Sabtu, 28 September 2019

Kad Kreadit


Tipu la aku tak pernah teringin, ada tu ada tapi  itu pun masa tersedak. Tetapi hakikatnya Aku tak perlukan Kad kreadit ni. Aku tak pandai guna la, Aku pun takut kalau2 terhutang @ naik stok gunakannya. 

Aku Ingatkan scammers yang call, tapi dia kata dari maybank, offfer Kad kreadit pada aku kerana da lama  aku bersama maybank hampir 20 tahun. Wow kan da lama sungguh. Masa aku bekerja di pioneer aku buka akaun maybank ni sebenarnya tahun 1999 rasanya. Kerja Penerangan pun dah 16 tahun lebih dan sebenarnya Pembayaran gaji  menggunakan maybank, loan kereta pun dengan maybank potong gaji. So memang tak ada istilah tonggakkan. Bukan itu je, maybank pun boleh tau jumlah sebenar gaji tambah cleam. So memang bijak la dia menceburkan aku dalam hutang yang tak pasti ni. 

Aku takut sebenarnya, kepala otak ni bukan  main lagi, ni ha, da fikir nak beli perabot hahahaha. So nanti bayar hutang Kad kreadit je la kan. Kalau boleh raya tahun depan semua da baru, langsir pun nak baru jugak, dari tahun ke tahun rasa nak tukar langsir tapi terlepas pandang da nak raya baru terfikir, masa tu kira da lambat. Caj pun mahal rasanya.

In Shaa Allah, cleam ada, simpan sikit2 ada rezeki beli, TV da beli, kabinatnya in Shaa Allah dalam Sebulan lagi. Bagi bertenang dulu Sebab da Beli TV huhu. Da dapat cabinet TV yg diidamkan baru boleh fikir langsir pulak, in Shaa Allah, Mudah2an diizinkan Allah dan dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA