Khamis, 4 Julai 2019

Istikharah



Dengan kepala yang celaru aku niatkan untuk istikharah Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, tapi dalam mencari redha dan kepastian dalam membuat keputusan supaya tidak menyesal adalah istikharah. Itu saja cara aku untuk membuat keputusan, selebihnya berserah pada takdir Allah dan redha.

Aku da putuskan untuk tidak berkawan dengan sesiapa, selepas usaha mencari Jodoh tidak berjaya pada tahun 2017. Selepas itu aku putuskan untuk berhenti berharap, redha je dengan kehidupan yang ada sekarang, tak ada kekurangan pun hanya tak nampak sempurna dari segi pandangan orang.

Tapi sebenarnya peluang untuk mengenali sesiapa terbuka luas terutamanya dari media sosial. Tak perlu berjalan-jalan, bertemu dan berkenalan seperti zaman remaja dulu. Sekarang semua hanya di hujung jari, pantang la aku komen di mana-mana page atau group FB. Ada je yang akan PM nak kenal. Tapi x semua aku layan, tengok profail FB dia org dulu, agak meragukan aku tak layan. 

Tapi bila nak jadi cerita, bila ada mood nak balas aku balas la, macam mana keadaan pun dari tak kenal, jadi kenal sampai aku jejaki dalam FB, Huhhh!! nak selindung macam mana pun, sembunyi macam mana pun. Setakat ni aku dapat jugak kesan, penipuan orang, status orang. Masak sangat dengan perangai orang lelaki ni.

Entah kenapa rajin sangat duk layan mesej, maka terkenal la jugak manusia yang kali ni memang betul-betul plastik, ya Allah berkali-kali aku ditipu. Tapi aku sabo je, entah sesiapa punya gambar dia sedut kononnya gambar dia, sampai 3 orang punya gambar dia tipu, tapi dalam masa yang sama nak serius. Aku biarkan je. Sampai la aku tau siapa orangnya dan namanya. Patut le bukan main sorok diri dia. Rupanya keturunan arab SHEIKH rupanya, wow!!!! kalau kawin dapat anak syarifah beb hahaha... beriya-iya ajak kawin pening jugak aku. 

Aku putuskan untuk istikharah. selama 7 hari berturut-turut. MasyakAllah, lain pulak ceritanya. Yang aku kenal dulu-dulu tu ada yang call, ada yang mimpi dan terjumpa pulak tu, ada yang mesej, luah perasaan walhal da kawin hahahaha kelako la. Lagi serabut. Tapi aku dah putuskan untuk memilih siapa, dan aku berserah kepada takdir, aku pun manusia biasa tak sempurna, hati pun kadang-kadang goyang, jangan tanya pada pokok apa sebab goyang, bukan kerana atau puncanya dari orang lain tapi kerana hati sendiri, bersangka baik je, harap-harap semuanya baik-baik je, cuma aku ni ada sikap cepat bosan, bosan nak melayan kerenah orang, cuma aku ni memang tak banyak kerenah, cuma orang je yang tak faham, selebihnya biarkah rahsia. Hahahaaaa....

Istikharah ni bukan sekadar jodoh je, tetapi untuk membuat keputusan yang boleh meredhakan perasaan dalam membuat keputusan. Perkara yang ketara adalah kerja, sekarang ni sejak pilihanraya kerja sangat-sangat busy. Kadang-kadang hari cuti pun kerja, bukan suka-suka tapi masalahnya kerja nak cepat semua. Aku jadi tak tahan. Malah yang lebih kecewa bila niat nak tukar sama suka tak tercapai hajatnya. Dimain-mainkan je, suka atau tidak aku redha je.

Tapi tak sangka selepas beberapa hari Istikharah, ada jalan pulak untuk keluar dari tempat kerja sekarang. Aku rasa sekarang la masanya. Aku nak mengadap BOS, sebelum ni pernah mintak tukar tapi tak lepas beb, maklum la aku ni selalu ganti PA. Pelik macam x de orang lain yang boleh ganti PA. Aku masuk-masuk jabatan je ke bahagian yang sama, Adoi!!!! bahagian yang aku tak suka. Tapi redha je la. buat je la kerja macam biasa. Tapi kali ni da nekad, peluang dah ada, kerja pun tempat yang pernah aku kerja, memang kerja on time, kalau rasa nak sambung belajar pun sangat sesuai. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA