Setiap orang akan ada perasaan tidak puas hati pada diri sendiri di dalam pelbagai aspek. Macam tu jugak aku, aku tak puas hati dengan beberapa bahagian badan, kulit yang kering, nak2 tang betis time teringat sapu le losyen tapi biasanya lupa huhu, dah tu semakin hari semakin gelap, tapi yg paling tak suka reganggan kulit, maklum le da bersalinkan seorang anak, alah bencinya, da macam kulit kuda belang warna jer beza, kalau hitam putih dah sebijik, 2 bijik... rupa kuda belang.
Tengok kulit sendiri pun rasa malu dan benci, tapi nak usaha jugak untuk pulihkan kembali kulit yang hodoh tu, tapi tu la tak temui jalan penyelesaian, da macam2 minyak dan cream aku guna, sapuan pun mengikut arahan, tapi masih tak berkesan... huk..huk...huk.... sedih tambah sakit ati aku dibuatnya.
Pilihan aku Bio-Oil, sebenarnya da guna dulu, tapi habis sebotol kesanya tak hilang. Dari bacaan aku, menggunakan cream lebih elok, tapi aku beli sebotol beso!! pulak tu, hampeh tak hilang pun, dan sebenarnya aku beli @ gunakan lagi kerana minyak ni boleh mencairkan mascara yang keras huhuhuhuhu.... "sambil menyelam minum air" la lebih kurang.
Aku!!! biasa la, kalau boleh apa yang digunakan serbaguna untuk pelbagai, kan senang macam tu. Aku dah cuba sebab tu aku tahu, mascara aku dah keras, maklum le da la beli yang murah...hehehe.. save butjed.. lepas tu pakai pun jarang, bila ada tugas khas amcee baru le aku melaram dan bergaya, setakat nak duk opis nak melaram tak payah la, aku memang tak sempat, nak2 sekarang ni...
Apa yang aku harap, dapat le kurangkan kulit yang buruk tu, aku ada jugak tengok TV, rawatan di pusat kecantikan, boleh menghilangkan kesang regangan, fuyooo... macam best je kan... ada duit best la..... dari buat rawatan beribu baik aku buat deposit kereta... huhuhu.... tapi kalau dapa t rezeki terpijak (dalam mimpi je la) mau cari kat mana tempatnya...
Insya Allah..sampai masanya mampu la jg beli kereta. Dulu masa saya ambik kereta tu saya bayar muka RM2,500 jer..janji ada kereta yg boleh gerak ke sana sini. Padahal masa tu gaji saya baru RM900..tolak utang belajar lg..tinggal beberapa ringgit jer. Tp bila kita dah lalui semuanya, rasa macam tak percaya pulak..yer la gaji kecik, nak bayar itu ini..tp masih mampu utk hidup dan makan. Tu semua kerja Allah swt. Kita tak perlu pertikaikan. REZEKI, AJAL DAN JODOH semua telah ditetapkan oleh Allah swt sejak kita di alam rahim lagi.
BalasPadameemmmm... betul la misah, kadang2 bila bandingkan dulu dan sekarang memang banyak beza, Alhamdulillah la, walaupun tak kaya le org kata, Alhamdulillah senang sikit la, belum senang lenang lagi hehe
Padam