Gaji bulan Julai ke Ogos memang jaraknya sangat jauh, 48 hari, so bukan aku je semua anggota kerajaan Menunggu 25 ogos, Hahahaha, pagi2 aku da ke maybank.
Bukan salah kerajaan pun kerana bayar gaji awal, itu sebab nak bantu anggota kerajaan khususnya beragama Islam yg memerlukan duit untuk membeli keperluan hari raya. Cuma bagaimana nak manage money tu yg penting.
Aku pulak dalam tempoh tersebut, nak kene bayar road Tex, kereta da cukup 1 tahun nak kene service semua, nak raya da memang guna duit banyak.
Dalam hati ya Allah bersyukur sangat sebab beringat nak menyimpan, kalau nak hidup macam orang lain yang selalu makan luar, beli pakaian lawa, berjalan tak sudah2 boleh je, tapi ada duit habis, tiap2 Bulan macam tu, rasanya bukan dari aku.
Dalam orang ramai mengeluh kesah aku senyum je, macam tak de apa2, walhal ada kos yg lebih besar yang perlu di selesaikan. Alhamdulillah inilah hikmahnya menyimpan dan berjimat, syukur alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan