Isnin, 8 Februari 2016

Perasaan ini



Dalam keadaan status begini, macam-macam dugaan yang aku hadapi, kata dan kutukkan orang tu sememangnya aku tak nafikan. Tapi jika terang-terangnya membenci kerana status aku. Maaf aku katakan aku manusia biasa dan sebenarnya menerima apa sahaja takdir dengan redha dan kini semakin pasrah, aku hanya mampu berserah padaNya.


Kadang kala kerana tanggapan manusia lain juga membuatkan aku sentiasa berjaga-jaga. Atau kata lainnya, sentiasa menjaga suasana dan keadaan malah tanggapan orang supaya tak buruk sangka. Tapi hati manusia berbeza, kadang-kala kita yang tidak melakukan apa-apa dianggap sebagai manusia pendosa, bergelumang dengan dosa dan sentiasa berdosa.

Siapakah mereka????? hanya tuhan sahaja yang tahu, jangan terlalu zalim untuk menghukum aku. Dalam setiap langkah yang teratur mahupun terabur. Aku tahu akan dosa, ye aku pendosa kerana aku manusia biasa yang tak lepas dari berbuat salah sama ada sesama manusia mahupun melanggar hukum Allah, namun dimuka bumi Allah ini bukan aku seorang yang bergelar manusia, adakah manusia lain malaikat atau syaitan.

Berbeza pulak sikap segelintir manusia bergelar lelaki. Jika yang membenci tu aku memang dipandang hina. Tak mengapa kerana aku rasa lebih selamat, kerana spesis ini tidak akan peduli dengan aku. Berbeza pula bagi mereka yang peduli. kalau boleh semua perkara nak diambil tahu, walaupun aku tak hinggin untuk memberi tahu.

Yang lebih menyedihkan lagi, bila niat jahat tertanam dalam hati sesetengah daripada mereka. Ye la, mentang-mentang aku janda. Kerana itu pelbagai andaian yang dibuat, diganggu suami orang tak kurang hebatnya merancang sesuatu sebagai jerat, mujur aku tak masuk perangkap. Keadaan memang sukar diduga kadang kala bila bersangka baik terhadap orang lain dibalas dengan niat tak baik atas tujuan untuk mengambil kesempatan. Aku tidak pernah memberi peluang, namun kerana selalu bertemu dan berurusan berkaitan pekerjaan dan kerana kerja juga lelaki mudah mendekati aku, berurusan untuk melancarkan tugasan. 

Sesungguhnya aku masih didalam lindungan dan kasih Allah, sesuatu tidak akan berlaku jika tanpa izinNya dan mujur juga Allah beri gerak hati untuk curiga, berhati-hati itu sentiasa hanya Dia yang tahu hati  dan niat aku, yang tidak pernah mencuba untuk mengambil kesempatan kepada sesiapa sama ada zahir mahupun batin.

Sebenarnya aku cukup rasa terhina dengan sikap manusia yang berniat untuk pemgambil kesempatan. Niat aku hanya 1 je, inginkan pasangan yang halal yang diredhai oleh-Nya. Untuk meneruskan kehidupan seperti insan lain. Andai tiada aku tetap redha dan pasrah, mungkin ini yang terbaik dan semoga aku dilindungi oleh-Nya, kerana hanya Dia sebaik-baik pelindung. Amin!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA