Alhamdulillah bujang ambo membesar dengan sihat. Yang pastinya tahun dan kali ini buat dia lebih happy dari tahun2 sebelumnya. Kerana disambut beramai2 dengan sepupu di rumah atok.
Jamuan simple mee hoon goreng oleh atuk dia, ayam goreng dari KFC, kek pilihan dia sendiri "white chocolate macadamia" from secret recipe, memang sedap, rasa vanila. Yang lebih dia teruja adalah decoration bertemakan putih biru.
Idea tiba2 nak buat macam tu sehari sebelum, jam 6 petang pulak tu, baru balik dari pekan ke pekan lagi cari barang2 alhamdulillah semua ada di Mr. DIY. Memang memudahkan kerja. Selebihnya kain beli di kedai basikal hahahaha kain kat kedai kain le, kan tangkak bandar tekstail hahahaha.
Sebenarnya bukan permintaan Asyraaf, tapi sengaja menguji kemampuan diri, "boleh ke buat?" ha gitu. So sebelum buat, macam2 dah difikirkan dalam kepala ni. Maka terhasil decoration yang simple tapi menarik jugak kan!!! haaa hang pa boleh ke buat sendiri macam ni hehehehe.
Bukan semua ibu-ibu mampu buat begini, ramai yang mampu tapi upah kepada orang lain. Tapi ibu yap guna tenaga dan wang sendiri untuk hasilkan idea kreatif kononnya. Ye la kreatif ada yang komen gituw.... hehehehe
Seperti biasa aku sambut birthday Asyraaf sekadar mengingati, tak melibatkan orang lain kecuali ahli keluarga terdekat. Tahun ini kebetulan cuti panjang bersambung dari cuti hari kebangsaan, Hari raya Haji Atau AidilAdha ditambah dengan cuti umum Sukan Sea.
Seperti biasa aku sambut birthday Asyraaf sekadar mengingati, tak melibatkan orang lain kecuali ahli keluarga terdekat. Tahun ini kebetulan cuti panjang bersambung dari cuti hari kebangsaan, Hari raya Haji Atau AidilAdha ditambah dengan cuti umum Sukan Sea.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan