Rabu, 22 Julai 2015

Ramadhan Yang Diidam


Walaupun sekarang dah raya, ceritanya nanti dulu lom cukup sebulan. Apa yang diceritakan disini mengenai Ramadhan tahun ini buat aku 2 beranak. Aktivitinya memang banyak berbeza berbanding dengan ramadhan sebelum-sebelum ni.
Banyak pengalaman pertama untuk aku dan Asyraaf sebagai perantauan "ceh gitu!!!", aku dua beranak bukan saja berterawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin malah berbuka pun disitu sepanjang sebulan berpuasa, ada la sehari Iftar di Pejabat.


 Kebiasaanya lepas balik kije mandi siap2 terus ke masjid, sesampai ke masjid aku terus ke tandas membuang apa yang patut aka air kecil je, cuci dan lap seeloknya, begitu le jugak semasa selepas berbuka, ye la takut tiba2 nak terbuang bagai kan... memang ada beg kecil untuk simpan underwear dan sarung kaki, nak selamat pakai panty liner, nak sembahyang kan kebersihan mesti dijaga, masuk toilet pun bio angkat kain tinggi2 semua pompuan apa ada hal. Kalau da dalam tandas bersih sekali pun mana boleh yakin bahawa tempat yg bersih itu bersih, air kencing bukan warna hijau macam kereta aku hahaha... merepek pulak gamaknya tut...
 


Setiap hari kalau tak ada apa2 aktiviti masjid buat tahlil arwah, sementara mengunggu waktu berbuka Aku selalu sebelum kul 7 dah betapa di masjid niat iktikaf sekali selepas solat sunat dengan zikirnya sekali, baca la yassin atau zikir harian, bergantung kepada kelapangan dan mengisi masa lapang. kadang2 sementara tunggu Isyak sempat jugak baca yassin. yang paling best bila datang awal parking banyak, tempat kosong pun banyak biasanya aku bentang sejadah kecil dengan beg telekung letak elok2 booking tempat awal2 hehehe, biasanya aku ambil saff kedua, segan nak duk depan sebab  antara jemaah lelaki dan perempuan tiada penghadang, dah nama pun lelaki kan, mata tu suka sangat pandang2 bukan pandang aku tapi pandang orang pompuan, jalan je terus tak boleh agaknya, kalau yg bujang mencari pasangan tu tak pe la, tapi saff pertama biasanya orang tua aka sudah berkahwin hahahaha.... ada berani...





Alhamdulillah seronok sebenarnya, dan keseronokan ni aku kongsi dengan officemate aku, mana boleh semua nak share d FB nanti di anggap megah la, menunjuk la, walhal kalau niat kita berkongsi rasa tak salah, kalau kita berbuat baik in syaa Allah memberi impak yang baik kepada orang lain, kan bagus sesuatu yang baik itu dikongsi, setidaknya menggalakkan orang lain sama2 menuju kebaikan walaupun cuma sehari, ini tidak bulan2 puasa macam2 kes yang mati, yang bunuh, yang maki, itu yg dengan bangganya di share sebilangan orang, tak tau cerita itu yang menunjukkan seolah2 orang malaysia ni gila ke apa!! hahaha cuma orang ni macam2 perangai  selalu je salah sangka. Tapi ada jugak yg aku post d IG aka orang tak kenal aku pun. Orang nak buruk sangka itu terpulang, yang penting niat aku bukan nak menunjuk. Yang pentingnya niat kita Allah yang tahu..




First time Ramadhan berbuka di Masjid kan, so kekok sikit untuk sehari dua, lepas tu Masjid tu macam aku yang punya hahaha... Syukur Alhamdulillah aku dua beranak tak banyak masalah pasal makanan. Terima apa je yang diberikan oleh masjid kepada para tetamu dan jemaah masjid. Macam tempat lain jugak lepas azan makanan ringkas disediakan dengan 3 biji kurma dan sejenis kuih, air zam-zam disediakan air manis pulak air sejuk biasanya sirap limau, sarsi dan mcm2 la aku tak berapa nak minum air sejuk ni. Ada air panas aka teh tapi sedekah dari pengunjung bergantung pada nasib kalau cepat dapat la, kalau tak minum la mineral water beli kat Masjid. So dihujung2 ramadhan aku buat air teh sendiri, tak elok kan nak komen2 benda yang diberikan free, Alhamdulillah sesedap rasa, kan Asyraaf da cakap, "ibu masak apa pun sedap" sebab tu buat air tak rasa manis pun dia kata sedap, hadoi!!!! geli usu perut aku hahahaha.....



Selepas selesai je solat magrib maka berdedai jemaah masjid beratur ambil makanan berat aka nasi berlauk Alhamdulillah semuanya sedap belaka, tapi aku beratur agak lewat sikit sebab tak nak lepaskan peluang solat sunat Rawatib dulu dah biasa so rasa rugi kalau tak buat, lagipun da biasa dijadikan amalan, nak2 bulan ramadhan berlipat kali ganda ganjarannya, ceh!!! macam Ustazah Idah pulak... hehehee... 



Apa yang lebih aku bersyukur bila Asyraaf jadi pemudah cara aka  bantu ibu dia ambik makanan  buah kurma, air zam-zam, dan juadah berbuka Alhamdulillah, mula2 aku yang ambikkan ada le dalam seminggu ke 9 hari, tapi kesian dia tunggu lama sangat, fuh!!!! ramai orang, untuk ruang wanita aje ada 8 buffet. So aku try suruh dia ambikkan, hari pertama tak yakin, aku ambikkan jugak untuk dia, mak aiii terlebih sepinggan, sudahnya aku bawak balik, dapat la jugak buat bersahur Alhamdulillah. Selepas tu dia lah yang ambik kan, sikit2 aku ajar, kalau ambik ni lebih sikit begitu begini, dia ikut je, eemm.... sayang buah hati ibu yang sorang tu.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA