Jumaat, 31 Julai 2015

Hand Beg & Sandal Polo




Kali ini berpeluang untuk belikan Mak hand beg & sandal, untuk Hari Raya. Ini first time belikan hand beg untuk mak walaupun niat Nak belikan beberapa tahun yang lalu tapi kemampuan tak menyebelahi dan tahun ini dapat juga merealisasikan niat tu, Alhamdulillah syukur atas rezeki kurnia Mu, Amin!!!!!

Soal jenamanya bukan keutamaan, tapi mcm ayat tadi, rezeki tu ada, so beli je la, setahun sekali je, itu pun masa raya.

Rezeki setiap bulan tu sebenarnya sama je, tapi sebab menyimpan so, lapang la perasaan tu. Ini je la yang mampu aku belikan untuk Mak, in syaa Allah tahun depan kalau ada rezeki Nak bawak mak jalan Nak flight, angan2 dulu.


Khamis, 30 Julai 2015

Tak Berakhir Lagi............

Dalam hidup kita, kalau kita tak kisahkan orang, tidak bererti orang tidak kisahkan kita, lebih bahaya yang kisahkan kita orang yang tidak dikenali dan mencurigakan.... eemmmmm..... tu la yang berlaku dengan aku sekarang ni.

Selepas beberapa kali kehilangan pakaian di ampaian dan selepas memasang jaring sebagai langkah keselamatan ingatkan semuanya da selesai, rupanya itu sekadar ramalan aku je.

Hakikatnya, orang yang disyaki masih memerhatikan aku lagi sehingga hari ini. Kisahnya semalam masa aku masuk kereta ke kawasan parking kuarters  aku ternampak dia yg dan nak bergerak dari kereta, tapi tiba2 masuk ke dalam kereta semula seperti nak ambil barang @ sesuatu alam kereta.

Aku pulak, lepas off my car,  jalan mcm biasa, Asyraaf naik lift aku macam biasa naik tangga, tapi masa pusing untuk  tangan seterusnya aku ternampak orang tu skodengang aku disebalik kereta MPV bersebelahan kereta kelisa yang dia bawak, dari cermin belakang MPV tu. But at the same time, masa aku pandang dia, dia pandang ke arah kanan memerhati keadaan sekeliling, seolah2 mengelak orang nampak perbuatan dia, nampak macam nak mencuri kereta MPV tu, tapi sebenarnya perhatikan aku.

Berderau jantung dibuatnya, dia ni tak sudah2 lagi rupanya. Memang tak dinafikan dia memang mencurigakan dan suspek utama mesteri kehilangan pakaian beberapa Bulan lalu. Dia sentiasa perhatikan aku kalau bertembung, tengok kita sampai ekor mata. Mula2 aku memang tak pedulikan sangat. Tapi dia ni memang pelik sikit.

Orang tu aku memang tak Kenal, bertembung pun aku tak tegur senyum pun tidak. Rumah dia sama level dengan aku, statusnya apa, serumah berapa orang, tapi itu la masalah teknikal betul orang depan rumah dia pun berminat Nak kenal aku, yang ini laki orang ada anak 2, wife dia nama ayu, aku bertegur sapa dengan wife dia je, dianya apa pun tak, tak kuasa.

Susahnya kan, kita tak kacau orang pun hidup kita tak jamin selamat. Sekarang ni macam2 kes. Bukan la mintak, nauzzubillah, tapi segalanya berkemungkinan, perlu juga hati2, untuk pastikan selesa selalu.

Selasa, 28 Julai 2015

Admire


Ehem!! ehem!! batuk pulak... hahaha... tiba2 hari ni pagi2 orang yang aku admire kat tempat kerja datang pulak datang ke department, dah lama tak nampak. Petang pulak dia bagi talk, ceh!!!! bila aku  tau, aku dengan bangganya sengaja pergi nak tengok tapi da sampai aku jeling2 je dari jauh hahahaha...... segan nooo nak tengok walaupun dia bukanya pandang kat aku...

Perkara biasa la kalau ada orang minat kat kita, kita pun ada hati jugak minat kat orang aka kita pun ada perasaan jugak gituwww!!! hahahaha.... 

Ada le 1 masa tu dia datang ke department, aku berseloroh je "ee!! botak seksi!!, member pun cakap ëh akak ni entah siapa, laki orang ke apa"... adeh!!! potong betul, gurau pun tak boleh pening jap aku, puji je pun! tak salah, bukan kita nak!



Mula2 aku memerhati je, tiba2 terminat pulak's, aku dapat tau nama penuh dia, 1 hari berselisih kereta dengan dia, jeng..jeng...jeng... dah tau dia bawak kereta apa, kereta yg aku minat nak beli tapi tak jadi aka mahal. Dia park kereta kat mana pun aku tau. Cerita sikit pasal orangnya, dia tinggi lampai, kurus yang berisi aka macam aku la hahaha nak jugak!!, kulit cerah, muka bersih, miskin rambut aka botak hahahaha. Entah kenapa aku boleh terminat dengan orang botak agaknya, tapi dia ni memang botak yang nampak seksi hhhaa... masuk dalam kategori hensem le jugak dan dia berjawatan tinggi sebenarnya, member kata dia duda, cuma tak pasti ada anak ke tidak. Apa yang aku tahu, dia ni memang selalu datang kerja cepat.

Hakikatnya aku selalu terserempak  masa aku nak p toilet dia pun  ke @ dari toilet pagi2, hahaha membuang dulu sebelum buat kerja, macam tak de tempat lain pulak tempat busuk jugak.... Pernah sekali aku rasa macam da lama tak nampak dia, siap niat dalam hati "dapat bertembung dengan dia macam biasa pun OK" tub2 aku nak ke surau bertembung dengan dia, peh!!!!! ini "suratan atau kebetulan" hahaha  berderau jantung aku beb!! Tapi tu la dia dari toilet hahahaha aku pulak, terpandang aku toleh tempat lain macam tak de apa2, ini yang dikatakan lain dimata lain dihati..... gituwww..


Mula2 senyum jugak, nak tegur aku tak biasa. Tapi bila dah tau dia ada jawatan, aku nampak dia pun aku tak pandang, jalan tunduk je bawah. Itu la sekadar minat dan memerhati. tak lebih dari itu. Orang yang aku minat tu bukan calang2 orang rupanya, orang macam dia memang ramai yg minat maka aku memang tak sesuai la sangat tak sekufu, apalagi nak pandang aku. Yang panas!!!! status terkini yang aku dapat tau dia tu bujang lagi oowww..... my test hahaha gatai naa....



Sebenarnya ini mungkin pantang ke dua aku. Aku pernah minat kat orang sejak dulu2, tapi tu la aku tak pandai ngurat, aku memerhati dari jauh je. Pernah dulu kawan aku ajar, tulis surat. Aku buat la, eemm... tak de resporn. Beberapa orang yang aku minat tak pernah aku dapat kenal rapat. Pedih sebenarnya memendam rasa lebih pedih bila tak dipeduli. eemm.... ini lah namanya pengajaran.

Makanya lebih baik menerima daripada menunggu diterima.

Ahad, 26 Julai 2015

Long Dress Raya


Ini adalah baju raya yang pertama aku beli, sejarahnya seawal bulan 3 aku membelinya, masa restival belon di putrajaya dan jalan2 dengan si bujang senang, mula2 tengok2 je, ah sudah!!!! terberkenan pulak dengan baju ni walaupun designnya macam langsir scallop hehehehe.... cuttingnya sesuai pulak dengan body aku, hiasan batu yang ringkas di pinggang dan pergelangan tangan, dan berbutang bulat di bahagian tangan mcm tag line sekarang "mesra wuduk" gitu. ha!!!  bila dah tertarik dalam keadaan tak ada duit dalam wallet, aku p keluar duit aka duit simpanan dan pergi semula ke festival tu semata2 nak beli baju ni, aje le kan. Ini le dinamakan nasfu.



Bila raya maka pakai la aku di raya ke 3, aku puas hati cuma labuh baju ni di potong sikit, aku tak suka baju labuh2 setakat nak buat lap lantai & jalan nak buat sembahyang susah sebab baju long dress bukan baju pasang,


Bila le aku nak bertaubat kan, suka pakai baju cutting body hehehee.... In sya Allah mudah2an terbukak hati nan keras ni, buat masa ni, tambah amalan mudah2 dulu, pasal baju ni, kadang2 je aku pakai baju cutting mcm ni. Kebiasaanya aku berbaju kurang, bertudung pun biasanya tutup dada, kadang2 je agak singkat alasannya nak cepat, nak mudah memang nak dosa le tu hehe...

Khamis, 23 Julai 2015

First Anniversary


Bukan aku je nak beraya anak beranak, kereta pun nak raya jugak. Tuu dia!!!!Nak raya road tex expiry pulak. Remainder dari bulan mei hanya melalui sms je, itu dia teknologi sekarang, huhuhuhu... aku buat tak tau dulu. Rugi apa renew awal.

Eeemmm... walau apa pun, aku terima dengan berlapang dada, maklum la dah tau, duit pun lama simpan. Cuma aku buat kije kalut sikit, oleh kerana jumpahnya RM 1121.30 macam mana aku nak bank In, sudahnya keluar duit di amBank aka (akaun simpan duit haha) masuk ke akaun Maybank (bank masuk gaji aka x de duit hahahaha) kemudian aku bayar online. Cuak jugak sebenarnya sebab duit lebih 1K pada aku banyak kalau la jadi apa2 kan.... eemm... semuanya berjalan lancar, beberapa hari kemudian dapat le segala dokumen di bawah ni, Mak aiiiii.... punyanya banyak...



Ini pun sebenarnya dah dapat diskaun 25% sebab ini kereta pertama aku dan tak de kelim sebarang insuran, aku ambik sekali insuran untuk cermin itu yang mahal kalau tak x sampai 1K pun, tapi tak pe la untuk keselamatan. Alhamdulillah aku ni budak baru belajo sebenarnya so agak jakonnn... hahahaaaaa....  Betapa mudahnya sekarang hanya, sms,call, Bank In duit, dapat dokumen.... tak perlu ke bank yang jauh ke KL nun sana tu, mana aku tau nak ke KL.... So balik raya dengan senang hati.

Teringat masa asyraaf mula2 sekolah di putrajaya dulu. "Kawan yap semua p sekolah naik kereta ibu" alahai sedih aku masa tu. Sedangkan gaji aku pun tak naik lagi malah alaun memangku pun x dapat, explain jugak la dekat Asyraaf, tunggu dapat gaji baru.

Syukur Alhamdulillah. Akhirnya niat membeli kereta tercapai jugak. Bertahun aku tanam niat nak beli kereta, 2014 baru dapat walhal kerja sejak 1993. Ada orang dapat kerja terus beli kereta, tak pun selepas setahun, yang gred 17 pun ada kereta, aku siap tunggu naik gred22 baru dapat beli. Rasa malu jugak dengan kawan2.



Dalam hati tu teringin nak beli alza, maklum le keluarga kecik aku ni kalau bawak, anak2 akak aku penuh jugak le berbanding myvi aku yang comel ni, memang tak muat. Bezanya cuma 100 ++ je, tapi kerana bimbang tak mampu membayonya, so myvi je la aku ambil, lagi pun aku 2 beranak je. Tapi bila dah berkereta ni, dah setahun pun rasa ralat jugak tak ambik alza, bila aku tak de masalah kewangan pun walaupun hutang semakin bertambah, dengan duit minyak lagi. Syukur Alhamdulillah. Tak terasa pun terbeban, nak2 bayar pun potong gaji, so tak perlu susah2 p ke bank nak membayonya. Kalau gaji awal pun, aku akan pastikan 500++ mesti tak di ambil. Jadi pembayaran kereta tak de istilah tertunggak Alhamdulillah.



Bila dah setahun aku membeli kereta, makanya dah setahun juga aku memandu, hahahaha.... siapa sangka kampung's girl mcm aku yang kolot, melangkah sedikit demi sedikit merubah masa depan yang lebih baik.Tak ada istilah takut da bila hajat tercapai. Nekad je, cuma mula2 memandu memang sangat berhati2. Pegang setereng kereta pun tak berani lepas, bila kenang2 memang kelako la aku ni kan!!!! sekarang, lepas tangan pun x pe, jalan lurus hahaha.... cuma bila memandu aku memang tak akan main handset, angkat call pun x berani, kalau Asyraaf ada dia le yg mengangkatnya.

Apa pun syukur Alhamdulilah atas rezeki Allah untuk aku, dapat la jugak bawak mak p jalan2, asyraaf  pun p sekolah da naik kereta. Balik kampung pun da tak susah nak berangkat2 beg, bekejar2 naik bas dan tren. Semuanya rezeki dari Alah, berkat sabar menanti gaji selama setahun. 

Rabu, 22 Julai 2015

Ramadhan Yang Diidam


Walaupun sekarang dah raya, ceritanya nanti dulu lom cukup sebulan. Apa yang diceritakan disini mengenai Ramadhan tahun ini buat aku 2 beranak. Aktivitinya memang banyak berbeza berbanding dengan ramadhan sebelum-sebelum ni.
Banyak pengalaman pertama untuk aku dan Asyraaf sebagai perantauan "ceh gitu!!!", aku dua beranak bukan saja berterawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin malah berbuka pun disitu sepanjang sebulan berpuasa, ada la sehari Iftar di Pejabat.


 Kebiasaanya lepas balik kije mandi siap2 terus ke masjid, sesampai ke masjid aku terus ke tandas membuang apa yang patut aka air kecil je, cuci dan lap seeloknya, begitu le jugak semasa selepas berbuka, ye la takut tiba2 nak terbuang bagai kan... memang ada beg kecil untuk simpan underwear dan sarung kaki, nak selamat pakai panty liner, nak sembahyang kan kebersihan mesti dijaga, masuk toilet pun bio angkat kain tinggi2 semua pompuan apa ada hal. Kalau da dalam tandas bersih sekali pun mana boleh yakin bahawa tempat yg bersih itu bersih, air kencing bukan warna hijau macam kereta aku hahaha... merepek pulak gamaknya tut...
 


Setiap hari kalau tak ada apa2 aktiviti masjid buat tahlil arwah, sementara mengunggu waktu berbuka Aku selalu sebelum kul 7 dah betapa di masjid niat iktikaf sekali selepas solat sunat dengan zikirnya sekali, baca la yassin atau zikir harian, bergantung kepada kelapangan dan mengisi masa lapang. kadang2 sementara tunggu Isyak sempat jugak baca yassin. yang paling best bila datang awal parking banyak, tempat kosong pun banyak biasanya aku bentang sejadah kecil dengan beg telekung letak elok2 booking tempat awal2 hehehe, biasanya aku ambil saff kedua, segan nak duk depan sebab  antara jemaah lelaki dan perempuan tiada penghadang, dah nama pun lelaki kan, mata tu suka sangat pandang2 bukan pandang aku tapi pandang orang pompuan, jalan je terus tak boleh agaknya, kalau yg bujang mencari pasangan tu tak pe la, tapi saff pertama biasanya orang tua aka sudah berkahwin hahahaha.... ada berani...





Alhamdulillah seronok sebenarnya, dan keseronokan ni aku kongsi dengan officemate aku, mana boleh semua nak share d FB nanti di anggap megah la, menunjuk la, walhal kalau niat kita berkongsi rasa tak salah, kalau kita berbuat baik in syaa Allah memberi impak yang baik kepada orang lain, kan bagus sesuatu yang baik itu dikongsi, setidaknya menggalakkan orang lain sama2 menuju kebaikan walaupun cuma sehari, ini tidak bulan2 puasa macam2 kes yang mati, yang bunuh, yang maki, itu yg dengan bangganya di share sebilangan orang, tak tau cerita itu yang menunjukkan seolah2 orang malaysia ni gila ke apa!! hahaha cuma orang ni macam2 perangai  selalu je salah sangka. Tapi ada jugak yg aku post d IG aka orang tak kenal aku pun. Orang nak buruk sangka itu terpulang, yang penting niat aku bukan nak menunjuk. Yang pentingnya niat kita Allah yang tahu..




First time Ramadhan berbuka di Masjid kan, so kekok sikit untuk sehari dua, lepas tu Masjid tu macam aku yang punya hahaha... Syukur Alhamdulillah aku dua beranak tak banyak masalah pasal makanan. Terima apa je yang diberikan oleh masjid kepada para tetamu dan jemaah masjid. Macam tempat lain jugak lepas azan makanan ringkas disediakan dengan 3 biji kurma dan sejenis kuih, air zam-zam disediakan air manis pulak air sejuk biasanya sirap limau, sarsi dan mcm2 la aku tak berapa nak minum air sejuk ni. Ada air panas aka teh tapi sedekah dari pengunjung bergantung pada nasib kalau cepat dapat la, kalau tak minum la mineral water beli kat Masjid. So dihujung2 ramadhan aku buat air teh sendiri, tak elok kan nak komen2 benda yang diberikan free, Alhamdulillah sesedap rasa, kan Asyraaf da cakap, "ibu masak apa pun sedap" sebab tu buat air tak rasa manis pun dia kata sedap, hadoi!!!! geli usu perut aku hahahaha.....



Selepas selesai je solat magrib maka berdedai jemaah masjid beratur ambil makanan berat aka nasi berlauk Alhamdulillah semuanya sedap belaka, tapi aku beratur agak lewat sikit sebab tak nak lepaskan peluang solat sunat Rawatib dulu dah biasa so rasa rugi kalau tak buat, lagipun da biasa dijadikan amalan, nak2 bulan ramadhan berlipat kali ganda ganjarannya, ceh!!! macam Ustazah Idah pulak... hehehee... 



Apa yang lebih aku bersyukur bila Asyraaf jadi pemudah cara aka  bantu ibu dia ambik makanan  buah kurma, air zam-zam, dan juadah berbuka Alhamdulillah, mula2 aku yang ambikkan ada le dalam seminggu ke 9 hari, tapi kesian dia tunggu lama sangat, fuh!!!! ramai orang, untuk ruang wanita aje ada 8 buffet. So aku try suruh dia ambikkan, hari pertama tak yakin, aku ambikkan jugak untuk dia, mak aiii terlebih sepinggan, sudahnya aku bawak balik, dapat la jugak buat bersahur Alhamdulillah. Selepas tu dia lah yang ambik kan, sikit2 aku ajar, kalau ambik ni lebih sikit begitu begini, dia ikut je, eemm.... sayang buah hati ibu yang sorang tu.















Isnin, 13 Julai 2015

Red Sandal & Handbag Vincci


Sempena Hari Raya ni, dengan tema yang agak berani buat julung kalinya memilih warna merah... huh!!!! merahnya mak!!!"hahaha.... Pembelian tak terancang ni "kononnya"khas untuk raya, dalam keadaan tak ada mood nak raya, masih sempat menyambar saldal dan handbeg dengan beraninya, seberani warnanya... 


Alhamdulillah rezeki tu ada, oleh kerana raya ni, tak mengapa la, sesekali, Dengan bajet yang sederhana, dengan saiz beg yang kecil comel molek jadi pilihan, yang penting boleh masuk wallet, dengan tab yang besar tu, cadangnya memang nak pilih beg yang kecil tapi menyukarnya bila tab tak boleh masuk, nak tak nak pilih yang boleh dianggarkan boleh muat wallet dan tab.




Khamis, 9 Julai 2015

Anugerah



Ya Allah,

Aku sedar ketenangan ini anugerahMu,
Aku syukuri atas rasa yang Kau beri,
Aku bermohon kekalkanlah rasa ini,
Aku tak mampu ucap keindahan ini,
Namun rasanya cukup membahagia hati.

Jalan yang Kau pimpin aku tujui,
Tempat nan indah aku kunjungi,
Suasana tenang aku nikmati,
hari-hari dilalui sangat bererti.
 
Dalam kesenangan aku besederhana,
Dalam diri ingt tanggungjawab yang ada,
Dalam langkah sentiasa beringat dan waspada,
Semoga kau limpahi barakah didalamnya.

Indahnya ikhlas melakukan dengan rela,
Indahnya ikhlas bantu tanpa pengharapan,
Indahnya ikhlas tiada rasa bebanan,
Indahnya ikhlas mengindahkan pandangan,
Indahnya ikhlas

Isnin, 6 Julai 2015

Kursus


Sabtu, 4 Julai 2015

Kurma Nourina Yusuf Taiyoob




Bila nak puasa antara yang di cari mesti kurma, untuk bersahur dan berbuka, so aku try la kurma ni, alhamdulillah sedap dan kurang manis.

Aku ni Kalau manis2 tak tahan, ngilu rasanya gigi so yg ini OK, macam dan Nak habis taoi tak habis2 setiap hari dapat kurma free. So ini untuk bersahur bawak jugak ke masjid standby, kot2 habis sendiri punya ada.

puasa ke berapa da hari ni kan!!!! Aku dari berpuasa sampai da bercuti baru nak up date.... Apa pun alhamdulillah....

Jumaat, 3 Julai 2015

3 In 1


Dah macam perisa minuman pulak, tapi itu la dugaan kecil bulan ramadhan ni. Sakit mata, sakat gusi dan sakit perut aka piriot. Aku pun tak sangka piriot awal lebih seminggu sepatutnya 12hb nanti. Mungkin sebab berpuasa agaknya, walaupun makan tak seberapa, eemmm.... tak pe la boleh sembahyang raya, dan sambung puasa.

 

Pergi la jugak ke klinik sebab lain macam sakit mata aka ketumbitnya, bengkak besar dengan lebam sekali bawak mata tengok gambar tak berapa sangat tapi kalau tengok betul2 depan mata aku, orang kat office pun takut. Dr. kata ada jangkitan kuman,

Rabu, 1 Julai 2015

Selesai Berzakat


Syukur Alhamdulillah selepas 2 ke 3 hari berhajat dan terhalang, akhirnya baru selesai semalam membayar zakat fitrah untuk tahun ni, ha!!! tu dia... malam2 buta hahaha.... untuk mak aku dan anak. 3 hari lepas nak bayar duit tak bawak, semalam nak bayar amilnya tak ada, hari ni, siang tak de agak kecewa jugak la, tapi tak sangka lepas terawih kaunter dibuka, apalagi tak sempat bukak telekung aku terus p bayar, memang bernasib baik laaa... tak lama lepas tu kaunter tutup. hahahha

Seperti biasa, kat mana lagi aku bayar zakat kalau bukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dah memang niat nak bayar di masjid ni, tak payah susah2 pergi tempat lain. Tapi tu la terkilan sikit, 1 lagi niat tak tercapai nak ajak asyraaf sekali, biat dia tahu mengenai Zakat Fitrah, tapi tu la nanti dia tanya macam-macam pulak ek!!! bagus jugak le dia tak ada hahahaa....

Dah dua tahun aku bayar cepat, ada sejarahnya sebab sebelim ni aku suka bayar tunggu balik kampung, dah tu bertanggungh2, sudahnya 1 syawal aku baru teringat zakat tak bayar, kelam kabut dibuatnya, Alhamdulillah mujur Abang ipar aku dah bayarkan, legaaaa.....

Sejak itu aku memang nekad terus bayar zakat bila nampak amil, tak perlu tunggu sampai esok, beli baju anak beratus ringgit boleh bayar zakat nak tunggu2. Di Putrajaya ni RM 7 untuk 1 kepala. Sekarang dah selesai tak payah nak fikir lagi.

Selain tu aku pun dah mula membuat potongan zakat pendapatan, Baru la sangat2 2 bulan.  Konon2nya nak bayar kat johor maklum la nak bantu orang johor supaya serba sedikit membantu semasa sedara senegeri KONONNYA!!! Rupanya aku silap, digalakkan bayar zakat pendapat dimana tempat kije bekerja atau tempat punca rezeki yang kita dapat.

Mudah je sebenarnya, Aku ke pusat zakat Presint 15, isi borang dan diberi pilihan sama ada nak uruskan sendiri atau pihak PPZ yang uruskan, hahahhaa.... apalagi suruh je la dia orang kan!!! bagi kerja sikit, senang hidup aku.

Sebenarnya aku nak ke kaunter zakat ni dari tahun lepas, orang kata, "perancangan"tu dah ada, tapi "perlaksanaan" tak jugak, sebenarnya hati jadi tak tenang jadinya. MasyakAllah penyakit malassss ni memang susah!!..... nak keluar waktu pejabat, bukan le jauh sangat tapi dekat sangat pun tak jugak, masa berurusan pun kelmarin aku bercuti selepas berkursus. So sekarang ni dah sattle. Pihak PPZ akan Up Date untuk setiap tahun... Alhamdulillah...

Zakat Dapat Menyucikan Harta Dan Jiwa

SESEDAP RASA