Beberapa minggu dah mula sibuk dengan PRU... Aku berhubung dengan ADO bertanyakan mengenai PAS untuk bertugas, jawapan dia mudah je, Penerangan tak payah PAS boleh masuk je. Dari hari ke hari, sampai ke hari penamaan calon. Aku bersiap awal untuk ke Dewan Jubli Intan. Sampai di dewan masih belum ada apa2. Kemudian aku jumpa urusetia SPR merangkap EO Pej Tanah Ledang. Dia antara orang yg biasa berurusan dengan aku bagi majlis rasmi di Daerah Ledang.
Ahad, 21 April 2013
Isnin, 15 April 2013
Memasak
Seperti biasa bertemu teman lain jabatan di 1 majlis, berbicara mengenai kesihatan, tentang aku, juga mengenai makanan, biasa la bila usianya sudah mula mencecah 40-an macam2 penyakit akan mula dapat dikesan, tetapi 1 perkara yang tidak sekata berkenaan makanan dan masakan, "anak2nya suka makan di kedai berbanding di rumah" katanya. Dengan spontan aku pun kata, "anak saya suka kalau saya masak, kalau sedap dia mesti cakap, " kalau ibu masak mcm ni hari2 pun best."
Sabtu, 6 April 2013
Media Sosial
Aku sekadar mengisi kelapangan yang tak berapa nak lapang. Maklum le kadang kala terasa terlalu bosan, kawan berborak pun tak de, hanya layankan kerja dan anak bujang aku jer.
Tapi itu la bila cerita pasal social network ni macam2 perangai manusia boleh jumpa, tipu tu tak ya cakap la, aku pun menipu. hehehehe.... pasal nama, tepat tinggal, status, no. tipon, pekerjaan... adalah rahsia hehehehe..... pic je betul.....
Jumaat, 5 April 2013
Khamis, 4 April 2013
Selasa, 2 April 2013
Anak
wajah dan saat ini, tekanan yang begitu hebat aku rasai... namun senyum tetap senyum.... kini tinggal memori |
Malah ada juga sahabat menyangka bahawa aku yang tak mahu anak kerana ingin menjaga badan, kenyataan yang bertentangan dengan keinginan aku yang orang tak tahu. Dalam hati berbisik, mengapa perlu bertanyan jika akhirnya mempertikaian jawapan yang diberikan. Aku bukan manusia yang suka berdusta, apa untungnya aku.
Hati wanita aku tak pernah menolaknya, aku anak bungsu dari 3 beradik yang sememangnya suka pada budak, malah aku tahu setiap anak membawa rezeki, dan itu adalah janji Allah, tapi apakan daya, jika tiada persetujuan pasangan yang tidak yakin kepada janji Allah, penampilan yang alim itu bukan cerminan tingginya ilmu pengetahuan dan iman seseorang terhadap Alah SWT. Tak pernah aku meminta-minta, sama ada emak, pakaian mahal, atau makanan dan sedap lagi lazat, hanya anak dari hubungan yang suci, namus tidak dipersetujui.
Sejak sebelum berkahwin lagi aku telah merancang untuk melahirkan 5 orang cahayamata. Aku di gelak oleh seorang sahabat.... katanya macam 5 prinsip rukun negara, ini kerana untuk cukupkan kouta yang diberikan kerajaan untuk melahirkan anak dan sebenarnya kalau lebih pun aku tak kisah, namun ia bergantung kepada kemampuan pasangan. Ini yang dinamakan perancangan dan hakikatnya aku hanya miliki seorang cahayamata yang kini semakin membesar dan bijak.
Nyatanya memang ramai tak tahu situasi aku saat berlakunya perebutan untuk menjaga anak satu ketika dulu, walaupun telah dinasihati pihak polis agar anak bersama aku, hati yang keras itu tetap dengan kekerasan dan pendiriannya. Aku terpaksa mengalah untuk tidak mengeruhkan keadaan, dan tak mahu anak menjadi mangsa dan melihat keadaan yang haru biru.
Hati ibu mana tidak sedih bila anak hidup dalam keadaan tidak sempurna, anak tiada di depan mata, dan terpaksa curi-curi masa untuk berjumpa, lebih sedih, baru 4 hari tak jumpa anak seolah-olah tak mengenal ibu dia MasyakAllah sayunya rasa hati. Saat dan masa untuk aku mengambil anak ada saje yang tidak kene, dan sering kali berlaku pertelingkahan, macam-macam masalah yang sengaja ditimbulkan, perkara kecil diperbesarkan. Ya Allah!!!!!!!!! Dugaan itu sungguh mencabar, dengan tekanan dan kesedihan yang tak terperi aku rasakan. Anak yang aku kandung, yang aku rasai sakit melahirkan, yang aku susukan, yang aku sedia dan suapkan makanan, belikan pakaian dan dari kecil hingga ke besar aku bawa ke klinik, segalanya tentang dia aku uruskan, namun hak aku sebagai ibu dinafikan.
Sehingga satu tahap tekanan ini menyebabkan aku ingin mengambil anak angkat. Sehingga sanggup untuk menjadi "ibu tumpang" kepada wanita yang tak boleh melahirkan, sebegitu jauh memikirkan rasa yang tak mampu di luahkan. Sungguh kecewa, derita dan sengsara. Dimana pertimbangan dan kewarasan hati manusia, yang pernah tidur sebantal, makan bersama, tempat luah perasaan, yang aku korbankan masa, tenaga dan wang ringgit, menyediakan makan pakai dan tempat tinggal untuk membina sebuah keluarga. Terasa semua pengorbanan tidak dihargai dan sia-sia.
Kuasa Allah lebih besar dari segala kuasa manusia yang rasa dirinya berkuasa, keegoannya luntur juga, anak kembali kepada aku, Alhamdulillah. Masalah tetap ada dan tak berpenghujung. Sikap anak pulak berubah, dari manja kepada kasar. Bila balik dari jumpa abah dia, terlepas ungkapan "ibu jahat, ibu jahat", "tak sayang ibu".eemm..... menyentap ke hati walau hati cukup terasa, bukan salah dia sebenarnya.
Hanya menggunakan spikologi pada anak. Tak baik!!! sebab ibu, ibu Asyraaf yang lahirkan Asyraaf, ibu yang masak untuk Asyraaf, mandikan, ibu belikan baju & mainan, mengajar, hantar dan ambil dari sekolah dan sebagainya. Sengaja ingatkan anak agar dia tahu pengorbanan ibu untuk dia. Untuk dia jawab andai abah dia memburukan ibu dia. Sehingga kini aku sentiasa ingatkan pada anak, tentang pengorbanan, usaha, belajar menghargai dan berterima kasih, walaupun dia masih kecil, biarlah melentur buluh dari rebungnya.
Akhirnya kini semuanya damai, Syukur Alhamdulillah Asyraaf menunjukan keputusan positif dalam pelajaran, walaupun tidak yang terhebat, tapi ada dalam senarai yang terbaik, andai diasah dari semasa ke semasa. Segala urusan A-Z aku laksanakan sendirian. Pelajaran, kesihatan dan pemakanan dititik beratkan. Semuanya dilakukan dengan ikhlas dan rela, walau terasa penat lelahnya, inilah tanggungjawab. Mudah-mudahan pengorbanan ini dapat membuka ruang dan peluang yang cerah kepada masa depan anak, hanya berharap dia berjaya, kerana hanya dia satu-satunya darah daging aku yang ada. Akan ibu cuba dan usaha mencari kehidupan yang lebih sempurna untuk kita bersama.

Isnin, 1 April 2013
Pasai Gigi Ler Pulak!!!!!!!!!
Balik2 sekolah, Asyraaf mengadu..... hahahahaha....... dia memang budak suka mengadu... Dia kata Dr.tak cabut gigi yap, dr cakap gigi yap cantik. terkejut aku, pasai apa pulak nak di cabut..... Rasanya sebelum ni pun dia cakap dr check gigi, tiap2 bulan ke?????
Sebenarnya masa di Muar da pernah jumpa Dr. Check Up seperti biasa untuk anak, dari kecil sampai la ke besar 5 tahun aku la yang selalu bawak ke klinik Dr. ada kata gigi Asyraaf cantik tak de masalah. Alhamdulillah.
Mana tak cantik da ibu dia yang gosokkan, jangan kata gosok gigi, da besar aku mandikan lagi... Nak2 pagi2 nak ke sekolah, memang kene mandikan, kalau tak jangan kata mandi, tido pun tak bangun2. Lagi pun bukan boleh percaya mandi sendiri celam celup jer, bersihnya tak gak, lama je lebih.... main2, mandi pun sempat main2, tak cukup lagi dia bermain.... menjerit tak sudah aku ni di buatnya. satu persatu aku pesan mandi, gosok gigi, syampo rambut, syampoo badan, cebok..... puas aku pesan ingat macam mana ibu dia mandikan.
Eeee.... Eh..... balik semula pasal gigi, hahaha.... aku memang jaga pemakanan Asyraaf, dia tumbuh gigi 6 bulan, bila gigi 4 batang da keluar habis aku beli kan berus gigi jenis getah supaya boleh berus gigi dia dan masa kecil2 aku tak bagi makan gula2, jajan2 ni, ada pun kadang2 biasanya bagi berbentuk biskut, coklat, kismis atau kekacang, yang baik untuk minda.... Da besar ni tak boleh nak cakap, da pandai beli sendiri ada mentor dia yang dia ikut.
Anak punya pasal bukan kata gigi, kulit dia pun dijaga, cuma sekarang da tak terjaga, budak da besar tak terkawal, luka sana sini, bekas kudis banyak di kaki, Dulu Asyraaf masa kecil putih, skarang da serupa anak bangla.....
Apa yang paling aku suka tengok Asyraaf pada mata dia, mata yang bulat berbulu mata panjang, cantik pada mata aku..... Anak kesayangan aku....
Langgan:
Catatan (Atom)