Rabu, 11 September 2019

Amalan



Sempena bulan Muharram ni, hati aku pun rasa sangat lain macam. Alhamdulillah pasang niat dulu. Aku memang sentiasa berniat nak berubah kepada yang lebih baik terutamanya pakaian tapi  tu la tu, masih berminat dengan pakaian yang ada cutting. 😊😊😊😊 seriously memang tak mudah, mungkin kerana tak ada yang menegur, itu yang payah. Semoga Allah sentiasa memberi teguran dengan kasih sayangNya.


Sejak usia semakin meningkat  niat di hati memang nak tambah amalan sunat tu, Alhamdulillah sikit2 tambah buat solat2 sunat, memang seronok walaupun memaksa  diri bangun awal nak solat tahajut, sunat taubat, aku  usaha juga, kalau da buat tu Alhamdulillah tetapi susahnya nak istiqamah. Memang bila kerja ada out station atau Lepas period malasnya nak mula semula.

Kalau dah mula tu baru la berterusan, cuma dhuha aku ikut kesempatan. Nak2 Kat office, nama pun office kan, kalau nak buat sampai je office terus la solat kalau Aku breakfast dulu memang la payah, kerja da la x sempat nak rehat. Ada jugak kadang2 pagi2 da sampai office terus buat kerja. Breakfast pun x sempat. Eemmm lagi  nak lari dengan tempat kije yang busy, semakin ia menghampiri aku. Redha je la.

Dulu masa di Kementerian Luar Negeri, banyak masa lapang dan dari situ la Aku berjinak2 melakukan solat2 sunat dan ber zikir bermula  solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat rawatib bila selalu buat mula nak belajar solat sunat yang lain2. Sebelum aku lakukan solat2 sunat tu, aku baca jugak kisahnya, sejarah nabi. Sekarang ni apa yang aku idamkan solat sunat tasbih dulu aku rasa macam susah sangat tapi sekarang rasa macam senang, tapi tu la tu, macam senang katanya Tapi sampai sekarang tak buat2, bagusnya dosa2 kita diampunkan, sama juga la solat sunat taubat. Tapi lebih baik sunat tasbih. Bila la nak mula. Memang betul la Bukan mudah untuk berbuat  kebaikan. Tetapi nikmatnya bila da mula apa tah lagi kalau da biasa, semua jadi mudah, mudah itu lah mulanya payah. Mudah2an Allah meringankan urusan aku, Amin.

Dalam aku suka nak buat solat2 sunat ni, ada yang bersebab terutamanya tahajut, masa aku bekerja di NRE, Aku memang berdebar-debar bila Kat ke office, Ye la ada je kerja baru, ada je yabg tak diduga. Di situ la aku start buat solat sunat tahajut. Alhamdulillah kerja sepayah mana pun aku rasa, kerja berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Tetapi aku kene marah dengan bos. Terus mintak Balik jabatan hahahaha. Nanti la bila terbuka hati aku share di posting yang lain.

Tapi solat sunat pertama yang aku lakukan adalah istikharah, macam2 versi, seingat aku dulu masa nak pilih suami pak yap dengan lelaki lain, haha Walaupun dulu aku ni kering kontang, ramai juga yang suka, ramai kawan. Jadi siapa nak dijadikan pilihan hati aku buat la istikharah. Ye memang betul Abah yap la jadi Jodoh aku, walaupun x panjang jodohnya.

Sekarang ni aku kerap dengar ceramah dari seorang ustazah, seronok dengar ceramah yang telah diedit dan ringkas, sangat membantu dalam memberi semangat untuk jadi manusia yang bersabar, Redha. Kadang kala ada kene mengena dengan diri sendiri. Aku ni kadang2 suka buat itu buat ini, yang aku tau baik. Cuma secara me dalam Aku tak belajar, jadi bila dihuraikan di terangkan sejelasnya, Aku jadi seronok nak buat dan lagi dan lagi. Ustazah ni ada kata, ada orang dia buat 1 amalan je tapi berterusan, bila mati di dalam khusunul khatimah, kan seronok bila kita dengar. Aku pulak tamak semua nak buat, tapi tak berapa rajin barangkali tak mampu Tapi keinginan tu ada, cuma kadang2 terlupa. Eemmm manusia da nak masuk 40 ni macam ni la.

sebenarnya sejak aku membuat  keputusan untuk berubah kepada yang lebih baik. Rezeki aku berubah, Alhamdulillah cukup. Dan rezeki yang tak diduga juga aku rasai bila aku di tawarkan belerja di Pejabat Timbalan Menteri. Aku bersyukur, walaupun masih hidup dalam kesederhanaan, rezeki Allah bagi tak putus, ada Bahagian untuk emak, ada sedikit simpanan untuk kecemasan, dan ada rezeki untuk berjalan yang dulunya aku sendiri tak impilan semua ni. Hati aku pun lebih lapang, selesa dengan apa yang Ada In shaa Allah, ada yang kurang dalam rumah aku ni aku usaha sikit2 simpan untuk realisasikan impian dan keinginan, tidak la membazir atau bermewah2, Tapi ikut kemampuan jugak. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA