Dalam hati da tak de hati nak ada haiwan peliharaan lagi. Alhaklum la, sedih dan kesian dengan nasib kucing-kucing yang dipelihara tidak dapat layanan sebaik mana kita layan. Selain 2 ekor jantan yang terlepas keluar dari rumah. Seekor yang bernama HERO masih ada di sekitar kuarters kerana dah jadi stray cat dari sebelum pindah lagi. Yang seekor lagi namanya SUN memang tak pernah keluar rumah, tetapi kerana ditinggalkan dia melarikan diri dari tingkap dapur, terus tak dapat dikesan.
Si ibu dan anaknya MOON diberikan kepada ex boyfriend, dia suka rela nak jaga, dia suka sebab kucing tu bulu kembang. Si Moon pun hilang dalam jagaan dia. Mana tak hilang, dikurung je dalam sangkar. Masa aku yang jaga Moon bebas dalam rumah termasuk la bilik aku malah seluruh kawasan rumah dia boleh pergi. Sedih sangat sebab tak dapat jaga mereka sampai hujung nyawa. Hanya sempat lihat dari lahir sampai menjadi remaja. Aku pun berpindah ke Johor Bahru.