Bila jam menunjukkan 12.00 pagi maknanya hari sudah berganti, tapi dah jam 1 pagi aku masih tak tido lagi, sebok uruskan rumah dan keperluan sekolah Asyraaf iron baju sekolah dia 4 pasang, sambung jahit lencana dan nama dia di baju. Selesai baru tidur. Jam 6 bangun balik, biasa la aku dulu bersiap lepas mandi dan solat baru kejutkan Asyraaf, lucu betul tengok dia, suruh tido tak tido2, akhirnya tertidur jugak, yang tak boleh tahan dia letak jam tanggan kat dahi, dia kata nak bangun kalau jam tu bunyi.
aku paling suka tengok anak semasa dia tengah tido macam ni..... |
Seperti biasa Asyraaf bangun aku yang kejut, alam henset aku yang sekuat2nya kat sebelah pun dia tak sedar, jerang air! cerek menjerit pun dia lena lagi.... ini kan jam dia yang bunyi macam cicak kentut, haram!!!!! masih lena di ulit mimpi. Mandi air panas kalau tak nangis. layan je la nak p sekolah.
Semangat dan seronoknya dia nak ke sekolah, 1hb malam macam2 peel dia buat, geram betul aku, aku marah pun dia buat tak tau, ye la dalam hati ada suka, suka untuk ke sekolah semula. Dah dia je anak aku, buah hati aku, nyawa aku, jadi semuanya baru dari atas ke bawah, depan ke belakang luar dan dalam hahahaa.... 100% baru lah.
muka budak teruja nak ke sekolah.... |
alahai hensem anak aku ni beso nanti hehehehehe, pakai tai pun sengen huhu |
sempat lagi ni ,dari perhimpunan menuju ke kelas |
bila tengok keadaan dah ok aku pun keluar |
Selesai je jumpa Dr terus ke sekolah anak semula, dia dah rehat rupanya, aku terlewat sikit, Asyraaf duduk diam2 jer.... aku sampai baru suruh dia beli makanan, suruh makan yang berat dia tak nak, nak makan keropok leko jer, dengan air milo itu pun nak kene suruh minum baru beli air.
Lepas dia dah masuk kelas aku pun balik, sarap dulu kat warong mak, ada lagi urusan nak pe pasar pulak, nak beli lauk niat nak masakan untuk Asyraaf makan tengahari, beli ketam 1/2 kg RM 10.80, dapat le 5 ekor hehe, dengan sayur kangkung, selesai aku ke pejabat pos, beli setem hasil RM10 lepas tu ke farmasi Klinik Kesihatan, ambil ubat, tadi takut tak sempat.
lunch untuk aku dan Asyraaf |
Singgah kedai depan sekolah, beli apa yang patut dan tak de kat dapur. Balik rumah basuh baju pulak, pakai tanggan jer!!! siap basuh baju tepat2 jam 3.30 ptg, aku terus salin baju dan ke sekolah agama ambik Asyraaf balik, wah!!!! budak semua dah keluar, aku lambat lagi, nasib baik aku masuk pintu pagar sekolah dia perasan dan panggil aku, dia tunggu kat tempat duduk yang disediakan.
Lom apa2 anak da ajak ke kedai nak ais krim la, itu la, ini la, yang sakit hati dia tak nak pergi mengaji, bawak balik warong mak aku pun sama dia tak nak baca, Asyraaf ni hati dia menang tak kuat, tak tahan, kene marah pun tak boleh, asyik mengadu kene ketuk dengan mak ngah, baca ikrak 3 pun ulang balik. Akhirnya memang tak mengaji, dia kata nak makan ayam goreng. aku pun pergi le Ste Store beli yang siap punya tinggal goreng jer.
Balik rumah aku tengah sidai baju, dia order nak makan ayam goreng 1 jer.... ha ah!!!! buat abis kan gas dengan minyak jer kalau setakat 1, hehehe senang jer aku jawab. tak nak mengaji jangan mintak macam2. Terdiam dia, nak marah pun marah le, aku ni lagi marah, upah ngaji bukan sikit aku bagi sebulan RM30, tapi dia mengaji tak dapat2 susah pulak dia nak terima. Asyraaf aku dah suruh mandi awal2 takut tertidur.
Siap sidai baju, aku rasa mcm nak makan lagi, Asyraaf makan sekali. Dalam jam 6.00 ptg aku da tak tahan, nak tumbang, penat sungguh rasanya denga keadaan aku yang selsema bersih tak sudah, apa lagi baring kat sofa jap... tertidur2 ayam, kene ganggu Asyraaf, rasa nak tidur terus jer, tapi masih ada kerja yang tak selesai.
Lepas Magrib aku gagahkan jugak diri bangun apa2 pun mandi dulu, lepas solat jap kemas baju dalam bakul, mula untuk menjahit lencana dan nama Asyraaf kat baju, sambil layan mesej, hehehehe memang lambat jam 2.00 pg baru siap, abis merewang jer.Akhirnya aku pun tido...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan