Khamis, 31 Oktober 2013

Hanya Tinggal Rancangan...........



Hati aku berbunga-bunga rancang nak cuti panjang selama 10 hari, tapi hanya perlu mohon cuti 4 hari aje, 4,6,7&8hb Nov ni, 5hb cuti umum Awal Muharam @ Maal Hijrah. Sengaja bercuti untuk luangkan masa bersama anak dan sekarang ni kerja pun tak la sebuk sangat.

Isnin, 28 Oktober 2013

Risaukan Asyraaf



Kebelakangan ni aku sangat risaukan Asyraaf, selalu fikirkan dia. Bila call dia mula sedih dalam nada sedih, merenget merongot dia suruh call abahnya, ada la tu nak mintak itu ini. Sememangnya sejak pindah ke Putrajaya aku belikan handset untuk dia senang nak berhubung, selalu call pengubat rindu.

Sekarang aku terpaksa balik 2 minggu sekali, nak save butjet, maklum la, gaji baru masih tak dapat lagi, kos untuk dia je lebih 6-7 ratus belum mainan, jajan dia lagi, lom tambang balik kampung lagi dan terbaru dia da pandai mintak top up. Bila balik sesekali, tak sampai hati pulak nak menolak apa yang dia nak, tapi dia faham bila aku cakap, "ibu kene jimat, nanti ibu tak de duit", dia memang anak yang baik pada mata aku, bukan kerana dia anak aku. Tapi aku bandingkan sikap dia dengan sedara mara atau budak2 lain, bila aku dah besarkan mata, dia faham la, tak perlu nak nakal2, buat perangai memang kene la.

Setiap tutur kata atau perbualan aku dengan dia, banyak yang aku berpesan, nasihat, dan sentiasa mengingatkan, walaupun dia masih kecil, aku bercakap dengan dia tak pernah anggap dia kecil atau muda dan istimewanya memahami dan tidak menyusahkan, mungkin sebab aku sentiasa cakap perkara yang sama, sama ada masa jumpa atau dalam telefon. Cuma budak-budak, kadang2 hati memberontak, hidup dia tak macam orang lain, orang tersayang ada dekat depan mata, dia terpaksa berdikari pendam perasaan sendiri, saat bermain lupa, tapi bila malam, bila sakit, bila dimarah, tak de orang dia nak bermanja.

Semenjak dua menjak ni, bila aku balik nampak Asyraaf lebih dengar kata, suruh la itu ini dia buat aje, mungkin sebab nak ikut ibu dia pindah Putrajaya agaknya sebab aku cakap "perangai elok2 kalau nak ikut tinggal di Putrajaya", yang aku tak boleh tahan dia suka usik susu cap gantung dia, sesuka hati dia, dekat mane2 dia rasa nak pegang dia akan pegang, meleset2 macam anak lembu nak menyusu hehe. Orang tua-tua kata kalau anak lari rumah, bacakan beberapa ayat Al-Quran (serah pada yang pakar), balingkan susunya kebelakang, nanti anaknya akan balik.... bila Asyraaf mcm tu aku teringat dan fikir betul jugak anak akan rindu.... Agaknya la....

Bila aku siap2 buat kerja nak rehat, nak tidur, dia bersama aku tengok TV, tak bermain macam biasa, paling sedih bila dia ingat aktiviti bersama dia nak ikut solat sama, dia suarakan itu yang buat aku rasa terharu.... semenjak aku tinggalkan, dia agak terbiar, kuku kotor, kerja sekolah tak buat, kadang2 tak nak mandi, tak nak gosok gigi, tidur pun dimana2 bergelimpangan alas sedia ada yang memang nipis, aku terpaksa sabar dan bertenang.... Masa aku ada, aku sangat menjaga dia, baik makan, pakaian, pelajaran, mandikan dia terutama sekali masa pergi sekolah, kadang kala berdukung, aku selalu kejut dia, sambil bergurau pagi2, tapi sekarang!!!! Sungguh dia rasa kehilangan. Bila aku mandikan ada step by step nya.... Tapi sekarang asalkan mandi jer.....Nak marah2 semuanya darah daging.... budaya kami mendidik anak2 berbeza walau dari darah yang sama. Aku sangat cerewet dan menjaga setiap aspek kerana semuanya penting.

Tapi bila aku nak balik ke Putrajaya semula sekarang ni, dia mula berubah perangai, tak nak dengar kata, mula menangis, peluk tak nak lepas, dia seakan tak tahan lagi nak ditinggalkan, dia tak kasi aku balik. sedihnya!!!! kesian, tapi terpaksa marah supaya dia faham!!!!

MasyakAllah!!!!!!!!!!!, banyak betul cabaran untuk aku. Apa yang aku mampu buat dahapi dengar sabar, cuma keadaan masih tak mengizinkan untuk dia ikut aku. Aku pun tak tau le, sampai bila keadaan terus macam ni....



Ahad, 27 Oktober 2013

Bila dah sakit




Berlanjutan dari program jabatan iaitu wacana isu semasa, aku pun "wa kena beb".....adeh!!! sakit perut, ceret beret tak pasal2, malam 17hb.10. lepas. Peh!!! dalam keadaan tak stabil aku tetap siapkan kerja buat minit mesyuarat, saip jugak akhirnya. walaupun pun berulang alik ke tandas, sampai tahap kebuluran perut aku bila isi perut dah keluar da lebih 5 kali hehehehe pengotor je hehehe......

Rabu, 23 Oktober 2013

Long Dresses Potongan Serong



Long Dresses Potongan Serong gabungan warna biru turquoise & purple ni paling aku suka, design  dan potongan kainnya yang serong apabila di pakai memang nampak terletak je, manakala di bahagian dada sarat dengan potongan kain yang rambu ramba macam pakaian boria, bahagian tangan, potongan kembang payung dan dihiasi dengan jahitan manik. 

Jarang pakai baju ni sebab susah sikit, perlu  sesuaikan dengan majlis, oleh kerana ada dinner merangkap tugas di  Hotel Marriott Putrajaya, aku pakai la baju ni. Dah lama baju ni lebih kurang 3-4 tahun atau mungkin lebih. Tapi jarang dipakai, nak tunggu majlis dinner ni jarang sikit, ada pun tempat tak sesuai, kain yang digunakan kalau tersangkut sikit baju boleh rosak, tu yang sayang.



Sempat posing lagi, kerana menunggu masa yang lama untuk acara penyampaian hadiah, baju ni dipadan dengan tudung purple, tudung pinjam ehsan housemate aku, beriya nak pinjamkan, aku dah ada tudung lain, yang aku beli yang disuai padan dengan baju, dah orang bagi pinjam belasah je la....


senyum tak perlu kata apa-apa

Isnin, 21 Oktober 2013

Pucuk Muda !!!!!

Hahahahaah tajuk tak boleh tahan kan!!!!

Sekarang ni ramai artis wanita, status ibu tunggal pulak tu, berkahwin dengan lelaki muda, bujang lagi!!!!!. Takdir tuhan , itu Jodoh namanya.

Nak dijadikan cerita, seperti biasa aku ni bekerja, program jabatan yang diadakan pada 17 Oktober 2013. Tugas aku menjaga peserta pulau pinang, dalam jam 10 lebih malam baru sampai.

Khamis, 10 Oktober 2013

Power Bank



Haaaa!!!!!!!Dapat jugak!Power  puas hati aku dapat jugak benda alah ni....da lama aku nak beli tapi harga di kedai2 tipon agak mahal RM100++ kawan2 masing2 da ada, nak2 hausemate aku, aku je agak ketinggalan hahaha...... nak beli tapi tak tau di mana, da ada depan mata tapi harganya mahal, aku target bawah RM100.00. Masa membeli pun aku pilih juga, biasa la aku membeli mesti berpatutan dengan kapasiti dan harga agak berbaloi la jugak, kat kedai ni memang banyak pilihan, yang murah pun ada, tapi kapasitinya rendah.

Kawan2 ramai yang beli online ...eeeee aku masih tak percaya dengan pembelian online ni... ini aku beli masa bertugas di Sabah.... harganya nun tu ada hehehe.... beserta dengan cajer sekali.

Power bank ni sesuai untuk mereka yang selalu bertugas luar, nyawa tipon ni, tengah berjalan pun boleh caj. Tak perlu la cari plug, memang senang, juga tak payah bawak cajer kemana2 dah boleh simpan di pejabat 1, di rumah 1, manakala power bank di bawa kemana sahaja, duk diam2 dalam hand beg eemmmm lege rasanya bila dah memilikinya... 

Membeli tu atas dasar keperluan, jadi ada kepentingan terutamanya semasa kerja, bimbang bila ada perkara penting yang lebih mudah adalah berhubung melalui telefon. Bila kata dah sebok mana sempat nak caj tipon tu, masa ini lah gunanya power bank..... Alhamdulillah akhirnya, aku dapat jugak!!!!!!!!!! 




Rabu, 9 Oktober 2013

Penantian



Masalah dalam kehidupan ni macam2, salah 1 daripadanya kewangan " DUIT", kalau tak kije mane nak datangnya duit, maknanya ada la hubungan dengan kerja. Aku punya masalah la siapa lagi.... orang punya cerita orang punya pasal, yang penting aku tak kacau orang, aku yang selalu kene kacau adalah.

Isnin, 7 Oktober 2013

Emosional


Emmm.... entah lah aku ni.... dah tua2 nak emo sangat. Kebiasaannya stady jer, boleh sabar, boleh tunggu, boleh bertimbang rasa, boleh tolak ansur la pendek ceritanya. Tapi entah kenapa semalam aku "panas" semacam...

Selasa, 1 Oktober 2013

Pengalaman la kononya hahaha

Kalau cerita pasal kije selagi tak mati, memang tak habis. Pengijrahan aku ke Putrajaya atas kehendak aku sendiri. Masa temuduga pun aku dah cakap. " Kalau diberi pilihan saya tak nak kerja di Daerah atau Johor". Nampak gayanya panel memahami. 

SESEDAP RASA