Ahad, 20 Januari 2013

Kesibukan bermula

Aktiviti hari cuti hanya di rumah dan berehat bersayang bujang kesayangan

emmm.... baru selesai siapkan keperluan sekolah anak aku yang sorang tu, iron baju, sempat sampul buku, dan kemaskan buku sekolah ikut jadual, minggu ni asyraaf baru bawak buku, duanhari cuti duduk rumah jer, buat kerja rumah, dan berehat, tapi itu la tak berehat juga, membasuh, mengemas, menyapu, mengemop, memasak akhirnya aku membuta.... hahahaha.... wajib tu ... da penat!!!!! waktu kerja memang tak sempat nak tidur, itu yang letihnya melampau jam 8.00 pun da ngantuk.


Ingatkan awal tahun ni, tak de apa2 tugas, rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Pehhhh!!!!!! memang tak boleh tahan, mula sebok dengan aktiviti persekolahan Asyraaf, kerja pun tak pernah habis, emmm.. da nama pun kerja, aku buat satu persatu, walaupun kepala ni pening nak kejarkan itu dan ini, emmmm.... sunguhhh!!!! aku rasa da tak sanggup.

Masih tak dapat nak menyesuaikan diri dengan kesibukan sekarang, aku terasa penatnya!!!!, minggu ke 2, asyfaar bersekolah sampai tersalah hari aku, rabu aku kata khamis. Di tambah dengan kerja di pejabat, penerbitan yang melambak, sampai sakit pinggang aku mengangkat dan menyusuh penerbitan ke dalam stor 2 troli lebih, ini le masalah aku, tak boleh fokus dengan 1 kerja, bila nak siap kan yang ini, bos panggil buat yang itu, belum siap yang itu, eh!!!!! datang tugas yang lain pulak...pening kepala otak aku.

kepenatan

Minggu lepas je dah melelahkan nafaz aku, mana tidaknya, kata penolong pengarah nak datang pejabat la,nak tengok bilik gerakkan la... tunggang langgang aku nak siapkan bilik gerakan, buat yang dulu aku ubah semula, simulasi bukan setakat buat malah maklumat simulasi pun aku kene fikirkan jugak, bukan ada perbincangan atau idea orang lain, terpaksa hubungi kawan-kawan jabatan lain untuk daptkan maklumat...hem... macam mane la kan... banyak beban dalam kepala aku. Aku ingat nak siapkan bilik gerakan boleh cepat, terpaksa bawak anak & anak buah suruh teman ke opis tak sangka dari 9.30 malam siap 5.30 pagi, kemas kemas kini maklumat da siap tinggal print dan potong untuk di tampal di bord, semuanya buat sendiri tak de yang menolong. Terbongkang aku balik umah. Da berapa kali simulasi punya pasal, aku balik lewat, aku tak balik pun ada, semata-mata nak siapkan kerja. ini la namanya kije gila.

Sebok dengan bilik gerakan, sebok jugak dengan program layar bestari, sebok pulak tu buat mesyuarat malam2 buta aduhai!! aku merempet malam2... tak de masa lain agaknya, yang aku pelik semuanya nak di terima!!! kan boleh tolak, Ledang ni 10 orang agaknya S17. Tak faham memang aku tak faham, sakit hati pun ada jugak...Dengan nak laksanakan program lagi, program PLKN tak lama lagi,  nak buat macam mane... rezeki aku di sini..

Ya Allah!!!!!! tahan tak tahan le aku ni, nak tunggu 3-4 bulan lagi... Aku da tak sanggup nak menanggung penipuan orang lain, nama aku di busukan, semata-mata untuk menutup pekong sendiri.... Sampai bila la, rumah kata pergi, kubur kata  mari, tapi sikap tak bertanggunjawab masih tak berubah. Kadang-kadang aku rasa macam jadi mangsa keadaan, sikap manusia yang mementingkan diri sendiri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA