Selasa, 6 September 2016

Facial



Honestly, this is the first time I make a facial in SPA, so excited hehehehe. Da lama teringin, teringin nak wajah selicin artis fofular gitu hahahaha.... tapi itu semua hanya angan-angan aje la.


Rupa-rupanya nak facial pun kene bukak baju eh hehehehe... memang la bunyinya macam jakun, da kata 1st kan. Memang banyak step, dari cuci muka, skrup, wap, mask, sehingga la urut, urut pun bukan setakat urut muka jeee... bahagian bahu dan dada pun dia urut, adoi!!! naik geli aku di buatnya tahan tahan kan  je... nasib baik aku tak tergelak.... tak tahan geli, aku bukan biasa mengurut dan berurut ni. 

muka selepas facial

Lama jugak masanya 1 jam 30 minit. naik penat aku di buatnya. Tak sabar nak tunggu habis. lama bebeno. Muka ada bintik2 seperti kulit kene air gelembung mungkin kesan masa buang whitehead,  so lubang whitehead tu yang jadi mcm tu, tapi aku biarkan je. Tengok sehari dua nanti macam mana. 

Kalau tak ada apa2 masalah in Shaa Allah, next time nak buat lagi. Melabur sikit untuk kecantikan kulit wajah yang semakin berusia, selain jaga dalaman, eh jaga ke??? kikiki apa pun luaran terutamanya yang terlihat dek pandangan pun kene jaga jugak. Aku cuma nak kulit wajah licin dan bersih je. kalau dalam 4 ke 5 kali kulit muka still sama mungkin aku akan stop.

Sebabnya, apa yang dia buat aku pun boleh buat, memang dari dulu aku dah jaga kulit wajah, tapi hanya amalkan petua2 tradisional je.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA