduh!!!! dia kecewa sebab aku ada special boyfriend (rizal namanya) dan orang itu bukanlah dia... huhuhuhu... Mungkin dia cemburu sebab aku baik dan berkawan lama dengan rizal dan hamizan.. sedangkan dia berkawan dengan lelaki silih berganti dan tak kekal lama.
Sebenarnya, istimewanya kami berdua ni adalah tarikh lahir... kami dilahirkan pada bulan dan tahun yang sama iaitu Februari, tahun rahsia huhu, cuma bezanya jarak sehari jer, dia 14 Februari dan aku 15 Februari..... Mungkin kerana itu kami macam sesuai ke serasi ke apa2 jela.... agaknya la!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sebab apa yang aku tahu, dia ni memang kurang disukai, mungkin kerana sikap dia tak boleh di tegur dan mudah berangin huhu... sama le aku, cuma aku sekarang ni da kurang dan agak terkawal, sebab aku tau orang tak suka, sebab aku pun tak suka orang peel gitu dan kerana faktor usia kot... alamak!!! macam tua sangat pulak hehe.
Antara kami memang cukup berbeza, dia agak pendiam dan masam, aku pulak ramah dan suka senyum, dia biasa2 je aku cun sikit la huhuhu.... dia suka beli barang mahal2 standard kononnya tapi tak sampai hujung bulan dah pokai tu yang adakalanya dia cari aku nak pinjam duit haha, aku pulak, suka beli barang ikut kemampuan dan butjet, pakai tak mahal pun tak pe, kadang beli time offer, kalau kene gaya cantik jugak, lagi pun baju mahal bukan orang tau harganya.. huhuhu pada aku la... pasal gaya pulak dia memang simple jer, aku... bergaya sakan bergantung pada keadaan nak2 kalau ada majlis, bergaya bersoleh bagai... tapi selalunya aku simple jugak.. dan paling ketara... aku ni rajin... suka masak.. dia sebaliknya.... Cuma dia pembersih untuk diri sendiri jer... pakaian khususnya.EEmm bukan nak burukkan dia itu le kenyataannya... dia dengan adik beradik pun tak serasi.... macal dalam dunia ni aku je yg OK dengan dia kot huhuhuu.....
Haaa!!!! itu yang jadi masalah sekarang, nak duduk dengan aku pulak.... pening kepala aku kalau perangai dia tak menyenangkan aku, kalau aku solat dengan Asyraaf dia tak solat mau Asyraaf persoalkan.... Budak2 ni kene bagi contoh teladan yang baik... diiringi dengan doa In Syaa Allah baik le jadinya ...
Aku fikir da la aku ni cerewat.... rumah memang nak sentiasa kemas... tapi kalau dia malas ke!! tak bayar sewa ke!!!!! mau tension aku, tak kan aku nak tanggung anak orang pulak, tak kan nak tunggu di tegur pulak, dah tua bangka tu!!!!! Manusia ni bukan mudah nak ubah sikap kerana orang lain, melainkan kehendak sendiri. Tengok le macam mane, rasanya offer dia tumpang sementara waktu je la lepas tu cari la rumah sewa lain, apa pulak nak duduk dengan aku.
Pada pandangan saya, lebih baik IDah dok dengar Ashraff jer..bila orang luar masuk dalam rumah kita dan duduk sama dengan kita, dah takder privacy..nak-nak bila jenis yang tak leh kena tegur. Dia pun baru nak cari kerja kan? Tak pasal-pasal Idah pulak kena tangguh dia. Bukan la saya suruh Idah benci kawan rapat, tapi sebelum terkena lebih baik kita beringat. Sekarang ni macam-macam jenis orang. Ramai kawan makan kawan. Yer la....dibuatnya dia dok sama dengan Idah dan tak bayar sewa....Idah pulak terpaksa tanggung makan minum dan tempat tidur dia..mmmm...ni pandangan saya jer la..
BalasPadambetul la tu misah.... tu yg duk fikir ni.... ye la nak jaga hubungan baik, dia ni saya kenal sangat2 memang x boleh duk sebumbung, dulu dia pernah tinggal kat umah saya d tangkak, sebab gaduh dengan arwah nenek dia.... malas sangat tu yg atuk dia membebel.... sebenarnya kawan saya ni, anak yatim piatu, dengan adik beradik pun x ngam... sebenarnya kawan saya ni org ke 3nak duk umah saya, hausemate saya sebelum ni pun 2 org nak duk dengan saya jugak ...memang seelok2nya duk anak beranak jer.... lagi pun saya ni cerewet jugak... dan tak terdesak pun untuk bayaran2 ni... masih mampu untuk berdua...
PadamBiarlah kita bayar lebih, yang penting hidup selesa anak beranak. Daripada sewakan bilik dengan orang luar, lepas tu perangai pulak macam-macam hal....susah2. Sebelum terkena lebih baik elakkan dulu.
BalasPadambetul tu misah, cadangan anda diterima hehehehehe
Padam