Diam tak diam hari ni dah 2 Disember 2024. Tak sangka dah berada di hujung tahun. Alhamdulillah Hidup ni berjalan seperti biasa. Ada sedih ada gembira, itu la kehidupan. Tapi Pada tanggal ini ada peristiwa yang terakam sebagai kenangan. Ye RAKAM. Terpilih menjadi peserta dalam ujibakat memasak sambil menyanyi kemudian masuk TV pulak. Seronok la pengalaman tu, bukan semua berpeluang.
Isnin, 2 Disember 2024
Rabu, 17 April 2024
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 /1445 Hijrah
Jumaat, 16 Februari 2024
Cukup umur 43 yeee... Allahu Akhbar
Lambatttt sikit nak cerita dek kerana cuti panjang, kepenatan dan ingat-ingat lupa password blog ni.
Alhamdulillah dihari ulang tahun kelahiran pada kali ni lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya, iaitu yang sebenar-benarnya tiada sambutan, tiada kek, malah melalui hari yang satu ini hanya seperti hari biasa yang tak memberi sebarang makna. Ucapan pun hanya dari sebilangan kenalan.
Tapi kali ini, ibu mertua yang belanja makan bersama 2 beradik suami dan isteri dan anak- anak mereka yang comel. Suami pulak belikan sebuji kek manakala hadiah dah pun di belikan sebulan awal.
Sebenarnya hadiah yang berikan bukan permintaan aku, tapi dia yang nak bagi. Sebulan awal tu sebab dia beli phone baru. Asyik nak tunjukkan pada aku kelebihan phone dia, jadi aku pun asyik-asyik tengok phone dia, sesekali aku menyindir jugak, ye la phone baru.
Huhuhu sudahnya dia belikan jugak phone untuk aku. Aku tak nak awal sangat surah tunggu bulan 2. Bulan 2 lagi nak pakai duit katanya, sebab nak sambut Tahun Baru Cina di KL dan ke Terengganu nak ubatkan biras aku aka bang ipar punya isteri yang vampire setahun sakit buatan orang.
Siapa sangka kan. Hari-hari yang aku lalui sebelum ini surat dan kelabu kini penuh ceria dan warna warni. Ketentuan Allah tu sebaik2 takdir untuk kita. Hanya redha dan sabar dengan Ujian, hikmahNya pasti ada. Alhamdulillah.