Seperti biasa bertemu teman lain jabatan di 1 majlis, berbicara mengenai kesihatan, tentang aku, juga mengenai makanan, biasa la bila usianya sudah mula mencecah 40-an macam2 penyakit akan mula dapat dikesan, tetapi 1 perkara yang tidak sekata berkenaan makanan dan masakan, "anak2nya suka makan di kedai berbanding di rumah" katanya. Dengan spontan aku pun kata, "anak saya suka kalau saya masak, kalau sedap dia mesti cakap, " kalau ibu masak mcm ni hari2 pun best."
Ada kesempatan sememangnya aku akan memasak, walaupun sekarang tinggal berdua, aku sememangnya suka menyediakan juadan untuk anak, walaupun dia tidak meminta-minta. Wajib dengan menu yang mesti ada lauk dan sayur, baru seimbang. Kadang2 masak juga nasi goreng kalau dah tak sempat, spaghetti jee, apa yang penting mesti masak untuk serumah makan, itu yang penting.
Kerana itu terdetik untuk aku coretkan disini, teringat cerita P.Ramli musang berjanggut tak silap, dalam dialog dia yang mengatakan dia nak cari perempuan bukan betina.... huhuhuhu tak terasa ke hati wanita itu jika bukan wanita dek kata P.Ramli betina mungkin tak de rasa apa.
Apa pun seorang perempuan, setelah bergelar isteri dan juga menjadi ibu, sedikit sebanyak mesti @ perlu tau memasak, semua orang bermula dengan 'o' mana ada ilmu datang dengan sendirinya begitu juga dengan memasak. Sampai bila nak makan di kedai, kalau bersolek berjam-jam boleh ke kelas solekan, masak pun boleh juga.
Cabaran bagi wanita adalah wanita itu sendiri, jangan cemburu kalau suami sendiri memuji isteri orang lain kerana enaknya masakan yang di rasa. Tapi kesedaran bagi setiap wanita itu cukup berbeza, memang ada yang tak suka ke dapur.
Sesungguhnya para isteri itu dalam kerugian yang amat sangat kerana tak ingin untuk memasak. Betapa banyaknya pahala untuk si isteri menyediakan makanan untuk ahli keluarga, dan betapa ruginya sepanjang perkahwinan tetapi dapurnya hanya di kedai. Betapa mudahnya mendapat pahala hanya dengan memasak.
Hakikatnya memasak bukan la susah, lebih mudah dari mengemas rumah. Yang penting pokok pangkalnya hati dan keinginan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan