Selasa, 25 Ogos 2009

Ikan Masak Kicap Ala Ida



BAHANNYA :

1. REMPAH PENUMIS -bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis
2. 1 BIJI LADA BASAH- dihiris serong
3. 2 BIJI BAWANG BESAR - dihiris bulat
4. 1 BIJI BAWANG PUTIH - dihiris
5. 3 INCI HALIA - dihiris halus
6. AIR ASAM JAWA SECUKUPNYA
7. MINYAK MASAK SECUKUPNYA
8. KICAP SECUKUPNYA (cap kipas udang perisa manis)
9. 1 1/2 SENDUK SOS CILI
10. 4 EKOR IKAN (apa saja jenis ikan yang sesuai)


CARANYA :

Setelah minyak panas gorang ikan dulu, setelah ikan masak diketepikan dahulu. Proses seterusnya tumiskan rempah penumis, kemudian masukkan bahan 2-5, masukkan pula air asam jawa bersama sos cili. Setelah mendidih masukkan kicap secukupnya. Sudap siap sekejap je......

Saya suka masak menggunakan kicap kipas udang-manis, ini kerana rasanya sudah cukup, tanpa perlu tambah garam atau gula atau bahan perisa yang lain. Inilah masakan kesukaan suami dan anak.

P/S : Masak kicap ni terpulang kepada tukang masak, kebiasaannya masak kicap ini tidak ada sos, tetapi adanya sos ia memekatkan kuah, saya tidak menggunakan air kerana kuah tidak perlu terlalu banyak dan ini hidangan untuk sekali makan 3 beranak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA