Emmm.... Alhamdulillah walaupun hari ni kurang sihat, aktiviti seperti biasa, tak ada apa yang luar biasa. Tak ada sebarang sambutan, makan sedap atau hadiah dan sebagainya, keluar pun tidak, ingatkan nak keluar makan2 2 beranak, tengok gaji tak masuk lagi, so duduk rumah je la, cuma masa makan aku cakap dengan Asyraaf "hari ni hari jadi ibu" dia kucup pipi dan dahi, aku pun macam tu. Malam sebelum tidur pun aku cakap pada dia, budak2 tau apa, "ibu beli la hadiah untuk ibu sendiri, yap tak ada duit nak belikan" hehehehehe macam2 budak sorang ni. Kebiasaan lepas siap buat kije, makan dan solat aktiviti aku tidur, asyraaf bising main bola di balkoni aku pun tidur kat dalam bilik, wah!!!! dia pun sebok, "ibu...ibu.. engkaulah ratu hatiku" hehehehehe......kelakar jugak bujang senang aku sorang ni.
Dah biasa dengan keadaan macam ni, tak penting la tu semua, "tua bangka sudah". Masa kecik2 dulu pun mak tak pernah belikan kek untuk aku apa lagi nak buat brithday parti, maklum le mak aku bukan tau sangat bende2 macam ni, sedih je la masa tu!!!!! Itu yang buat aku sedikit sedar, apa yang penting brithday Asyraaf ada sedikit sambutan memadai makan, potong kek, aku tak pernah belikan hadiah untuk dia. Setiap tahun yang wajib, kek... tak minat aku nak buat parti atau majlis, dari berhabis untuk sambutan macam tu lebih baik buat kenduri, lagi afdal. Selagi dia tak tahu dan tak mintak, selagi tu aku tak akan buat, membazir dan sia-sia je. Tapi tahun lepas dia tanya pulak hadiah dia mana? "kesian yap tak dapat hadiah" sentap jugak!!!!! ni mesti abah dia yang cakap, "nak bagi hadiah". Aku pun panjang lebo cerita, dah belikan kek, dah makan sedap, itu pun duit da banyak habis!!!!.Ibu ni tak de orang nak kasi hadiah, nak belikan kek ke nak belanja makan ke? eeemmm.... lagi sedih!!!!
Apa yang penting, dalam usia yang semakin meningkat ni, aku nak fokus pada tanggungjawab, anak dan amalan, dah tua le jugak walaupun comel nampak muda kih...kih...kih.... tak pe la nak perasan pun syukur ini semua anugerah tuhan. Sebab tu kene selalu ingat tuhan, dan bersyukur juga sebab kesihatan pun OK walaupun kolestrol tinggi kat pinggul hehehehehehe..... doktor yang cakap, aku ulang cakap!!!! macam-macam, tapi dah doktor yang cakap!!!! kalau makanik yang cakap aku baling dengan spanar. So akur je la, so makanan bergoreng dikurangkan, tongking pun kurang makan, boleh tapi tak boleh selaku, cuma tak kasi aku makan mee goreng, dah itu makanan aku hampir setiap hari, sedih sikit!!!! tak kan nak makan nasi air "orang utara cakap, orang selatan cakap bubur.... sekarang ni boleh le makan, sebab tak sihat, sedap makan yang berkuah2, yang banjir2.... selesa untuk tekak...
Apa pun syukur Alhamdulilllah!!!!!, niat aku sedikit demi sedikit tertunai, nak pindah Putrajaya dah dapat, nak duduk kuarters, dah setahun lebih!!! nak bawak anak, dah sampai!!! nak beli kereta, dah terer bawak!!!! nak ngajikan Asyraaf di masjid besi, dah ngaji!!! nak kerja yang agak releks pun dapat jugak!!! nak simpan duit, dah ada dah!!!! so masa ni la nak fokus dengan amalan-amalan sunat khususnya. Niat tu walaupun bukan dalam doa, asalkan niatnya baik, Allah makbulkan juga... Biar hina dimata manusia, tapi disisi Tuhan yang dekat dengan Nya, yang ingat akan Nya, yang redha dengan ketentuan Nya, yang namanya redha bukan sekadar ucapan dibibir atau tulisan "post" di FB, tapi dari hati yang betul2 ikhlas ditambah dengan keyakinan bahawa setiap ujian dari-Nya pasti ada hikmah. Hanya Allah yang tahu hati setiap makhluknya. Cukup la mengejar cinta Allah, pasti tak akan sia-sia. MasyakAllah aku dah macam ustazah!!!!!
Tapi itu la, hati tu dah ada mau dan gese untuk menambah amalan dan kebaikan, sebagai contoh teladan untuk anakku si bujang senang, cuma nak ubah penampilan 100% masih tak lagi, liat lagi, mudah-mudahan Allah bukakan hati. Nak apa lagi!!! hidup ni pinjaman dan sementara je. Nak kawin!!!! In syaa Allah, "aku terima nikahnya" andai Allah tentukan jodoh itu ada, tak mengharap yang sempurna, andai "pemandu teksi itu suami ku" andai "Dia peminat rahsiaku" ceh!!!!! dah macam tajuk drama.... so Aku harus redha, manusia hanya mampu berangan-angan, tapi realiti hidup perlukan pengorbanan, dan setiap apa yang dikorbankan untuk kebaikan pasti ada ganjaran dari Nya. Apa yang penting hidup dalam kasih sayang, toleransi, memahami. Itu kalau ada, kalau tak de pun aku redha, sekurang-kurangnya Allah dah berikan aku pengalaman berumah tangga, dan hadiahkan aku dengan cahaya mata yang cantik matanya, yang baik perangainya Amin!!!!! yang menyenagkan hati, malah kekuatan dan semangat dari dia untuk berubah kepada lebih baik..... dengan niat yang baik, supaya dia menjadi anak yang baik.... in syaa Allah Amin!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan