Rabu, 30 Januari 2013

Pindah Lagi

hati menangis siapa tau!!!!!!


Emmm..... nak buat macam mane lagi, aku pindah juga akhirnya, Ahad baru balik dari muar, ntah apa2 aku buat lepas tu nak tidur, Anak buah pulak datang, yang paling best dia cakap atok dia dengan mak dia dah basuh rumah depan!! mak ai!!!!!!! aku tak jadi nak pindah ler..... duit sewa pun belum bayar. Celaru jugak kepala otak aku ni, banyak kos aku nak tanggung, tak pasal2 bulan ni bayar 2 rumah RM300.00 + RM200.00=RM500.00, hah hah hah, terbang duit aku, nasib baik tak der deposit, kalau ada pun lagi tak jadi. 

Ahad, 27 Januari 2013

Cuti Yang Dinanti


Sebenarnya cuti la masa untuk rehat, mana tidaknya, waktu kerja sama dengan waktu anak bersekolah, memang penat hantar ke sekolah keb. balik jemput, p mkn kat warong mak, balik umah tukar baju sekolah agama pulak, kalau sempat je dia mandi, balik sekolah agama, hantar mengaji pulak, aku balik kerja, jemput pulak balik mengaji sekali.




Jumaat, 25 Januari 2013

Cuba Lagi


Setiap orang akan ada perasaan tidak puas hati pada diri sendiri di dalam pelbagai aspek. Macam tu jugak aku, aku tak puas hati dengan beberapa bahagian badan, kulit yang kering, nak2 tang betis time teringat sapu le losyen tapi biasanya lupa huhu, dah tu semakin hari semakin gelap,  tapi yg paling tak suka reganggan kulit, maklum le da bersalinkan seorang anak, alah bencinya, da macam kulit kuda belang warna jer beza, kalau hitam putih dah sebijik, 2 bijik... rupa kuda belang.

Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah



Emmmm.... hari ni cuti, aku tidur puas2, hajat hati nak ke Dataran ada Sambutan Maulidir Rasul,  Tungku Temenggong Datang rasmikan Maulid, tapi terlebih rajin le pulak, itu yg sambung tidur, bila tak de tugas buat2 le tak ingat hehehehe, penyakit malas. kebiasaanya aku bertugas, dan seperti biasa la jadi amcee, jadi dah alang2 cuti, aku pun cutikan diri M.C. hehehe

Isnin, 21 Januari 2013

Sikap Asyraaf

di warong atok dia!!!!
Sejak Asyraaf mula nak ke sekolah dia dah mula tunjukkan sikap yang kurang menyenangkan hati aku, aku!!!! biasa la, bila ada yang tak kene, jaga la, memang aku jeriiittttttt!!!! haha.. terkejut beruk anak aku, haha.. 

Tapi tu la aku pelik, bukan main lagi dia, sekolah baru berapa hari, dia dah pandai menjawab, melawan pun boleh tahan, yang tak tahan da pandai tunjuk protes @ memberontak... aku layankan aje, tapi mana yang tak betul aku tak tahan, memang melarat-larat le aku membebel... huhuhu.... biasa la ... kerja aku... selalu aku pesan, nasihan dan ingatkan.... pasal tanggungjawab dia sebagai anak... hehehe.... 

Ingat dulu masa aku kecil2 terbiar je, mak sebuk kerja cari duit, maklum le orang susah, mak aku pun kerja jauh, aku di ramai yang menjaga.

Berbalik pada anak aku, sejak dia ke sekolah aku perhatikan, dia memang seronok... tapi kesiannya!!!! dia nampak penat, dulu pra sekolah je, sekarang sekolah kenangsaan, sekolah agama sambung lagi mengaji, balik ngaji, baru balik rumah, tu pun kalau tak singgah warong atuk dia, memang tak boleh singgah, aku yang penat terjerit pekik panggil kan dia, dia buat pandai jer..... balik memang akan lewat kalau duk ngeteh kat warong atok dia, kalau ke rumah atok dia tak de lain yang dia cari, kucing yang dia gentel, "abu" nama dia.


"abu" kucing istimewa punya 6 jari di ke 4, 4 kaki.... 

Lagi aku geram dia duk umah atok dia sejak cuti sekolah, dia da pandai menjawab bila di suruh, amboi!!!!! kita suruh dia, dia suruh kita balik.... melampau.... ini kes belajar dengan sepupu dia le, sepupu dia perempuan, dia punya terejal bukan main, banyak benda dia yang duk ajo Asyraaf, anak aku!!!! berebut apa2 tak dapat kememeh & nangis, itu le dia.... mcm aku, kememeh... tambah pulak menjawab... kalau aku cerita kat orang pun, orang cakap, macam ibu dia huhuhuhuhu.... dah sepanjang masa aku dengan dia, dia kan anak aku huhu....... tak kan anak buluh bentung pulak!!! 9 bulan megandungkan dia, seronok rasanya saat tu, tapi nak melahirkan punya le susah, sakit!!!!! tapi ada niat pulak nak anak 5, huhuhuhu... tapi niatnya bekubur.... eemm.... rancangan oleh manusia seperti aku, ketentuan adalah kenyataan... Redha je la...

Aku memang tak suka Asyraaf duduk kat umah atok dia, aku memang tak suka dia mengikut sikap orang lain, apa lagi cakap perkataan yang bukan2 yang aku tak ajar, memang kene sepak molot dia. Asyraaf
 ada macam sikap abah dia yang mudah dipengaruhi, kurangnya jati diri,   kalau ibu dia lain, cakap apa pun bukan mudah untuk percaya dan tak mudah di pengaruhi, bak kata mak pun aku ni degil. Aku memang dengan cara dan gaya aku, malah sikap dan percakapan pun adakalanya macam kolot sikit, huhuhu.  Aku tak ghairah untuk mengikut tred orang sekarang bercakap, biarlah nampak natural, sebab aku adalah aku. 

Aku masih boleh dengar apa pun cerita, gossip orang itu dan ini, tetapi percaya tu jangan di harap, aku berhak menilai, dan aku tidak menghukum kalau masalah orang lain bukan dengan aku. Semua orang boleh jadi kawan aku, tapi kalau tak kene dengan cara aku, memang aku tak rapat, cukup sekadar bertanya kabar @ senyum, tapi kalau ada orang yang kurang senang dengan aku, orang pun boleh menjauhkan diri dari aku, aku tak hadap aku tak harap, hidup aku memang kurang berkawan, hidup aku dengan dunia aku, diri aku, kerja dan anak.


Apa yang penting sekarang adalah membentuk sahsiah anak aku. Orang lain nak mengata, nak mengumpat, itu dia orang punya pasal kubur masing-masing, hal kampung pun aku tak campur... hahahahaa biarlah aku dalam dunia aku sendiri, yang penting aku tak kacau orang....



Ahad, 20 Januari 2013

Kesibukan bermula

Aktiviti hari cuti hanya di rumah dan berehat bersayang bujang kesayangan

emmm.... baru selesai siapkan keperluan sekolah anak aku yang sorang tu, iron baju, sempat sampul buku, dan kemaskan buku sekolah ikut jadual, minggu ni asyraaf baru bawak buku, duanhari cuti duduk rumah jer, buat kerja rumah, dan berehat, tapi itu la tak berehat juga, membasuh, mengemas, menyapu, mengemop, memasak akhirnya aku membuta.... hahahaha.... wajib tu ... da penat!!!!! waktu kerja memang tak sempat nak tidur, itu yang letihnya melampau jam 8.00 pun da ngantuk.

Rabu, 2 Januari 2013

Aktiviti 2 Januari 2013

Bila jam menunjukkan 12.00 pagi maknanya hari sudah berganti, tapi dah jam 1 pagi aku masih tak tido lagi, sebok uruskan rumah dan keperluan sekolah Asyraaf iron baju sekolah dia 4 pasang, sambung jahit lencana dan nama dia di baju. Selesai baru tidur. Jam 6 bangun balik, biasa la aku dulu bersiap lepas mandi dan solat baru kejutkan Asyraaf, lucu betul tengok dia, suruh tido tak tido2, akhirnya tertidur jugak, yang tak boleh tahan dia letak jam tanggan kat dahi, dia kata nak bangun kalau jam tu bunyi.

SESEDAP RASA