Jumaat, 9 September 2016

Mesej dari Dia

Tambah kapsyen



Seperti sebelum ni yang aku pernah kata, cerita aku dengan seseorang ada sambungannya. Ingatkan dah tak ada apa-apa, tapi ini bukan sambungannya lagi tapi siri. Ada juga niat nak sambung tali yang telah terputus beberapa  bulan lepas. Aku beri peluang untuk dia bagi penjelasan, tetapi sampai sekarang aku tak faham apa yang nak diperjelaskan. 

1


Sekejap memuji, tetapi banyaknya memburukkan aku sahaja, malah meng HUKUM terus-terusan. Tak kan aku nak kata "ntah apa yang dia nak dengan aku"  kan.... terang-terangan dia nak kat aku. Tapi cara dia sangat kurang ajar.


Aku terima segala keburukkan, kekurangan dan kelemahan yang cuba dia sungkit hasil "hati panasnya". Hingga yang tak ada kene mengena dengan dia pun, dia nak komen jugak, lebih dasyat lagi satu persatu mencari salah aku. Malah sebok pulak nak ceritakan yang dia tak tau jalan cerita, apa yang aku cerita lain, dia nak cerita jugak tapi jadi lain, sebab apa???? Sebenarnya dia tak tahu apa-apa pun, aku tak pernah bercerita pun. Pening kepala aku. Nasib baik tak jadi laki.

2
Kalau dah tau aku ni buruk segala, kenapa ada hati dengan aku, dia tak perlu pun untuk mengenali aku. Dah tau pun aku macam mana sebelum kenal. Tapi dia nak jugak, itu yang aku tak faham, hampir semua komen dia adalah hasil bacaan dari penulisan aku di blog ini. Bukan aku cerita pun, terutama sekali pasal anak. Sepatah haram aku tak pernah cakap pasal Asyraaf. Sebab dia berahsia, maka aku pun SENYAP. Agaknya memang ini cara dia, suka mengutuk orang.




3
Kata kawin dah 10 tahun, tapi tak kan tak de ilmu untuk memujuk kot. Belajo la,  aku ni yang tak de pasangan pun macam-macam ilmu rumah tangga aku ada, dengan perkataan, dengan perbuatan, dengan godaan dengan makanan, paling senang dengan senyuman nak pujuk orang yang penting bukan sihir, ini ilmu baik2 punya ilmu kasih sayang, walaupun aku ni tak de orang yang sayang, cuma da ada pengalaman so belajar dari pengalaman, ini pun bagi manusia yang berfikir la.


Ini tidak, memburukkan orang tak sudah- sudah, molek sangat ke dia tu????? kalau begini la caranya nak berbaik, orang sakit pun boleh mati la, dah lah sakit kene sekolahkan, kene sindir, kene perli, itu bukan cara orang berilmu.



Nak menegur pun ada cara  dan adapnya jugak, bukan bila rasa orang tu hina, boleh maki sesuka hati,  hina mana pun manusia tetap hamba Allah, engkau tu siapa? MALAIKAT Memang kesian. Macam orang tak cukup kasih sayang. Walaupun ada insan TERSAYANG!!!!! Nak jugak aku sayang kat dia, memang tak la. Perangai macam orang tak matang langsung.


Tinggal di negeri Arab tidak semestinya menjadikan kita sempurna agamanya. Jangan ilmu paras dada itik, dah rasa macam ustaz bertauliah. Carilah ilmu banyak mana pun untuk pengetahuan dan dalaminya. Bukan untuk sindir orang, perli orang atau sengaja nak sakitkan hati orang kerana hati sendiri sakit.



Aku biokan je. Lantak la dia, yang penting dia tak de kene mengena dengan aku lagi. Tapi kata-kata dia memang terkesan dihati. Kalau boleh aku nakkkk je mintak orang ramai yang follow blog aku ni bagi respon, tentang manusia sorang ni. Tak kisah la, kalau nak kata aku salah ke apa? aku terima sebab hati aku memang sakit, sakit sangat. Tapi tu la, blog aku ni bukan blog yang popular, mana ada orang nak komen.


Yang tak tahan tu perihal dunia @ global, pasal orang politik pun nak komen, ingat aku kisah semua tu. Tak pe ini aku paparkan mesej dari dia, next ada episod, JAWAB MESEJ DARI DIA....
Dia tak ada pun dalam senarai diatas.... jadi!!!!!!!!!!!

No. Phone dia memang aku sengaja paparkan. Mana tau kot2 ada wanita-wanita diluar sana yang mencari suami dan tak kisah kalau bersuamikan  laki orang, boleh la rojer2 hahahaha.... dia nak marah!!! Ada aku kisah, lantak le.

Kalau la ada sesiapa nak komen dialu-alukan, aku pun terima secara terbuka jika di maki, dihina, dan dikutuk lagi. Alah bisa tegah biasa.


4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA