Ahad, 9 Jun 2019

Creacion Ingrid Kurung




Untuk raya ke tiga, Ingrid  kurung diberi nama gabungan gold & gray, designnya memang unik, al maklum la dari butik penyanyi no 1 Malaysia. Ye pada hakikatnya memang tak mampu kalau harga asal, Tapi Sebab ada offer Alhamdulillah, mampu la untuk  memakai sepasang kurung dari creacion by siti norhaliza.

Sebenarnya baju ni nak pakai masa kawin Maryam ex officemate di KLN, tapi bila try rasa mcm comei & sayang nak pakai, terus putuskan untuk buat baju raya. Maka lama la peram  baju ni, dari November tak silap sampai la raya ke 3. Ini pun rasa sayang jugak nak pakai, nak tunggu jamuan office aka bahagian buat. Huhu lamanya. Sudahnya pakai la di hari Jumaat Sebab match dengan baju raya Asyraaf, kurta untuk solat Jumaat.

Boleh je kalau nak pakai untuk jamuan hari raya. Tak dosa pun pakai baju berulang2 huhu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA