Selasa, 28 Julai 2015

Admire


Ehem!! ehem!! batuk pulak... hahaha... tiba2 hari ni pagi2 orang yang aku admire kat tempat kerja datang pulak datang ke department, dah lama tak nampak. Petang pulak dia bagi talk, ceh!!!! bila aku  tau, aku dengan bangganya sengaja pergi nak tengok tapi da sampai aku jeling2 je dari jauh hahahaha...... segan nooo nak tengok walaupun dia bukanya pandang kat aku...

Perkara biasa la kalau ada orang minat kat kita, kita pun ada hati jugak minat kat orang aka kita pun ada perasaan jugak gituwww!!! hahahaha.... 

Ada le 1 masa tu dia datang ke department, aku berseloroh je "ee!! botak seksi!!, member pun cakap ëh akak ni entah siapa, laki orang ke apa"... adeh!!! potong betul, gurau pun tak boleh pening jap aku, puji je pun! tak salah, bukan kita nak!



Mula2 aku memerhati je, tiba2 terminat pulak's, aku dapat tau nama penuh dia, 1 hari berselisih kereta dengan dia, jeng..jeng...jeng... dah tau dia bawak kereta apa, kereta yg aku minat nak beli tapi tak jadi aka mahal. Dia park kereta kat mana pun aku tau. Cerita sikit pasal orangnya, dia tinggi lampai, kurus yang berisi aka macam aku la hahaha nak jugak!!, kulit cerah, muka bersih, miskin rambut aka botak hahahaha. Entah kenapa aku boleh terminat dengan orang botak agaknya, tapi dia ni memang botak yang nampak seksi hhhaa... masuk dalam kategori hensem le jugak dan dia berjawatan tinggi sebenarnya, member kata dia duda, cuma tak pasti ada anak ke tidak. Apa yang aku tahu, dia ni memang selalu datang kerja cepat.

Hakikatnya aku selalu terserempak  masa aku nak p toilet dia pun  ke @ dari toilet pagi2, hahaha membuang dulu sebelum buat kerja, macam tak de tempat lain pulak tempat busuk jugak.... Pernah sekali aku rasa macam da lama tak nampak dia, siap niat dalam hati "dapat bertembung dengan dia macam biasa pun OK" tub2 aku nak ke surau bertembung dengan dia, peh!!!!! ini "suratan atau kebetulan" hahaha  berderau jantung aku beb!! Tapi tu la dia dari toilet hahahaha aku pulak, terpandang aku toleh tempat lain macam tak de apa2, ini yang dikatakan lain dimata lain dihati..... gituwww..


Mula2 senyum jugak, nak tegur aku tak biasa. Tapi bila dah tau dia ada jawatan, aku nampak dia pun aku tak pandang, jalan tunduk je bawah. Itu la sekadar minat dan memerhati. tak lebih dari itu. Orang yang aku minat tu bukan calang2 orang rupanya, orang macam dia memang ramai yg minat maka aku memang tak sesuai la sangat tak sekufu, apalagi nak pandang aku. Yang panas!!!! status terkini yang aku dapat tau dia tu bujang lagi oowww..... my test hahaha gatai naa....



Sebenarnya ini mungkin pantang ke dua aku. Aku pernah minat kat orang sejak dulu2, tapi tu la aku tak pandai ngurat, aku memerhati dari jauh je. Pernah dulu kawan aku ajar, tulis surat. Aku buat la, eemm... tak de resporn. Beberapa orang yang aku minat tak pernah aku dapat kenal rapat. Pedih sebenarnya memendam rasa lebih pedih bila tak dipeduli. eemm.... ini lah namanya pengajaran.

Makanya lebih baik menerima daripada menunggu diterima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA