wajah dan saat ini, tekanan yang begitu hebat aku rasai... namun senyum tetap senyum.... kini tinggal memori |
Malah ada juga sahabat menyangka bahawa aku yang tak mahu anak kerana ingin menjaga badan, kenyataan yang bertentangan dengan keinginan aku yang orang tak tahu. Dalam hati berbisik, mengapa perlu bertanyan jika akhirnya mempertikaian jawapan yang diberikan. Aku bukan manusia yang suka berdusta, apa untungnya aku.
Hati wanita aku tak pernah menolaknya, aku anak bungsu dari 3 beradik yang sememangnya suka pada budak, malah aku tahu setiap anak membawa rezeki, dan itu adalah janji Allah, tapi apakan daya, jika tiada persetujuan pasangan yang tidak yakin kepada janji Allah, penampilan yang alim itu bukan cerminan tingginya ilmu pengetahuan dan iman seseorang terhadap Alah SWT. Tak pernah aku meminta-minta, sama ada emak, pakaian mahal, atau makanan dan sedap lagi lazat, hanya anak dari hubungan yang suci, namus tidak dipersetujui.
Sejak sebelum berkahwin lagi aku telah merancang untuk melahirkan 5 orang cahayamata. Aku di gelak oleh seorang sahabat.... katanya macam 5 prinsip rukun negara, ini kerana untuk cukupkan kouta yang diberikan kerajaan untuk melahirkan anak dan sebenarnya kalau lebih pun aku tak kisah, namun ia bergantung kepada kemampuan pasangan. Ini yang dinamakan perancangan dan hakikatnya aku hanya miliki seorang cahayamata yang kini semakin membesar dan bijak.
Nyatanya memang ramai tak tahu situasi aku saat berlakunya perebutan untuk menjaga anak satu ketika dulu, walaupun telah dinasihati pihak polis agar anak bersama aku, hati yang keras itu tetap dengan kekerasan dan pendiriannya. Aku terpaksa mengalah untuk tidak mengeruhkan keadaan, dan tak mahu anak menjadi mangsa dan melihat keadaan yang haru biru.
Hati ibu mana tidak sedih bila anak hidup dalam keadaan tidak sempurna, anak tiada di depan mata, dan terpaksa curi-curi masa untuk berjumpa, lebih sedih, baru 4 hari tak jumpa anak seolah-olah tak mengenal ibu dia MasyakAllah sayunya rasa hati. Saat dan masa untuk aku mengambil anak ada saje yang tidak kene, dan sering kali berlaku pertelingkahan, macam-macam masalah yang sengaja ditimbulkan, perkara kecil diperbesarkan. Ya Allah!!!!!!!!! Dugaan itu sungguh mencabar, dengan tekanan dan kesedihan yang tak terperi aku rasakan. Anak yang aku kandung, yang aku rasai sakit melahirkan, yang aku susukan, yang aku sedia dan suapkan makanan, belikan pakaian dan dari kecil hingga ke besar aku bawa ke klinik, segalanya tentang dia aku uruskan, namun hak aku sebagai ibu dinafikan.
Sehingga satu tahap tekanan ini menyebabkan aku ingin mengambil anak angkat. Sehingga sanggup untuk menjadi "ibu tumpang" kepada wanita yang tak boleh melahirkan, sebegitu jauh memikirkan rasa yang tak mampu di luahkan. Sungguh kecewa, derita dan sengsara. Dimana pertimbangan dan kewarasan hati manusia, yang pernah tidur sebantal, makan bersama, tempat luah perasaan, yang aku korbankan masa, tenaga dan wang ringgit, menyediakan makan pakai dan tempat tinggal untuk membina sebuah keluarga. Terasa semua pengorbanan tidak dihargai dan sia-sia.
Kuasa Allah lebih besar dari segala kuasa manusia yang rasa dirinya berkuasa, keegoannya luntur juga, anak kembali kepada aku, Alhamdulillah. Masalah tetap ada dan tak berpenghujung. Sikap anak pulak berubah, dari manja kepada kasar. Bila balik dari jumpa abah dia, terlepas ungkapan "ibu jahat, ibu jahat", "tak sayang ibu".eemm..... menyentap ke hati walau hati cukup terasa, bukan salah dia sebenarnya.
Hanya menggunakan spikologi pada anak. Tak baik!!! sebab ibu, ibu Asyraaf yang lahirkan Asyraaf, ibu yang masak untuk Asyraaf, mandikan, ibu belikan baju & mainan, mengajar, hantar dan ambil dari sekolah dan sebagainya. Sengaja ingatkan anak agar dia tahu pengorbanan ibu untuk dia. Untuk dia jawab andai abah dia memburukan ibu dia. Sehingga kini aku sentiasa ingatkan pada anak, tentang pengorbanan, usaha, belajar menghargai dan berterima kasih, walaupun dia masih kecil, biarlah melentur buluh dari rebungnya.
Akhirnya kini semuanya damai, Syukur Alhamdulillah Asyraaf menunjukan keputusan positif dalam pelajaran, walaupun tidak yang terhebat, tapi ada dalam senarai yang terbaik, andai diasah dari semasa ke semasa. Segala urusan A-Z aku laksanakan sendirian. Pelajaran, kesihatan dan pemakanan dititik beratkan. Semuanya dilakukan dengan ikhlas dan rela, walau terasa penat lelahnya, inilah tanggungjawab. Mudah-mudahan pengorbanan ini dapat membuka ruang dan peluang yang cerah kepada masa depan anak, hanya berharap dia berjaya, kerana hanya dia satu-satunya darah daging aku yang ada. Akan ibu cuba dan usaha mencari kehidupan yang lebih sempurna untuk kita bersama.

Sesungguhnya Allah SWT lebih memahami segala2nya IDah..sabarlah.
BalasPadamsemuanya dah selesai misah, Alhamdulillah, abah Asyraaf pun dah ada penganti
Padam