Selasa, 16 Februari 2016

Hari Tua


Kini aku semakin tua, menempuh hari-hari sendiri, terasa sunyi dan sepi, malah rasa tak bermaknanya hidup ini. Dalam usia begini juga aku hanya ingin tumpukan pada kerja yang dipertanggungjawabkan. Selebihnya sedikit-sedikit menambah amalan sebagai bekalan ke sana. Soal diterima atau sebaliknya biarlah Dia yang menentukan. Kerana hanya Dia yang tahu isi hati setiap makhluknya. Aku hanya usaha mengikut kemampuan aku.


Seusia 35 tahun.....alhamdulillah
Pada hari tuek aku ni, tak ada apa yang terlalu istimewa, makan-makan atau sambutan. Hanya harinya berjalan seperti biasa, aku ambik Tab aku yang rosak dah berhari-hari sejak jumaat lalu di The mines, lunch sesorang disitu sekali, sempat dapatkan quotition barang untuk keperluan kerja, sempat jugak la singgah McD beli Apple pie kegemaran aku, dan malam baru aku makan, itu la aku kadang-kala beli makanan simpan dalam fridge berminggu sampai basi, sampai berlapuk. hehehe apa pun yang penting aku dah terer ke sana yang dulunya asing pada aku. Tapi balik pulak boleh salah jalan macam-macam hal. Apa pun lepas ni boleh bawak Asyraaf ke sana.... In shaa Allah....

Dalam wish kawan-kawan di FB mendoakan bertemu "Jodoh" alhamdulillah amin!!!. Cuma sebenarnya aku sendiri tak pasti sama ada aku bertemu jodoh atau mati. Dalam hati ni aku rasai seolah-olah aku tak sempat manjadi warga emas atau kata lainnya tua. Aku pun tak berharap untuk menjadi tua sebenarnya.

Pernah aku berborak dengan Bos lama, aku nak mati dalam usia muda, kerana tua pun belum tentu cukup amal ibadahnya. Kalau muda markah dosanya kurang sikit. Maklum la perempuan ni banyak yang tak boleh dari yang boleh. Berpakaian belum tentu menutup aurat, bertudung pun belum tentu mengikut syarak, alaaaa macam aku ni haaa contoh terdekat.

Tapi jauh disuduh hati, teringin aku nak mati di masjid, nak-nak masjid besi yang menjadi tempat melepak aku sejak setahun dua ni, tak perlu la mati pada hari jumaat, kerana aku memang tak layak, kurang amal dan takwanya. Cukup la kalau dapat mati di masjid. Memang seronok berada disana tenang dan mendamaikan. Memang betul kalau kita dengan rela, redha dengan hidup dan takhir ternyata memberi ketenangan, hanya berharap denganNya.  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA