Ahad, 31 Mei 2020

Ikan Bakar Ala Kuala Perlis



Biasanya ikan bakar bersoskan sambal. Tapi sesekali ubah rupa ubah rasa ikan bakar style Kuala Perlis, tak perlu pergi jauh2 cuba je respiri ini, pasti tak menyesal.

BAHAN-BAHAN:

1 sudu besar buttercup (marjerin apa pun boleh)
1 sudu besar Susu pekat manis
1 sudu besar Lada hitam
1 sudu kecil lada putih / lada sulah
1 sudu kecil serbuk kunyit
 1 susu kecil Garam

CARA-CARA:

Satukan mentega, garam, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan susu pekat manis Gaul rata hingga sebati.

Belah belakang ikan dan lumurkan bahan perapan tadi pada bahagian isi ikan. Cucukkan garfu pada Isi ikan agar bahan perapan meresap ke bahagian dalam isi ikan.

Bakar hingga masak dan boleh dinikmati begitu sahaja atau dinikmati bersama air asam.

Jumaat, 29 Mei 2020

Cari Jodoh hehehehe



Kisahnya aku join Baituljannah ni saje-saje je, dah tu dia duk tepi kat blog aku. So aku pun join la cuci mata hahahaha, tapi tak bayar so basic je la boleh tengok, kalau orang mesej x boleh reply sebab x bayar, yess!!! Kene bayar ok website macam ni. 

Selasa, 26 Mei 2020

Langsir Raya



Aku hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan, bertahun berangan- angan nak berlangsir baru Alhamdulillah dengan izinNya tertunai juga akhirnya pada hari raya tahun 2020. Sejak tahun 2014 aku menetap di kuarters  Putrajaya ni, selepas 5 tahun lebih rumah ini aku diamo, tahun ini baharu ada pakaian  sendiri. Berbanding sebelum ini pakai saje langsir dari rumah lama. 

Ini bukan pembaziran, kebiasaannya orang berpindah rumah serba serbi baru, tetapi aku merangkak- rangkak untuk dapatkan sesuatu, Simpan sikit demi  sedikit baru dapat memiliki apa yang aku idami. Langsir ini hanya untuk di hall sahaja, di bilik da lama ada kerana tiada saiz. Begitu la aku ikut mana yang keutamaan. 


Aku seperti insan lain yang berkeinginan nak seperti itu dan ini. Alhamdulillah maka langsir ini adalah seperti yang aku inginkan, pemilihan kain pun berkonsepkan warna hitam hijau. Kenapa hitam? Pilihan utama sememangnya hijau keduanya adalah antara hitam & putih, kesian ya Bukan favorite aku, tetapi antara hitam dan putih aku memilih hitam. Kerana hitam lebih selamat dan kurang  kesihatan kesian kotor berbanding putih. Kerana itu banyak perabut di dalam rumah adalah berwarna hitam @ gelap. 

Jadi inilah angin- angan yang aku dambakan. Alhamdulillah atas rezeki kurniaanNya, berdikit-sikit akhirnya memiliki juga.


Ahad, 24 Mei 2020

Jumaat, 15 Mei 2020

sofa chesterfiel





Akhirnya aku dapat juga sofa yang aku idam- idamkan, cuma 3 seat tu new design tengok di showroom cantik tapi da sampai da macam keranda aku tengok. Apa pun aku redha je la. Ok je pun.

SESEDAP RASA