Isnin, 7 Oktober 2013

Emosional


Emmm.... entah lah aku ni.... dah tua2 nak emo sangat. Kebiasaannya stady jer, boleh sabar, boleh tunggu, boleh bertimbang rasa, boleh tolak ansur la pendek ceritanya. Tapi entah kenapa semalam aku "panas" semacam...


Ceritanya nak jumpa kawan hehehehe...... bukan sesiapa pun. Nak jumpa pada hari ahad tak jadi sebab da malam sangat, aku pun ada kerja iron baju kerja untuk beberapa hari. So rancang untuk jumpa pada Isnin jam 9 seingat aku, OK la tu lepas Isyak, tak ya la balik aku nak solat lagi hehe.

Hari Isnin aku tunggu mesej dari dia, dari pagi ke petang..... petang ke malam.. senyap jer!!!! jam 9.00 malam, aku pun skodeng whatsapp dia, mak ai!!!!! terasa panas tiba2!!!! ON9 tapi sikit pun tak chet dengan aku..... eemm.... prasangka dah mula bersarang dalam hati.... OK tak pe... aku tetap tak mesej dia, hanya tunggu dia mesej....

tub!! tub!!! 9.15 malam dia whatsapp, jeng!!! jeng!!! jeng!!!! apa lagi aku pun melepaskan angin yang terpendam....ttuuuttt!!!!!!!!!!!!!!!! hahahaahhaahaaa kentut pulak.....tak senonoh... 

Bukan hangin, tapi berasap akibat "panas" hati tu tadi.... apa lagi berduyun-duyun kene tembak dengan mesej yang menyakitkan hati daripada aku... biasa la aku kan!!!!..... sakit hati punya pasal, tak nak kawan da.... delete no tipon dia bagai... tapi satu persatu penjelasan dia berikan.

Aku terfikir semula, alahai kesiannya dia, bertungkus lumus dia nak siapkan kerja untuk jumpa aku, bila dah siap kerja mesej kat aku, aku cancel.... dah la cancel aku naik angin pulak, dah la naik hangin sakitkan hati dia pulak.... eeemmmm.... nampak sangat salah aku, tuduh membuta tuli.... orang kata telajak perahu boleh berundur...... tapi terlajak kata-kata aku tu sikit tak nak mintak maaf...... tetap dengan hati yang keras kematu tu.... hahaha...

Sebenarnya mungkin sebab aku menunggu mesej dari dia, lepas tu petang balik lewat sebab ada meeting keceriaan habis jam 6.00 petang, pas tu entah kebetula  ke suratan...tunggu bas lama pulak... adeh!!! balik rumah jam 7 lebih tambah lagi dengan rasa penat!!!.... lepas magrib aku baring terus nak lelapkan mata..... tapi tak boleh,  still tunggu mesej dari dia.. aku plan nak ajak dia tengok wayang BENCINTA da lama tak tengok wayang tak de geng.... so frust le beb, sebab dia lewat dan mungkin faktor utama aku ni nak periot hahahaha tak senonoh....

eemmm... dah beberapa kali aku majuk... yang bestnya dia ada usaha untuk memujuk, kalau silap dia, cepat2 dia mintak maaf hehehehee.... dan aku!!!! bila hati rasa sakit mula la aku tak nak kawan bagai!!!! Macam ni la aku bila dah tak percaya pada cinta... keh!!!!! kononnya!!!!  hahahaha da tua bangka peel macam budak2, tak pe la aku dengan dia memang jauh beza.... sebab tu dia suruh aku panggil dia abg... tak payah nak I.. U.... sangat bukan kat London.... hahahaha sesekali dia buat lawak...kan!! biasanya aku yang melawak.... dia tukang gelak hahaha....... tu yang dia happy kawan dengan aku... Katanya!!!!... iyolah!!...

Lepas ni!!!! apa nak jadi pun jadi la.... nak hubungi aku ke tidak.... aku memang takkan hubungi dia sebab... da delete maklumat..... dengan sengaja untuk tidak dapat menghubungi dia. Apa yang aku tahu untuk setakat ini aku tak percaya pada perhubungan.... dan sebenarnya dia langsung tak tahu status aku. Pernah dia bertanya kenapa tak kawin, dengan mudah aku jawab "tak de orang nak". Dia ingat aku ANDARTU..... hahahaha itu lebih selamat. Kalau dia "SENYAP" lepas ni pun. Biarkan semuanya menjadi RAHSIA..... Ada sebab kenapa aku berahsia....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA