Isnin, 24 Ogos 2009

Sambal Tumbuk Cara Ida





BAHANNYA :
1. IKAN BILIS -5-6 ekor belah 2
2. BAWAN PUTIH - 1 ulas
3. BAWANG MERAH - 2 biji
4. LADA CILI - 6-7 biji
5. BELACAN - ikut suka
6. GARAM - suku sudu kecil
7. GULA - 1 sudu kecil

CARANYA :

Selepas basuh kesemuanya melainkan belacan, bahan-bahan 1-5, digoreng dulu, dipaling-palingkan dalam masa 3-4 minit angkat dan tumbuk, masukkan sekali garam dan gula, dah siap. Sambal tumbuk tersebut dihias dengan peria katak dan limau kasturi, masa makan perahkan air limau ke sambal.

Itulah resepinya. Dengan adanya sambal belacan memang menjadi pembuka selera, lauk sesedap mana pun kalau tak ada sambal belacan macam ada kekurangan.

P/S : Sama ada nak letak belacan atau tidak tak jadi masalah kerana selalunya saya tak letak belacan sebab tu namanya sambal tumbuk dan ditumbuk, kalau nak letak "pak aji" pun boleh. Apa yang saya buat adalah citarasa sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA