Rabu, 23 September 2015

Siap!!!!


Alhamdulillah target untuk siapkan kerja merekod buku selesai sebelum raya haji, huh!!! Lega rasanya. Bertungkus lumus juga nak siapkan, buat dengan konsisten akhirnya siap.

Mujur la Asyraaf x sekolah, so tak de le nak terkejar2 ambik dia ke sekolah ngaji bagai semua cuti bila cuti sekolah. Makanya bukan mudahnNak siapkan, waktu rehat pun aku buat kerja, balik kerja pun lambat, yang penting sekali kerja dah siap, nah! Tengok!!!!! Hanya makan masa dalam seminggu je.



Bos nak list buku yang ada, so semua dah di list kan, isnin nanti baru nak buat elok2 dan serah pada Bos. Al kisahnya Bos nak pencen, so dia nak semua tu mungkin untuk masuk alam senarai serah tugas agaknya.... agaknya leee.


Sebenarnya aku da lama nak buat sejak dapat senarai tugas antara tanggungjawab aku menyelia bilik sumber. Tapi orang baru takut2 apa lagi nak memandai2. Nak dijadikan cerita. Bermula dengan mengemas bilik sumber tu sebab nak di jadikan balik mesyuarat, semasa mengemas terjumpa le senarai list buku yang lama, aku ambik dan taip semula.

Ye la kerja tak urgen, buat releks2 le, lepas siap cadangan nak semak buku yang ada dalam balik sumber dengan senarai yang ada sama ada bukunya  masih ada atau tidak. Tapi terbantut, bila tak sependapat dengan orang lama yang jaga Aku nak buat mcm tu dia kata mcm ni, lepas tu nak buat nak kene  tunggu dia, nak buat sama2 katanya nak rekod pun sampai 2 orang?????? Sorang tukang baca sorang tukang tulis katanya, dalam hati "huh!!!!! Kerja bodoh" 1 kerja Nak buat 2 orang, aku di jabatan sorang buat kerja macam2. Itu yang buat aku marah dekat sini. Paper cutting da 2 orang buat pun, nak aku tolong jugak, sudahnya aku tinggal ada unsur2 ambil kesempatan.

Sudahnya, sampai la bos mintak!!!! Sambung balik kije yang tergendala. Tengok sekejap je. Sekarang ni senarai dan jumlah buku selesai dalam rekod, selepas ni, susun buku mngikut kategori, taging kan dan tinggal jaga je la bilik tu sebab atas tanggungjawab aku.

Belum selesai lagi, masih ada CD dan album2 lama yang perlu disenaraikan jugak, yang ini boleh buat pelan2. Memang niat aku apa yang ada akan aku rekodkan, kalau Bos kata buang baru aku buang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA