Isnin, 29 Februari 2016

Kasut Boot Lee Sandee



Kasut yang sesuai untuk aktiviti yang lebih lasak. Permukaan tapak yang rata membuatkan kaki lebih selesa. Malah dengan design yang menutupi keseluruhan kaki melebihi buku lali, membuatkan kaki rasa selamat dan yang lebih utama adalah ianya menutup aurat, sesuai bagi aku yang jarang-jarang menutup aurat terutamanya bahagian kaki.

Selasa, 23 Februari 2016

Skrub Kunyit



BAHAN-BAHAN
1 1/2 sudu kunyit serbuk
1 sudu yogurt (  Perisa Asli )
1 sudu madu


Rabu, 17 Februari 2016

Selasa, 16 Februari 2016

Hari Tua


Kini aku semakin tua, menempuh hari-hari sendiri, terasa sunyi dan sepi, malah rasa tak bermaknanya hidup ini. Dalam usia begini juga aku hanya ingin tumpukan pada kerja yang dipertanggungjawabkan. Selebihnya sedikit-sedikit menambah amalan sebagai bekalan ke sana. Soal diterima atau sebaliknya biarlah Dia yang menentukan. Kerana hanya Dia yang tahu isi hati setiap makhluknya. Aku hanya usaha mengikut kemampuan aku.

Rabu, 10 Februari 2016

Usaha Yang Sedikit



Pertamanya di panjatkan syukur Alhamdulillah, kerana tak sia-sia aku menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan keperluan bertujuan melaksanakan tugas dilapangan telah diluluskan BOS tanpa banyak soal. Tersenyum lebar sampai ke telingga hingga ke petang. 

Cuti Tahun Baru Cina yang panjang tak mengerakkan hati aku untuk ke mana-mana. Dengan RM yang semakin menipis ni. Memerap aktiviti yang terbaik, tapi masih ada tugas yang belum selesai. Paper work perlu disiapkan, kebetulan BOS nak jumpa selepas cuti panjang.

Isnin, 8 Februari 2016

Perasaan ini



Dalam keadaan status begini, macam-macam dugaan yang aku hadapi, kata dan kutukkan orang tu sememangnya aku tak nafikan. Tapi jika terang-terangnya membenci kerana status aku. Maaf aku katakan aku manusia biasa dan sebenarnya menerima apa sahaja takdir dengan redha dan kini semakin pasrah, aku hanya mampu berserah padaNya.

Jumaat, 5 Februari 2016

Sungguh!!!!! Aku tak tau....



Aku tak sangka, selama ni lelaki yang aku kenal adalah suami orang, aku berkawan dengan suami orang. Malah orang itu pernah aku ter "suka" pada saat aku baru mengenalinya.

Khamis, 4 Februari 2016

Tauhu Telur Hancur


Bahan :
1. 2 biji telur
2. 2 keping tauhu                     
3. 1 ulas bawang putih
4. 2 biji bawang merah
5. 1 biji lada basah merah
6. Sedikit ikan bilis
7. Garam dan gula secukupnya
8. Minyak masak secukupnya

Rabu, 3 Februari 2016

Di Bulan Februari



Banyak peristiwa di Februari 2016, hari pertama, minggu pertama di Februari ini, aku berubah pejabat, kawan, suasana, mood sempena perubahan bulan jugak aku datang bulan 1hb hahahaha itu pun nak story. Tugasnya tak usah dicakap, memang dah ada kerana aku dah buat lawatan pada minggu lepas, so YB dah bagi amanat siap-siap.

Isnin, 1 Februari 2016

Bersua Muka



Permulaan hari ini yang sedikit berdebar-debar dan rasa sangat happy terasa dari pagi hingga ke malam senyum ketelingga memanjang. Alhamdulillah rasa itu anugerah tuhan, seperti orang lain aku pun berhak untuk merasainya, hanya gembira sahaja aku juga manusia biasa. Nyatanya aku tak mengharap sesuatu yang fantastik dan bombastik, sekadar berserah pada ketentuannya. wah!!!! begitu mukadimahnya...hehe...


SESEDAP RASA