Isnin, 16 Februari 2015

Madu Ditangan Kanan Mu

Kalau la disebut pasal madu pada setiap perempuan yang bergelar Isteri, ramai yang marah, ramai yang tak boleh terima hakikat, malah ada yang melenting kalau madu itu dijadikan gurauan. Aku tak kisah pun. Ye la tak ada suami. Nak cari suami pun payah. Agak berat juga jodoh aku ni sebenarnya.

Tetapi dalam masa yang sama aku tau dan sedar bahawa setiap hidup manusia tu telah pun ditentukan hidupnya dari luh mahfuz lagi. Jadi ada lelaki yang berkahwin lebih dari satu, atau ada isteri yang di madukan, malah ada wanita yang sanggup menjadi madu pada lelaki yang punya pasangan.  Itu semua ketentuannya. Siapa pun kita, tak berhak persoalkan, kerana itu telah ditentukan Allah.

Tetapi padangan peribadi aku sendiri, itu semua hak masing-masing. Malah aku sendiri tak boleh terima jika aku menjadi orang ketiga dalam hubungan pasangan yang telah pun berkahwin. tak kira la beranak atau pun tidak. Apa pun alasan lelaki untuk kawin lebih dari satu. Aku tak boleh terima. Aku tak boleh terima untuk memilih suami orang.

Sebenarnya sebelum ini, aku pernah berkawan dengan suami orang. Aku bersedia untuk menjadi madu, bersedia dengan apa jua kemungkinan. Tetapi sampai 1 tahap aku rasa, aku tak nak. Macam tak sesuai, macam ... macam-macam la alasan kan kalau dah tak mahu tu. Aku tak nak dan tak mau terima anak orang lain. 

Sekarang ni pendirian tetap sama, rasa macam tak sampai hati, dan tak tergamak la. Lelaki ni bila ada dua bererti ada pilihan, maka pasti akan berlaku perbandingan. Malah bukan mudah lelaki nak berlaku adil. Malah kemampuan pun main peranan dalam kekeluargaan.

Pada aku, aku hanya perlukan lelaki yang sentiasa ada dengan aku. Malah aku masih mampu menguruskan keluarga zahir dan batin tanpa perlu berkongsi-kongsi, bergilir-gilir. Aku tahu kemampuan aku, kerana itu tak mudah untuk aku menerima orang untuk jadi pasangan aku. Sungguh seperti mana aku tak mahu pasangan yang berbadan besar, begitu juga aku tak mahu menjadi madu, kerana itu perkara yang memalukan aku.  

Memang tak boleh cakap besar, tuhan nak tunjuk, bende yang aku cuba elak umpama taik jatuh ke muka, mujur Allah itu maha pengasih maha penyayang, maka dia menduga aku untuk belajar. Hanya dia yang tahu keinginan aku. Aku tak mencari yang haram dan sehingga kini aku redha andai ada atau tidak, semoga Allah lindungi aku dari manusia-manusia durjana, bodoh dan tak berakal. Ya!!! Allahh.... kau tutupkan pintu hati ini jika, jika takdir aku terus sendiri.... Yaaa... Allah... matikan aku daripada aku jadi orang ketiga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA