Selasa, 5 September 2017

Manjakan diri

Al kisahnya, sesampai di kampung pada 31 Ogos kemarin anak bertuah tak sampai dirumah. Lama tak berjumpa dek kerana tugas mengikuti konvoi malah out station dari 10 ogos sehingga 29. Anak buah pulak membebel pasal orang promosi, aku poun tanya promosi apa, ceh!!! tiba2 aku suruh dia tanya detail, sudahnya kami pun ke sana.

Sana mana? i ke spa le, di kampung je, konon-konon nak buat facial je, al maklum le berkembara di atas kenderaan, berpanas, hujan kadang-kadang walaupun dalam kenderaan badan tetap letih. Makanya aku pun buta body massage.  

Tau apa aku rasa, ya Allah malunya... belakang tak kisah le, tapi depan dada2 aku pun disapu scrub. Hahahaha..... terpaksa buat muka tak de perasaan. Nak buat macam mana diri sendiri yang nak. Yeeeee memang jakun, sebab aku tak pernah buat scrub pun. Tapi rasa nak buat lagi lain kali, sebulan sekali rasanya OK kot. 

Selain di scrub pada badan, ada urutan spa, simple tapi tetap rasa sakit huhuhu... bagi orang yang tak suka berurut seperti aku, aku buat scrub coklat. selesai, mandi bunga pulak. Tapi sebelum dimandikan bunga kene mandi bersihkan badan dari scrub tersebut.


Selesai mandi baru lah buat full treatment facial flaeless, katanya.

Ceh beriya sangat, walhal bukan ada suami pun kan!!! Tapi tak pe, tubuh badan memang kene jaga, luar dalam, biasa la aku memang gini nampak simple, tapi penjagaan makanan, penampilan luar dan dalam badan still jaga. Badan nak pakai lama oooiiiii..... so kene mantain. 

Buatnya tiba2 datang jodoh muda, kan!!! x de le mengelupur nak repair body la bagai. La ni belui minyak blablabla.... rahsia. Tujuannya untuk menegang bhahahahaha.... alamak lari tajuk pulak.


Berbalik kepada spa tu so saya Promosi la, kepada yang tinggal di tangkak khususnya boleh la ke Secantiq Puteri Spa, terletak dijalan manja, kalau tak tahu laluan ke Pasar Awam Tangkak, dari traffik light tangkak ke pasar belok ke kiri kalau terus ke Kampung Solok. Ada rumah kedai baru, ada Pet Shop, Ada kedai Kek Melayu dan diatasnya terletak Spa ini.

Kesimpulannya saya berpuas hati, dengan layanan dan perkhidmatan spa ini, cuma ada sedikit terkilan ingatkan mandi bunga dalam bar tab, rupanya cuma disiram dengan air bunga dan sudah disediakan dalam baldi. hehehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA