Rabu, 9 Mac 2016

Apa La Nasib



Aku dan gembira bila dah ada camera senang untuk aku jalankan tugas. Tapi siapa sangka TAB aku tiba-tiba terus-terusan tak boleh guna. try caj tetap tak boleh on. Hingga sukar dihubungi dan masalah berkait dengan orang lain. Dengan kemudahan yang ada semua perhubungan hanya dengan whatapp tapi bila tab pun tak boleh on semuanya aku tak tahu, seolah-olah terputus hubungan. 


Aku tahu ada yang sangat sakit hati dengan aku kerana masalah yang aku hadapi ni. Tapi apa daya aku, masalah nak timbul tanpa aku minta, bukan ini yang aku harapkan untuk berlaku. Untuk menggantikan yang baru memerlukan modal malah ia melibatkan kewangan dan kewangan aku tak stabil ketika ini.

Apa la nasib aku ni kan...... terasa langkah aku sangat berat untuk melakukan tugas di tempat baru. Ada saje yang tak kene. Bermua dengan masalah TAB, yang hingga kini tak selesai. Aku repair phone NOKIA, katanya 2 ke 3 hari tapi dah hampir 3 minggu tak selesai lagi masalah.

Alhamdulillah dah ada camera, aku pun da start turun padang ikut pergerakkan bos. Diduga lagi, bila tak ada wifi sukar untuk aku uplode gambar ke dalam FB bos. Demi kerja aku betapa di kedai mamak semata-mata untuk uplode pic aktiviti dan pergerakkan bos 5 ke 6 jam aku betapa di kedai mamak, naik malu aku d buatnya dari makan roti bakar siap order magie goreng.... dah lapar.

Alhamdulillah juga, bila semua pic dapat aku uplode, aktiviti bos pun semakin banyak, isnin lepas pun dia cadangkan untuk tukar nama Profail. Aku try, tak dapat sebab dalam masa x sampai 60 hari aku dah tukar nama 2 ke 3 kali. Ada pic yang 2hb pun nak suruh aku uplode, masa hari tu kata tak payah.... aku buat jugak.... Tub-tub hari rabu, akaun FB yang aku buat khas untuk BOS dah tak ada... Yang mana aku share pun x de di Wall FB aku... Kene hack pulak.......

MasyakAllah apa la dugaan aku ni!!!!!! penat aku bekerja selama seminggu ni, jadi bertambah penat.... aku baru nak rasa seronok bekerja..... Entah apa lagi cabaran yang bakal aku hadapi. Tapi ini la yang dikatakan dugaan. Aku harap semoga kesukaran pada permulaan langkah aku ini akan memberikan kemudahan apabila aku berundur. 

Aku tetap tak akan mengalah, ini namanya pengalaman dan serba sedikit aku tambah pengetahuan. Walaupun hakikatnya aku tak mampu tahan dan hanya mampu menangis semahu-mahunya kerana tak ada yang memahami situasi aku. Yang kelihatan seolah-olah semuanya 1 kegagalan. Ya Allah!!!!! mudah-mudahan kau berikan aku pengetahuan untuk mengatasi permasalah ini. Aku tahu setiap masalah itu ada penghujungnya. 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA