Selasa, 28 Januari 2014

Sebulan Telah Berlalu


Untuk tahun 2014 aku dah mula semula buat kira2 untuk bermula gaji bulan Disember. Kos yang di tanggung selama sebulan  iaitu Januari '14 ni berjumlah RM 3533.95, fuyoooooooo!!!! memang banyak sangat.... Dari gaji, duit nafkah anak, sewa rumah, bonus dan OT semuanya termasuk dalam kos ni. 


Memang ternyata bukan mudah untuk menguruskan kewangan, hati memang sentiasa risau, cukup tak cukup untuk sampai ke hujung bulan. Alhamdulillah telah berlalu pun sebulan...

Walaupun aku duduk di kuarters, bukan bererti masuk rumah basuh kaki jer. Aku dalam keadaan yang tak bersedia khususnya dari segi kos atau kewangan aku main redah jer, semua berbajet...... keluar banyak guna duit!! kalau sikit pun, guna duit. Cuma sedikit yg boleh di kongsi....

Inilah bil untuk bulan lalu...
Apabila dapat tawaran menduduki kuarters, pihak BPH akan bagi tempoh sebulan untuk selesaikan utiliti, apa dia??? SYABAS RM 130.00 ( sebelum gaji aku dah bayar x termasuk dalam bajet bulan Jan '14), TNB  RM 253.00, Deposit Kuarters RM 300.00 (ikut kelayakkan Gred, gred tinggi Deposit tinggi begitu sebaliknya, senarai kelayakkan dan bayaran diposit diberikan kepada mereka yang ditawarkan kuarters untuk rujukan) Deposit GAS RM 65.00 manakala caj convert RM 105.00 (ini yang dapur penunu dia 2 tungku kalau lebih lebih jugak cajnya). Tapi yang duduk di kuarters x semua pasang GAS NGV ni... sebab tiada paksaan. Aku bercadang nak pasang lonceng kat rumah ni hehehe.... tapi nanti2 la..

Isnin, 27 Januari 2014

Apa Kes Kawan Yang Sorang ni!!!!


Beberapa minggu lepas kawan aku yang sorang ni ada sms, nakkan kepastian aku berpindah, kuarters.... dan mcm2 la perbualannya. Katanya nak datang cuti raya cina. Aku OK je kalau tak kemane....

Tapi semlm dia sms lagi, tiba2 nak duk dengan aku!!!, nak kerja d Putrajaya!!! eemm..... Kenapa? Tiba2 je? Macam2 aku bagi tau kat dia, mengenai tingkah laku dan kos. Dia OK jer......

Ahad, 26 Januari 2014

Untuk Kau Yang Bernama "R"

Sebenarnya aku tak mahu membuka kembali buku yang telah ditutup. Tetapi aku tercabar andai apa yang berlaku aku di persalahkan. Semoga kau memahami nukilan ini.


Mulanya aku memang tidak berminat untuk mengenali dirimu, tetapi setelah kau bersungguh dengan keikhlasan yang berkali kau ungkapkan, aku terima salam perkenalan, dari pesanan kita mengatur pertemuan, dari hari ke hari kemesraan terjalin walaupun dari kejauhan. Ternyata kehadiran kau beri cahaya gembira dan buat aku rasa bahagia.





Kau Lilin Cintaku 


Kau Kerlipan Cahaya Kecil

Menyinari Hidup Ku Ini
ku Hanyalah Gadis Sepi
Yang Tertawan Dengan Sinar Mu
Memberi Kekuatan dan Keyakinan Diri
Pada Hati Yang Tersangkar Di Dalam Duka

Korus
Kau Lilin Cinta ku Dengan Keindahanmu
Mengusir Kenangan Yang Menggugat Perasaan
Kau Lilin Cinta Ku
Memberi Nafas Baru
Di Dalam Dunia Hati ku Yang Kegelapan

Kau Yang Dulu Kedinginan
Tidak Lagi Keseorangan
Kau Datang Dalam Hidup Ku
Menyalakan Harapan Baru
Sungguh aku Terharu Dengan Pengorbanan Mu
Rela Terbakar Demi Sebuah Cinta 



Sejujurnya kau adalah lelaki idaman ku, seperti yang pernah aku katakan pada kau dulu. Lalu aku kirimkan lagu aku suka dia - Ainan Tasneem  untuk kau mengerti.  Jika kau masih ingat!!!! namun kau hanya tertawa..


Namun setelah kita semakin mesra, dari suka  bertukar sayang.....  lain pula jadinya, kau memberi tamparan hebat dengan kenyataan kau tidak mahu berkahwin. Walau hanya ungkapan biasa, tetapi bagi aku,   pelbagai persoalan bermain difikiran. Apa maknanya ungkapan ikhlas yang kau lafazkan dulu? Apa gunanya  hubungan jika tiada pengakhirnya? Adakah kau punya insan lain atau mungkinkah aku bukan pilihan? 



Moga kau tahu bahawa dengan itulah aku putuskan untuk berundur setelah aku sedari matlamat kita berbeza. Aku hormati pendirian kau, malah tiada paksaan untuk menerima aku, jika aku bukan pilihanmu. Aku tak akan menunggu dan tiada gunanya membuang masa dengan hubungan yang ternyata sia-sia. Maafkan aku kerana terpaksa mengundur diri. Seperti kemahuanmu, "Anggap semuanya tak pernah bermula". Ayat itu tak pernah aku lupa, malah cukup buat aku terluka.




Kerana Terluka

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi

Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan…

Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi

Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali ku melangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang…

Ku masih lagi teringat

Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya…

Selamat tinggal sayangku

Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini
Kiranya tempias membasahai jendelamu

Itulah airmata yang jatuh di pipiku

Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa

Walau aku sentiasa menanti jawapan darimu, dimana kau sentiasa berpeluang untuk melafazkan kata agar aku bertahan, namun  ternyata sungguh menghampakan. Tahukan kau, betapa sukar untuk melupakan dirimu, sakitnya menafikan perasaan di hati. Lebih sakit lagi bila kau tak pernah peduli.   








Aku seumpama "bertepuk sebelah tangan". Tahukan kau, penghijrahan aku untuk melupakan pelbagai kenangan yang menyedihkan termasuklah dirimu. Dalam tidak sengaja perkenalan kita banyak mengajar aku erti rehda, sabar, akur dan pasrah, malah sebenarnya tidak salah menyayangi walau tidak disayangi, kerana ia lahir  jauh disudut hati yang tulus ikhlas tanpa dipaksa atau diminta, ia bukan keinginaan aku tapi rasa itu hadir sendiri. Tapi tak mengapa itu seketika dahulu.











Rindu Memaksa Ku Menyayangi Mu


Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu


Bukan mudahnya aku

Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu

Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi

Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi 



Hari demi hari yang dilalui, aku cuba melawan perasaan dan memujuk hati, ternyata masa mampu memadamkan rasa itu. Rasa yang sebelumnya cukup menyiksa jiwa dan raga akhirnya semua tentang kau mampu aku lupakan. 


Setelah segalanya berjaya aku hadapi, dengan senyum dan tenang dalam suasana baru di sini. Kau hadir dengan pesanan mengharap ada lagi pertemuan. Entah kenapa sapaan kau yang sesekali itu kurang aku senangi, sesekali kau mengingati aku, sesekali itu juga kau menyapa aku. Sapaan yang sesekali itu buat aku rasa pilu!!!! Apa lagi yang kau perlukan dari aku... 







Untuk apa lagi? Tahukan kau aku tak mengharap sapaan darimu lagi, ia hanya menerbitkan kesedihan dalam hati, Terkadang aku tertanya, Siapa sebenarnya aku dihatimu?. Andai aku tiada di hati biarkan saja aku pergi, tak perlu persoalkan rasa dihatiku jika sekadar untuk kau persendakan perasaan ini. 







Andai kau sendiri tak sanggup menerima, lupakanlah segalanya. Aku sedar kau  punya banyak pilihan dan bukan aku. Aku redha dengan segala-galanya. Aku terima dengan hati terbuka, tiada dendam tiada benci hanya ingin mengasingkan diri darimu..












Mawar Terpinggir



Perasaan dan hatimu
Mengikut musim
Bertukar ganti hangat dingin
Kehadiranmu didalam hidupku
Bak bayang
Sebentar ada sebentar menghilang
Siapa sebenarnya aku padamu
Aku sendiri terkeliru
Kau mengharapkan aku sentiasa
Mengerti terima saja
Apa yang terjadi
Diri mawar yang terpinggir
Terkadang dipuja (Ter)kadang tersingkir
Hati disebalik tenangku
Bagai kaca musnah
Terhempas ke batu


Aku sedar aku bukan sesiapa, sedari itu aku ingin pergi dan lenyap dari hidupmu, agar kau selesa dengan pendirian yang kau pertahankan, aku hormati andai kau ingin terus menyendiri. Namun aku juga ingin melupakan semuanyanya antara kita dengan batuan kau agar tidak perlu pedulikan aku lagi. Jauh aku membawa diri di tempat yang pasti asing bagi aku, dengan harapan dan impian baru. 



Setelah kekuatan aku perolehi untuk bangkit kembali, kini kau tiada lagi di hati, biarlah hati ini diserikan oleh insan lain yang mungkin lebih menghargai kehadiran aku disisi, walau tak pasti bila masa dan ketikanya. Tak mahu rasa di ganggu dan terganggu, oleh sesiapa yang tiada ertinya dalam hidupku.







Apa yang berlaku bukan untukku melukai sesiapa, sedari itu aku sendiri tersakiti, anggaplah ia takdir. Lantas sebagai hamba-Nya aku hanya berserah pada takdir dan redha dengan ketentuan-Nya. Biarkan aku berbahagia selalu walau sendiri, aku yakin janji Allah itu pasti.  Semoga kau berbahagian dengan cita-cita dan impian yang kau dambakan. Antara kita biar ia jadi kenangan.






Sekadar Di Pinggiran 


Tiada guna kau berpatah arah 

Jika niat mu meyambung kasih 
Apalah ertinya di sebalik 
Tangisan atau rintihan


Untuk apa kau kembali lagi 

Sekadar hanya untuk menyakiti 
Cukuplah sudah di sini saja 
Biar aku pendam duka


* : 

Hati sedih.. hati pedih 
Mengenangkan keindahan 
Bersama mu... 
Tidak ku sampai 
Ke puncak sana 
Apalah daya 
Ku bertahan cuma 
Di pinggiran 
Yang memilukan....




** : 
Jauh sekali di sudut hati 
Menyimpan dendam yang amat mendalam 
Akan ku sahut nama mu oh.. sayang 
Sewaktu ku kesunyian...



Jumaat, 24 Januari 2014

Rabu, 22 Januari 2014

Bubur Nasi


Bahan :

Untuk bubur

1. Segenggan beras
2. sedikit garam

Lauk :
1. Ikan bilis belah dua (banyak ikut suka)
2. Bawang besar potong bulat (banyak ikut suka)
3. Halia di potong halus (jika mahu)
4. Kicap secukupnya.
5. MInyak untuk menggoreng.

Caranya :

Bersihkan beras dan masukkan air separuh periuk dan masak dengan api yang sederhana. setelah air surut masukkan lagi air agar bubur menjadi hancur. 

Bagi lauk pula, mudah saje panas kan minyak, kemudian goreng ikan bilis sehingga garing, selepas itu masukkan bawang dan halia. Selepas beberapa ketika masukkan kicap, banyaknya ikut suka tukang masak, tapi jangan terlalu banyak nanti masin. Selepas kicap mesra dengan bawang dan lain-lain, siap sudah masakan. 

Menu yang sangat simple, sesekali makan, permintaan dari bujang senang yang tak sihat, selsema dan batuk, layan je la. 





Selasa, 21 Januari 2014

Lepaz Azab!!!!!

walaupun guna rice coocer, masak tetap masak.... di mana ada kemahuan disitu ada jalan...
Alhamdulillah selepas seminggu aku menunggu untuk pemasangan meter gas akhirnya hari di tunggu telah pun tiba, dan seronok memasak untuk bujang aku yang kije dia lepas makan  dia makan, lepas makan dia makan lagi.... eh!!!!! ibu dia makan pun reti berhenti la.... Tolongla!!!!!!

Ahad, 19 Januari 2014

Tongkeng Bercili



Bahan-Bahan :

1. 1 inci halia
2. 2 ulas bawang putih
3. 2 ulas bawang merah
4. 8 tangkai cili  merah
5. 2 tangkai lada basah
6. 1 mangkuk kecil air asam jawa
7. minyak untuk menumis
8. aram dan gula secukup rasa
9. Kacang panjang 2 tangkai 
10. Tongkek ayam 1/2 kilo
11. Serbuk kunyit


Caranya :

Tongkeng ayam yang telah siap dibersihkan digaul dengan kunyit dan garam.

Kemudian goreng tongkeng ayam tersebut dan ketepikan.

Bahan 1-5 ditumbuk@dikisar bersama garam dan gula. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar dengan api sederhana sehingga naik bau, masukkan pula kacang panjang. Kemudian masukkan air asam jawa. Setelah bahan yang ditumis cukup masak dan cukup rasa masukkan tongkeng yang telah digoreng. gaul sebati dalam 5 minit, masakan siap di hidang.

p/s : bagi mereka yang tahan @ suka pedas hanya perlu lada cili sahaja tanpa perlu menggunakan lada basah.




Jumaat, 10 Januari 2014

Ada-ada aje!!!!

macam2 orang pun ada

Ha!!!!!!!!!!!!!!! ini da 1 hal, dalam keadaan aku huru hara, haru biru,  lintang pukang, tungang langgang, caca marba, kintang kintung huhuhu... apa lagi... tetiba pulak ada kertas ni.

Rabu, 8 Januari 2014

Pink Cream + Collagen


Aku memang mencari produk ni, memang banyak dijual secara online, tapi aku tak yakin dan tak percaya, walaupun aku pernah beli produk untuk wanita secara online. Harga memang RM 36 aku mintak RM30 tapi dapat RM 32, di jual di kois di Putrajaya centrel.
Memang kecil je bekasnya, isinya pulak warna pink, rasanya masam hehe sapu di bibir tu yang terasa, benda ni untuk pink kan kawasan yang gelap @ birat. Ada jugak la bezanya bibir aku nampak pink cerah berbanding dulu. bibir aku warna tak sekata antara atas dengan bawah, ada le sedikir perubahan, walaupun tak secara menyeluruh.
Kegunaanya bukan sekadar di bibir sahaja, Nak tahu apa faedah  @ keistimewaan produk ni? jom terus ke maklumat dibawah :
Pink Cream dirumus khas dengan Teknologi Nano membantu mengembalikan kulit ke warna merah semulajadi, agar kelihatan berseri dan sihat. Sesuai digunakan pada bibir, puting, sekitar alat sulit, celah peha dan sesiku.



Cara Penggunaan : Sapukan secara nipis pada bahagian yang diingini 2-3 kali sehari selepas cucian. Untuk bibir, disyorkan sekali sehari sebelum tidur.

  • Adalah produk kosmetik V’Asia yang digunakan pada bibir, puting dan sekitar alat sulit bagi mengembalikan kulit ke warna asal merah semulajadi seawal tempoh 7 hari.
  • menyingkirkan sel kulit mati yang gelap akibat merokok atau faktor genetik dan membantu dalam penghasilan kulit baru yang merah semulajadi.
  • Mengembalikan kulit ke warna asal merah semulajadi terutama kepada kaum wanita yang gemar menggunakan gincu bibir.
  • Hasil penggunaan gincu bibir yang keterlaluan menyebabkan sel kulit pada bibir tidak dapat bernafas dan bibir menjadi kusam dan kehitaman.

Read more: http://www.anzbeautyshoppe.com/pink-cream-collagen-vasia#ixzz2nh064H3O

Selasa, 7 Januari 2014

Terkejut Dan Tak Sangka

Akhirnya... Contoh sirat rayuan ada di link di bawah

Bila aku naik pangkat/gred dan ditempatkan di Putrajaya, bermacam2 perancangan aku buat antaranya nak bawak anak aku tinggal bersama aku. Dah nama pun anak bererti dia tanggungjawab aku.

Rabu, 1 Januari 2014

My Hair Perm....


Da lama aku idamkan nak buat rambut ala-ala gini... perm... hehehehe... berkenan sangat dengan artis2, yang buat rambut macam ni. Nak buat rasanya banyak lagi duit nak d salurkan.... so pendam je la, bukan wajib pun.

SESEDAP RASA