Sabtu, 13 Julai 2019
Pakej Seminggu
Hahahaha kelako pulak bunyinya pekej seminggu ni bukan cuti, tapi aku yang tak sihat. Dari ahad minggu lepas sampai la ke hari ni. Mulanya selsema, Tapi gigih duk mengemas rumah, da elok sakit tekak pulak, batuk-batuk manja gituw...
Di sambung dengan sakit kepala tiba-tiba Ingatkan sebab selsema tapi berhari-hari pulak sakit kepala , risau pulak aku di buatnya. Yang aku pelik betis aku pun sakit, fikir punya fikir rupanya Sebab fire drill, turun tangga 11 tingkat, kemudian berdiri berjam2 nak tunggu hingga selesai, alahlalalala gini la nasib si batang kara, eh! Ada anak bujang. Walaupun dalam keadaan tak stabil kerja tetap jalan jugak. No reason untuk mengelak kerja.
Begini la aku, memang sejenis manusia yang jarang sakit, sakit sikit2 je, demam, selsema, batuk sakit biasa yang kebanyakkan orang kene. Alhamdulillah juga la, Aku tak mengalami sakit yang tak boleh bangun terus, asal bangun nak muntah, memang kene baring jeee, baring pun pening tengok bende semua pusing. Ya Allah hanya orang yang merasa je tau seksanya keadaan tu. Mungkin jugak kerana Aku hidup sorang-sorang tak ada pasangan, Allah permudahkan hal2 seperti ini, andai jadi pada Aku siapa yang akan hantar Asyraaf ke sekolah, makan pakai dia.
Alhamdulillah, dalam apa yang diduga oleh Nya, dalam kesulitan ada sedikit kemudahan dalam urusan seharian, Syukur Alhamdulillah sakit ni penghapus dosa-dosa kecil, jadi terima aje dengan ber lapang dada. Tak sakit dosa x suruh pulak nanti kan hahahha
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan