Apa lagi kalau bukan aktiviti berbuka, terawih dan moreh di Masjid Besi. Walaupun kadang kala busy dengan kerja, Balik kerja jam 7, Aku masih sempat untuk solat sunat Tahiyatul Masjid, apa tah lagi berbuka, Syukur Alhamdulillah. sekarang ni memang tak sanggup rasanya nak tinggalkan terawih. Sayang memang terasa sayang Sebab peluang ini da lama aku impikan, selagi mampu & Sihat, penat pun penat la tolak ke tepi, rela kan juga ke Masjid sebagai persingahan sementara, Sebulan je dalam setahun itu pun x penuh sebulan, maklum le ibu yap subuh lagi kikikiki.
Cumanya tahun ni macam terfikir ke teringin ye, nak join kiamulai eh betul ke spelling dia huhu. Tapi tu la kekuatan dan kerajinan tu tak ada. Sedangkan peluang tu ada, sebab Asyraaf da cuti sekolah awal. Tapi Aku bekerja, itu yang payah.
Apa pun situasinya, aku tetap bersyukur, harap2 bertemu lagi di Ramadhan akan datang, bekalan masih x cukup, hati kadang kala tak cukup meredhai sesetengah takdir ketentuanNya. Semoga Allah swt menerima semua amalan Walaupun sekecil zarah. Niat hati memang nak tambah amal, sentiasa ingin menambah amalan sunat, jauh disudut hati nak jadi lebih baik dari sebelumnya, al maklum la, usia semakin meningkat, mati itu pasti tak mengenal usia. Apa bila teringat pasal mati, teringin sangat Aku nak mati di masjid. Tapi siapa la aku, hamba yang terlalu banyak dosa, masih alpa dengan urusan dunia. Mudah-Mudahan Allah permudahkan urusan kerja agar dapat laksanakan urusan akhirat Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan