Ahad, 13 September 2015

Stand Mixer Singer




Oleh kerana da mula minat nak buat kek, dan ada jugak kek yang di buat tanpa menggunakan oven, malah dah pun beberapa kek dapat dibuat  secara manual, "pukul guna tanggan je" memang penat sikit dan makan masa.  So teringin nak beli mixer, tapi dalam masa yang sama terkenangkan mixer yang dah ada dan disimpan di rumah Muar. So tanggung le dulu. Hajat nak tengok mixer yg sedia ada, mana tau boleh pakai lagi kan!!!


Eemm... Ini le namanya kebetulan bila penjewa rumah aku mesej maklumkan cukai pinta datang, aku pun merancang untuk bayar sekali gus ambik mixer ni, ambil kesempatan cuti Hari Kebangsaan 30.08 ari, nasib baik la johor bukak office hari ahad, senang hidup aku, tu aku pun ke Muar,  jumpa la penyewa sekali yang lama x jumpa, memang jarang jumpa pun haha.. kebetulan jugak dia kerja di MPM, cukai pintu bayar di situ jugak fuh!!! memang senang la hidup aku...  hahahaa....





Tengok kotak tu, kalau la orang macam kene sakit Sopak "sejenis penyakit kulit" dengan semangat aku bukak satu persatu, 1st try mixernya, bila ON, "alamak masih berfungsi laaaa....." eemmm... bestnya, cepat2 aku kejut asyraaf bangun, huh!! cepat jugak dia bangun, terus bangkit!! kalau tidak aku rasa nak siram air je, panggil nak keluar anak tekak dia tidur mati, nak kejut nak kene gegaw baru bangun, mau tak stress aku nak nkejut tiap2 pagi nak ke sekolah, nak suruh solat....  eemm...  anak-anak... hahaha... ada iklan pulak... 

sambung!!!
 
Apalagi terus-terusan aku lap biar bersih, Ha!!!! tengok, sekali pandang nampak baru pulak. Sebenarnya mixer ni lebih tua dari usia Asyraaf. Guna baru sekali, dulu masa baru beli gunakan dengan standnya tapi mangkuk dia macam x berpusing, ingatkan rosak. Itu le sekali beli. Sebab macam kecewa barang baru beli tapi mangkuk ayon dia rosak.





Bila dah guna, rupanya semuanya masih boleh berfungsi dengan baik, mangkuk dia pun sama. Alhamdulillah kan!!! ini pun di anggap rezeki jugak, jimat duit aku, berkat sabar agaknya. Siap bersihkan semuanya aku pun buat projek baik punya, Siap dengan jayanya Nuttla Oreo Cheesecake"





2 ulasan:

  1. Masih ada rezeki tu... nak beli jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli2 jangan x beli, rasanya sesuai beli mixer x perlu stand sebab boleh guna mangkuk biasa, terpulang pasal butjet

      Padam

SESEDAP RASA