Kebelakangan ni aku sangat risaukan Asyraaf, selalu fikirkan dia. Bila call dia mula sedih dalam nada sedih, merenget merongot dia suruh call abahnya, ada la tu nak mintak itu ini. Sememangnya sejak pindah ke Putrajaya aku belikan handset untuk dia senang nak berhubung, selalu call pengubat rindu.

Setiap tutur kata atau perbualan aku dengan dia, banyak yang aku berpesan, nasihat, dan sentiasa mengingatkan, walaupun dia masih kecil, aku bercakap dengan dia tak pernah anggap dia kecil atau muda dan istimewanya memahami dan tidak menyusahkan, mungkin sebab aku sentiasa cakap perkara yang sama, sama ada masa jumpa atau dalam telefon. Cuma budak-budak, kadang2 hati memberontak, hidup dia tak macam orang lain, orang tersayang ada dekat depan mata, dia terpaksa berdikari pendam perasaan sendiri, saat bermain lupa, tapi bila malam, bila sakit, bila dimarah, tak de orang dia nak bermanja.

Bila aku siap2 buat kerja nak rehat, nak tidur, dia bersama aku tengok TV, tak bermain macam biasa, paling sedih bila dia ingat aktiviti bersama dia nak ikut solat sama, dia suarakan itu yang buat aku rasa terharu.... semenjak aku tinggalkan, dia agak terbiar, kuku kotor, kerja sekolah tak buat, kadang2 tak nak mandi, tak nak gosok gigi, tidur pun dimana2 bergelimpangan alas sedia ada yang memang nipis, aku terpaksa sabar dan bertenang.... Masa aku ada, aku sangat menjaga dia, baik makan, pakaian, pelajaran, mandikan dia terutama sekali masa pergi sekolah, kadang kala berdukung, aku selalu kejut dia, sambil bergurau pagi2, tapi sekarang!!!! Sungguh dia rasa kehilangan. Bila aku mandikan ada step by step nya.... Tapi sekarang asalkan mandi jer.....Nak marah2 semuanya darah daging.... budaya kami mendidik anak2 berbeza walau dari darah yang sama. Aku sangat cerewet dan menjaga setiap aspek kerana semuanya penting.
MasyakAllah!!!!!!!!!!!, banyak betul cabaran untuk aku. Apa yang aku mampu buat dahapi dengar sabar, cuma keadaan masih tak mengizinkan untuk dia ikut aku. Aku pun tak tau le, sampai bila keadaan terus macam ni....
Hati ibu mana yang tak risau dengan anaknya. Anak tu sebahagian daripada hidup kita sebab lahir dari rahim kita. Awak pulak terpaksa berkorban dan berjauhan dengan anak kerana tugas dan tanggung jawab...Kalau saya pun tak sanggup untuk berjauhan dengan anak-anak saya Idah.
BalasPadamterpaksa misah, sementara ada peluang dan sementara solo ni, senang nak buat keputusan, cuma ada yang terpaksa dikorbankan. In Sya Allah, niat untuk keluarga... mudah2an ada hikmahnya...
Padam