Eeemmm.... mengeluh jugak la di buatnya, mana tidaknya, saat aku perlu beri komitmen dengan kerja saat itu juga ia kelihatan gagal hanya kerana tab aku rosak, masalah berlarutan walaupun telah dibaiki.
Antara tugas aku adalah mengambil gambar. Dengan keadaan tab aku yang mengalami masalah tak boleh caj, terasa sangat menyukarkan keadaan aku untuk bekerja. malah sebulan aku bekerja tapi tak sekali aku turun padang ke daerah.
Aku maklumkan permasalah aku. Kemudian aku disuruh untuk buat kertas kerja, siap dan dah pun diluluskan, malah bos maklumkan akan dapat iPad. makanya aku berharap, tapi dari hari ke minggu Mac pun hampir, hati dah tak senang tak tenang. Yang diluluskan dan dijanjikan tak nampak bayang, aku tak kisah kerana aku tak mengharap.
Tapi aku terpaksa buat plen sendiri. Terpaksa beli camera sendiri, jenuh aku fikirkan sumber kewangan. Buku tabung haji puas aku belek2, sayang nak keluarkan duit. Kerana simpanan itu aku anggap simpanan KEKAL yang tak mahu aku keluarkan.
Sudahnya aku mencuba nasib mencari seseorang yang biasa bergurau mengutuk dan mengata dengan selamba dan dengan selamba jugak aku menyatakan hasrat hati. MasyakAllah berderai air mata bila dia sedia membantu aku..... Aku jarang meminjam duit orang tapi ini saat kritikal dan sangat terdesak, petang itu jugak aku bergegas ke kedai SAMSUNG di The MInes Sri Kembangan untuk mencari camera.
Aku berani meminjam kerana kos ini akan di tanggung oleh Pejabat di daerah. Makanya aku akan dapat semula duit itu. Tapi masih belum diterima. 4 item dengan kos RM1100. aku harap akan dapat kembali dengan segera.
Alhamdulillah, esok harinya 29hb 02 iaitu tahun lompat, aku dengan yakin menjalankan tugas menjadi photographers tak rasmi. Perasaan pun lain sikit, maklum le kita ambil gambar dengan camera.
Cuma!!! mungkin aku nampak macam banyak kerenah. Tapi orang tak faham. Camera lah tempat untuk gambar terutamanya gambar bos, berapa banyak aku nak simpan gambar bos dalam phone aku, pegawai yang hanya beberapa keping gambar pun dah cakap "semak" dalam phone dia. Sama la aku. Urusan kerja biar dengan barang kerja, yang bila mana aku tak kejra orang lain boleh guna, kerana camera ini bukan hak peribadi aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan