BAHANNYA :
1. 1 BIJI BAWANG PUTIH - DIHIRIS
2. 2 BIJI BAWANG MERAH (KECIL) - DIHIRIS
3. 1 BIJI LADA MERAH-DIHIRIS
4. 5 EKOR IKAN BILIS - DIBELAH DUA
5. 5 BIJI KACANG PIS - DIPOTONG DUA
6. 3 BIJI PUTIK JAGUNG - DIBUANG KULIT DAN DIHIRIS SERONG
7. 1/2 BIJI LOBAK MERAH- DIHIRIS BULAT DAN DIPOTONG DUA
8. BUNGA KOBIS SECUKUPNYA
9. SOON SECUKUPNYA
10. CENDAWAN TIRAM SECUKUPNYA
11. GARAM DAN GULA SECUKUPNYA
12. AIR SECUKUPNYA
CARANYA :
Jerangkan air didalam periuk dan masukkan bahan 1-4, apabila air mendidih masukkan bahan 5-8, garam dan gula. Kemudian masukkan bahan 9 dan 10 dan biarkan mendidih beberapa minit baru ditutup apinya. Dah siap pun mudah je kan....
P/S : Masakan ini boleh ditumiskan dahulu dan kemudian dituangkan air. Tetapi cara saya lebih mudah dan lebih sihat, kerana mengurangkan minyak dalam makanan, lebih baik untuk kesihatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan