Khamis, 28 November 2013

Plain Chiffon Dess


Kali ini yang nak di cerita pasal baju.. aku terbekenan @ jatuh hati bila housemate pakai baju mcm ni, nampak cantik je, nampak menarik jer, kalau nak cerita dia punya baju, mak!!! ai!! dia punya baju pesen mcm ni je berhelai2 ada la dalam 4-5 helai duk beli online. Dia offer juga aku beli baju dia, lom pakai katanya, RM100 aku tak mou mahal yang aku tahu paling murah RM70.

Kemudian artis pentarama pulak  nak jual kat aku, katanya tak pakai lagi RM70 je, suruh tunggu lepas gaji, tengah2 bulan yang lebih dari sebulan ni, bukan masa membeli2 perkara yang tak penting, holl, lagi.




Tub2 betui2 hari gaji, ada pulak baju ni, try la kan.... haaa!!! tu dia ngam2 je pakai. Warna pulak dah ada tudung yang sesuai dengan warna yang lebih kurang, biasa la kalau baju dah plain tudung mesti ada corak2 bagai.... so apa lagi beli la. Masa dah time orang kata huhuhu...





Baju ni tak ada jenama apa pun sekadar beli di  perkarangan opis jer... ha!!!! sebenarnya bukan perkara yang pelik bagi kami2 yang duk d Putrajaya ni, memang setiap minggu ada jualan2, macam2 ada, dari pakaian mak budak ke pakaian budak, pakaian tilam pun ada huhuhu tau apa !!! cadar ler selimut sekali,  ada lagi macam perfium, barangan kesihatan dan kecantikan juga perhiasan macam kerongsang, tudung hang beg, kadang tu kasut pun ada, makanan macam buah2an potong, kuih, biskut, kek makanan ringgan. Fuh!!!! memang meriah la, kita tak payah susah2 p shopping compleks, pos bergerak pun ada jugak, jangan tak caya hehehe...




Sebenarnya, dah lama aku mencari wei!!!! sebelum bulan puasa tahun 2013 lagi hehehehe dan sentiasa mencari di gerai2 yang ada, ada tapi besar, ada tapi tak berkenan, ada tapi mahal. Adeh!!!!! macam2 hal kan.

Ni haa!!! bila da dapat dah tak de rasa nak turun lagi ke anjung KKMM tu.... hajat dah tercapai kononnya.  Tapi tak sabar2 bila pulak masa nak melaram hehehe. Tapi tak sangka pulak tiba2 aku terjumpa blog yang jual baju online disign macam ni murah sehinggit je dari baju yang aku beli tu huhu

Jadi kalau ada sesiapa yang berminat boleh la beli online jer di sini  :
http://blushinbelle.blogspot.com/2013/05/exclusive-chiffon-dress-for-muslimah.html

Sekian Wassalam....



Rabu, 27 November 2013

Istikharah




Pejam celik, pejam celik sekarang dah  nak habis bulan November aku mula bimbangkan pasal anak, tahun depan nak sekolah dimana. Akyik berfikir dan berfikir, masih tak de kata putus, dalam kecelaruan ni, perkara yang penting untuk aku buat adalah solat Istikharah,  dan lama aku berniat tapi tak berkesempatan dengan kesibukan kerja dan keterlupaan yang berleluasa apabila usia semakim tua.

Ahad, 10 November 2013

Suratan atau kebetulan




Dalam kehidupan sehari-harian, 
banyak perkara memberi,
kita ruang dan peluang,
untuk memilih apa yang ada. 

Apabila terlalu memilih, 
ianya sukar ditemui, 
namun apabila tidak memilih, 
penemuan tidak seperti yang diharapkan.

Tetapi apabila tiada pilihan, 
sukar pula  terima kenyataan, 
antara kekurangan atau melemahan,
bagi meneruskan masa hadapan.

Apa yang tidak sempurna,
ertinya tidak indah dimata hati kita,
sukar memujuk hati terima seadanya,
kerana bimbang akan memberi  penyesalan.

walau hakikatnya setiap kejadian,
tidak akan ada yang cukup sempurna,
kerana pasti ada cacat celanya,
dan itulah kenyataannya.

Antara suara di bibir dan hati,
tak mungkin akan seiring,
kerana pilihan melibatkan perasaan
bimbang untuk menyatakan kekecewaan.


SESEDAP RASA