Rabu, 23 Oktober 2013

Long Dresses Potongan Serong



Long Dresses Potongan Serong gabungan warna biru turquoise & purple ni paling aku suka, design  dan potongan kainnya yang serong apabila di pakai memang nampak terletak je, manakala di bahagian dada sarat dengan potongan kain yang rambu ramba macam pakaian boria, bahagian tangan, potongan kembang payung dan dihiasi dengan jahitan manik. 

Jarang pakai baju ni sebab susah sikit, perlu  sesuaikan dengan majlis, oleh kerana ada dinner merangkap tugas di  Hotel Marriott Putrajaya, aku pakai la baju ni. Dah lama baju ni lebih kurang 3-4 tahun atau mungkin lebih. Tapi jarang dipakai, nak tunggu majlis dinner ni jarang sikit, ada pun tempat tak sesuai, kain yang digunakan kalau tersangkut sikit baju boleh rosak, tu yang sayang.



Sempat posing lagi, kerana menunggu masa yang lama untuk acara penyampaian hadiah, baju ni dipadan dengan tudung purple, tudung pinjam ehsan housemate aku, beriya nak pinjamkan, aku dah ada tudung lain, yang aku beli yang disuai padan dengan baju, dah orang bagi pinjam belasah je la....


senyum tak perlu kata apa-apa

6 ulasan:

  1. cantiklah idah...dah macam model.

    BalasPadam
  2. saya nak pakai baju2 macam idah pakai ni memang dah tak sesuai...badan dah banyak lemak sana sini. terutamanya tang perut...aduhai malunya. jadi pakai baju kurung jer la nak selamatkan keadaan perut ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba awak pakai korsek misah, mana la tau berkesan.... hehehehee

      Padam
  3. pakai sekejap jer aritu..lepas tu dah malas....mana nak berkesan.

    BalasPadam

SESEDAP RASA