Isnin, 1 April 2013

Pasai Gigi Ler Pulak!!!!!!!!!


Balik2 sekolah, Asyraaf mengadu..... hahahahaha....... dia memang budak suka mengadu... Dia kata Dr.tak cabut gigi yap, dr cakap gigi yap cantik. terkejut aku, pasai apa pulak nak di cabut..... Rasanya sebelum ni pun dia cakap dr check gigi, tiap2 bulan ke?????

Sebenarnya masa di Muar da pernah jumpa Dr. Check Up seperti biasa  untuk anak, dari kecil sampai la ke besar 5 tahun aku la yang selalu bawak ke klinik Dr. ada kata gigi Asyraaf cantik tak de masalah. Alhamdulillah. 

Mana tak cantik da ibu dia yang gosokkan, jangan kata gosok gigi, da besar aku mandikan lagi... Nak2 pagi2 nak ke sekolah, memang kene mandikan, kalau tak jangan kata mandi, tido pun tak bangun2. Lagi pun bukan boleh percaya mandi sendiri celam celup jer, bersihnya tak gak, lama je lebih.... main2, mandi pun sempat main2, tak cukup lagi dia bermain.... menjerit tak sudah aku ni di buatnya. satu persatu aku pesan mandi, gosok gigi, syampo rambut, syampoo badan, cebok..... puas aku pesan ingat macam mana ibu dia mandikan.

Eeee.... Eh..... balik semula pasal gigi, hahaha.... aku memang jaga pemakanan Asyraaf, dia tumbuh gigi 6 bulan, bila gigi 4 batang da keluar habis aku beli kan berus gigi jenis getah supaya boleh berus gigi dia dan masa kecil2 aku tak bagi makan gula2, jajan2 ni, ada pun kadang2 biasanya bagi berbentuk biskut, coklat, kismis atau kekacang, yang baik untuk minda.... Da besar ni tak boleh nak cakap, da pandai beli sendiri ada mentor dia yang dia ikut. 

Anak punya pasal bukan kata gigi, kulit dia pun dijaga, cuma sekarang da tak terjaga, budak da besar tak terkawal, luka sana sini, bekas kudis banyak di kaki, Dulu Asyraaf masa kecil putih, skarang da serupa anak bangla..... 

Apa yang paling aku suka tengok Asyraaf pada mata dia, mata yang bulat berbulu mata panjang, cantik pada mata aku..... Anak kesayangan aku....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA