Jumaat, 27 Februari 2015

Puteri Bongsu




Haaaa itu dia, bangga la sangat kan, anak bongsu Mak Ndak  ni mengembang 1 badan..... Baru le balance hehehehehehe..... Merepek.

Apa yang penting ada betulnya juga, cuma beberapa dekat ni ceh!!!!! Lamanya..... Aku tak la manja, nak manje dengan sapeeee????????? So banyak la usaha untuk melakukan apa saje sendirian. 

Tapi tu la, aku memang degil  tanya le Mak Siti... Siapa??????? Mak aku leeee hehehehehe. Glamour nama mcm Artis no. 1 Malaysia. Mau tak degil, kalau aku tak nak, tak nak le jugak, begitu le sebaliknya. Apa Nak buat anugerah.... Ye ke?????

Aku Cuba fikir, aku memang tak pandai pujuk ke????? Ye kot????? Dulu asal gaduh dengan Abah yap Rumah yang kebiasaannya riuh rendah dengan karenah birokrasi aku jadi senyap sunyi, sebulan pun sebulan la...... Ada aku kisah!!!!! Itu dulu la, sekarang ni aku rasa dan ada tips untuk memujuk, kacang je macam petik suiz lip.. Lip... Terang le lampu. Kih.... Kih.... Kih.... Boleh di praktikkan..... Try le main suiz, kalau kene  Karen jangan salahkan aku.... Ki.... Ki..... Ki.....

Macam mane le agaknya aku nak setia ek!!!!! Kalau tak bercinta, pasangan pun tak de, kesian..... Tapi aku memang tak pandai Nak lebih dari 1, jangan kata orang, telefon 2 pun 1 terabai, itu pun ada hati nak beli telefon baru, tapi Nak kata setia tu bukan pada pasangan je, tiba2 teringat nyonya kedai gambar Oscar tangkak, dulu aku selalu Sewa kemera kat situ, memang kat situ je, cuci gambar, memang aku regular costumer la yang buat dia kaya, sampaikan baru2 ni, baru tak baru le jugak da setahun lebih hahaha, aku cuci gambar dapat murah..... Dia memang kenal aku dari sekolah menengah, sampai sekarang ni masih kenal aku.... Dasyat!!!! Boleh jadi wakil rakyat, hehehehehe tak pasal2.

Ada hati!!!!! Tapi hati dengan garang apa kene  mengena pulak, aku memang garang nak2 kebelakangan ni, nak2 kat office baru, memang aku tak layan orang lelaki, suka Nak try2 apa ingat aku kereta Nak test drive, wak luuuuu..... Sialan punye orang.... Sakit hati aku. Aku terpaksa buat macam ni supaya orang tak berani Nak ambik kesempatan pada aku. Lagipun aku masih belum jumpa orang yang boleh melembutkan hati aku, itu je sebenarnya, bila ada yang sayang automatic le lembut huk..huk...huk.... Gatai!!!!!!!

No. 6 aku rasa 200% ketepatannya, teramatlah betul, aku tak reti Nak arahkan orang, selagi aku boleh buat, aku akan buat, lagi pun aku suka belajar, tak salah dan sangat berbaloi ilmu walaupun sedikit akan jadi pengetahuan. Jangan jadi tak tau, tak nak belajar, itu sombong, sombong bodoh "bodoh nak mampu" orang selalu sebut Hahahahah..... 1 lagi aku memang tak suka Nak ada group, lebih suka berkecuali, kering Nak gaduh korang punye pasal yang penting aku jaga hubungan dengan semua orang. Orang tak boleh paksa aku untuk benci orang yang dia benci, selagi x de masalah dengan aku, aku baik dengan semua orang. 1 lagi aku tak suka Nak rapat dengan sesiapa jangan kita lelaki pompuan pun aku tak suka, makan Nak sama, nak keluar ajak orang, eeeeeehhhhh!!!!!! Leceh la.... Kan senang buat hal sendiri, tak menyusahkan orang.

Aku bukan la pemaaf sangat, tapi sedang melatih diri jadi begitu terutamanya pada anak, anak tu!!!!! Redha ibu baru selamat dia, kalau tak, sukar hidupnya, so wajib untuk memaafkan dia. Tapi pada orang lain mungkin susah, sebab aku akan terlalu berkecil hati, bila da jadi, makan masa untuk memaafkan. Malah aku bukang caring dengan orang, tak kisahkan orang lagi ada, orang yang aku kisah hanya orang yang ada dalam hati  aku. Haaaa!!!! Kalau marah aku memang naik hantu, hantu pun takut kat aku agaknya hahahahaha..... Aku ketawa je da menakutkan orang hehehehe.

Aku memang mudah bergaul atau mudah mesra, bukan setakat rakan sebaya, dengan orang tua kadang2 tengok budak2 pun aku menyapa, orang tua ni biasanya suka kalau kita layankan cakap dia. Lagi seronok bila kita respon dengan topik yang dia cerita.  Tapi tu la, kalau orang tak kenal aku pun malas nak cakap banyak, tengok orang la, kalau ada kepentingan aku akan bercakap. Macam kat sekolah Asyraaf aku buat hal aku je, tak de aku kisah dengan orang lain, apa lagi nak beborak, orang tanya je aku jawab, atau aku nak tau aku tanya, biasanya aku tanya Cikgu je senang, kadang2 tanya Mak bapak pun x guna sama tak tau macam aku. Dulu ye, kalau aku rapat dengan seseorang memang baik la sangat tapi itu dulu, tinggal kenangan je la, sekarang aku kurang percaya dengan orang lain. Itu pasal tak mau rapat2. Buat masa ni, walaupun x mau rapat2, tapi adakalanya dia orang terhibur dengan jenaka aku yang kadang2 tak lawak pun dia orang ketawa, aje pelik aku!!!!! Macam tak pernah jumpa orang macam aku pulak, ke aku memang kelako!!!! Boleh masuk raja lawak la macam ni????

Atau itu mungkin keistimewaan aku kot selain comei hehehehe.... Masuk bakul jual buah la he he.


Rabu, 25 Februari 2015

Malas



Eemmmm.... tiba2 rasa malas nak up date blog. Rasanya ada juga beberapa cerita yang menarik, tapi...... Eeemmmmm..... Biarlah rahsia. Biar 1 masa hari booommmmmm!!!!!! Mesti best ek!!!!! Macam!!!!!! Terkejut Mak!!!!!!! Hehehehe.....

Siapa yang nak terkejut agaknya.... hahahhahaha..... Of course beruk, baru la terkejut beruk hehehehehe what aver...

Apa yang penting dalam hidup perlu happy, x perlu pedulikan orang @ busy body pasal masalah orang. Ya, however, I am happy with life now, no pressure, just do the duties and responsibilities assigned.

Sekarang ni, aku menjadi manusia yang lebih positive, kalau boleh tak mahu ulang kesilapan, melangkah dengan apa yang telah dirancang. Biarlah perlahan, mudah-mudahan selamat.





Jumaat, 20 Februari 2015

Selasa, 17 Februari 2015

Dugaan!!!!!!!!!

Bila nak balik kampung ada je dugaan!!!!.... banyak kije rumah la, cuti tak panjang la!!! Tak sihat la!!!! malas la!!!!! ini kali gaji tak masuk pulak laaaa!!!!!! Semua orang gaji 12hb kelmarin sebab Chinies new year. aku pun tak sangka gaji aku lambat bulan ni. 

Macam2 andaian dalam fikiran ni, Kementerian tak bayar ke??? atau bank telan duit aku ke, so tenang dan bersabar le jugak hingga 16hb, nak tau apa sebab musababnya. Q8 lambat terima dari jabatan so proses lambat n gaji pun dapat lambat, Alhamdulillah tau juga apa permasalah. 

Ini namanya tak di duga, DUGAAN!!!! Mujur la aku dah mula menyimpan duit, so tak de le pening kepala, cuma sayangnya!!!!!!! terpaksa juga guna simpanan yang aku pertahankan hari demi minggu hingga berbulan, kalau dah keluar tu, rasanya nak simpan semula 10% harapan kih...kih...kih.... 

Menyimpan tu ada le ada maknenya, road tex kereta je dah 1K, motor lagi, lom lagi yang dirancang, nak beli sofa, mesin jahit, home teater, katil aku.... itu yang besar2 @ yang mahal2, lom yang kecik2 lagi, oven la, mixer la, iron la itu la, ii la... eh.... banyak modal ni.... Bila le aku ni nak jadi kaya!!!! 

Kalau la Allah temukan aku jodoh yang kaya raya kan best!!!! duit aku semua di simpan, duit suami pulak duit aku jugak!!! kan best macam tu..... lagi best kalau serahkan semua pendapatan pada aku.... tau le aku menguruskannya simpanan kekal, simpanan kecemasan, simpanan untuk bercuti baru le boleh p oversea wah!!!!!! seronoknya kan berangan-angan. 

Hakikatnya!!!! sendiri makan sendiri tanggung, sendiri simpan sendiri guna.... sendiri berak sendiri cebok hahahahaha..... so sendiri mau ingat la.... Tak de duit siapa mau cari..... sebab itu la pentingnya simpanan, atas kesedaran sendiri, tak banyak sikit, tak sikit banyak..... Alhamdulillah walaupun kije dah x de out station, aku tetap dapat menyimpan, In Syaa Allah semoga ada keberkatan disitu, Amin!!!!

Isnin, 16 Februari 2015

Madu Ditangan Kanan Mu

Kalau la disebut pasal madu pada setiap perempuan yang bergelar Isteri, ramai yang marah, ramai yang tak boleh terima hakikat, malah ada yang melenting kalau madu itu dijadikan gurauan. Aku tak kisah pun. Ye la tak ada suami. Nak cari suami pun payah. Agak berat juga jodoh aku ni sebenarnya.

Tetapi dalam masa yang sama aku tau dan sedar bahawa setiap hidup manusia tu telah pun ditentukan hidupnya dari luh mahfuz lagi. Jadi ada lelaki yang berkahwin lebih dari satu, atau ada isteri yang di madukan, malah ada wanita yang sanggup menjadi madu pada lelaki yang punya pasangan.  Itu semua ketentuannya. Siapa pun kita, tak berhak persoalkan, kerana itu telah ditentukan Allah.

Tetapi padangan peribadi aku sendiri, itu semua hak masing-masing. Malah aku sendiri tak boleh terima jika aku menjadi orang ketiga dalam hubungan pasangan yang telah pun berkahwin. tak kira la beranak atau pun tidak. Apa pun alasan lelaki untuk kawin lebih dari satu. Aku tak boleh terima. Aku tak boleh terima untuk memilih suami orang.

Sebenarnya sebelum ini, aku pernah berkawan dengan suami orang. Aku bersedia untuk menjadi madu, bersedia dengan apa jua kemungkinan. Tetapi sampai 1 tahap aku rasa, aku tak nak. Macam tak sesuai, macam ... macam-macam la alasan kan kalau dah tak mahu tu. Aku tak nak dan tak mau terima anak orang lain. 

Sekarang ni pendirian tetap sama, rasa macam tak sampai hati, dan tak tergamak la. Lelaki ni bila ada dua bererti ada pilihan, maka pasti akan berlaku perbandingan. Malah bukan mudah lelaki nak berlaku adil. Malah kemampuan pun main peranan dalam kekeluargaan.

Pada aku, aku hanya perlukan lelaki yang sentiasa ada dengan aku. Malah aku masih mampu menguruskan keluarga zahir dan batin tanpa perlu berkongsi-kongsi, bergilir-gilir. Aku tahu kemampuan aku, kerana itu tak mudah untuk aku menerima orang untuk jadi pasangan aku. Sungguh seperti mana aku tak mahu pasangan yang berbadan besar, begitu juga aku tak mahu menjadi madu, kerana itu perkara yang memalukan aku.  

Memang tak boleh cakap besar, tuhan nak tunjuk, bende yang aku cuba elak umpama taik jatuh ke muka, mujur Allah itu maha pengasih maha penyayang, maka dia menduga aku untuk belajar. Hanya dia yang tahu keinginan aku. Aku tak mencari yang haram dan sehingga kini aku redha andai ada atau tidak, semoga Allah lindungi aku dari manusia-manusia durjana, bodoh dan tak berakal. Ya!!! Allahh.... kau tutupkan pintu hati ini jika, jika takdir aku terus sendiri.... Yaaa... Allah... matikan aku daripada aku jadi orang ketiga.


3 Tier Steamer Pot



Dah lama nak beli pengukus, kebetulan bonus, sambar la 1, tengah offer. Alhamdulillah dapat jugak. Siap beli buku resepi buat kuih kukus2. Entah bila agaknya dapat membuatnya. Resepi punya le banyak 1 je baru aku try, bubur som som. Mantap, padat, sendat jadinya. 

Ahad, 15 Februari 2015

My Birthday Today


Emmm.... Alhamdulillah walaupun hari ni kurang sihat, aktiviti seperti biasa, tak ada apa yang luar biasa. Tak ada sebarang sambutan, makan sedap atau hadiah dan sebagainya, keluar pun tidak, ingatkan nak keluar makan2 2 beranak, tengok gaji tak masuk lagi, so duduk rumah je la, cuma masa makan aku cakap dengan Asyraaf  "hari ni hari jadi ibu" dia kucup pipi dan dahi, aku pun macam tu. Malam sebelum tidur pun aku cakap pada dia, budak2 tau apa, "ibu beli la hadiah untuk ibu sendiri, yap tak ada duit nak belikan" hehehehehe macam2 budak sorang ni. Kebiasaan lepas siap buat kije, makan dan solat aktiviti aku tidur, asyraaf  bising main bola di balkoni aku pun tidur kat dalam bilik, wah!!!! dia pun sebok, "ibu...ibu.. engkaulah ratu hatiku" hehehehehe......kelakar jugak bujang senang aku sorang ni.




Dah biasa dengan keadaan macam ni, tak penting la tu semua, "tua bangka sudah". Masa kecik2 dulu pun mak tak pernah belikan kek untuk aku apa lagi nak buat brithday parti, maklum le mak aku bukan tau sangat bende2 macam ni, sedih je la masa tu!!!!! Itu yang buat aku sedikit sedar,  apa yang penting brithday Asyraaf ada sedikit sambutan memadai makan, potong kek, aku tak pernah belikan hadiah untuk dia. Setiap tahun yang wajib, kek... tak minat aku nak buat parti atau majlis, dari berhabis untuk sambutan macam tu lebih baik buat kenduri, lagi afdal. Selagi dia tak tahu dan tak mintak, selagi tu aku tak akan buat, membazir dan sia-sia je. Tapi tahun lepas dia tanya pulak hadiah dia mana? "kesian yap tak dapat hadiah" sentap jugak!!!!! ni mesti abah dia yang cakap, "nak bagi hadiah". Aku pun panjang lebo cerita, dah belikan kek, dah makan sedap, itu pun duit da banyak habis!!!!.Ibu ni tak de orang nak kasi hadiah, nak belikan kek ke nak belanja makan ke? eeemmm.... lagi sedih!!!!


Apa yang penting, dalam usia yang semakin meningkat ni, aku nak fokus pada tanggungjawab, anak dan amalan, dah tua le jugak walaupun comel nampak muda kih...kih...kih.... tak pe la nak perasan pun syukur ini semua anugerah tuhan. Sebab tu kene selalu ingat tuhan, dan bersyukur juga sebab kesihatan pun OK walaupun kolestrol tinggi kat pinggul hehehehehehe..... doktor yang cakap, aku ulang cakap!!!! macam-macam, tapi dah doktor yang cakap!!!! kalau makanik yang cakap aku baling dengan spanar. So akur je la, so makanan bergoreng dikurangkan, tongking pun kurang makan, boleh tapi tak boleh selaku, cuma tak kasi aku makan mee goreng, dah itu makanan aku hampir setiap hari, sedih sikit!!!! tak kan nak makan nasi air "orang utara cakap, orang selatan cakap bubur.... sekarang ni boleh le makan, sebab tak sihat, sedap makan yang berkuah2, yang banjir2.... selesa untuk tekak...


Apa pun syukur Alhamdulilllah!!!!!, niat aku sedikit demi sedikit tertunai, nak pindah Putrajaya dah dapat, nak duduk kuarters, dah setahun lebih!!! nak bawak anak, dah sampai!!! nak beli kereta, dah terer bawak!!!! nak ngajikan Asyraaf di masjid besi, dah ngaji!!! nak kerja yang agak releks pun dapat jugak!!! nak simpan duit, dah ada dah!!!! so masa ni la nak fokus dengan amalan-amalan sunat khususnya. Niat tu walaupun bukan dalam doa, asalkan niatnya baik, Allah makbulkan juga... Biar hina dimata manusia, tapi disisi Tuhan yang dekat dengan Nya, yang ingat akan Nya, yang redha dengan ketentuan Nya, yang namanya redha bukan sekadar ucapan dibibir atau tulisan "post" di FB, tapi dari hati yang betul2 ikhlas ditambah dengan keyakinan bahawa setiap ujian dari-Nya pasti ada hikmah. Hanya Allah yang tahu hati setiap makhluknya. Cukup la mengejar cinta Allah, pasti tak akan sia-sia. MasyakAllah aku dah macam ustazah!!!!! 





Tapi itu la, hati tu dah ada mau dan gese untuk menambah amalan dan kebaikan, sebagai contoh teladan untuk anakku si bujang senang, cuma nak ubah penampilan 100% masih tak lagi, liat lagi, mudah-mudahan Allah bukakan hati. Nak apa lagi!!! hidup ni pinjaman dan sementara je. Nak kawin!!!! In syaa Allah, "aku terima nikahnya" andai Allah tentukan jodoh itu ada, tak mengharap yang sempurna, andai "pemandu teksi itu suami ku" andai "Dia peminat rahsiaku" ceh!!!!! dah macam tajuk drama.... so Aku harus redha, manusia hanya mampu berangan-angan, tapi realiti hidup perlukan pengorbanan, dan setiap apa yang dikorbankan untuk kebaikan pasti ada ganjaran dari Nya. Apa yang penting hidup dalam kasih sayang, toleransi, memahami. Itu kalau ada, kalau tak de pun aku redha, sekurang-kurangnya Allah dah berikan aku pengalaman berumah tangga, dan hadiahkan aku dengan cahaya mata yang cantik matanya, yang baik perangainya Amin!!!!! yang menyenagkan hati, malah kekuatan dan semangat dari dia untuk berubah kepada lebih baik..... dengan niat yang baik, supaya dia menjadi anak yang baik.... in syaa Allah Amin!!!!


Sabtu, 14 Februari 2015

Sakit VS Sihat

Agak berhari2 jugak aku tak sihat, selsema tu biasa, kali ni pekej, dengan sakit kelapa, bisa2 badan, ikutkan macam tak larat, tapi gagahkan jugak le langkah uruskan keperluan sekolah, hantar  mengaji, siapa lagi Nak buat kalau bukan diri sendiri.


Tambah pulak kaki aku cagu, Adeh!!!!! Seksa wooooo.... Jangan kata picit, sentuh pun x boleh, sakiiitttt. Tidur tak lena, tapi mandi tetap le basah heh!!!!!

Mungkin Nak bertambah usia barangkali juga menghapus dosa2 yg lepas, mudah-mudahan. Amin!!!! Dapat le MC sehari, biasa la aku mintak kan!!!!! X mintak x dapat, aku memang MC dari klinik kesihatan, Dr pun boleh tau la kalau tengok muka yg selalu ke jarang2 ke, kadang2 ke. Alhamdulillah sempat selesaikan beberapa urusan mustahak, ambik duit bantuan khas, bayar bil lunch with someone, belanja dapur di pasar sebelum tu, tidur dulu huhuhuhu.....


Selsema ni jangkit Asyraaf, dia yg demam n selsema dulu, la ni aku pulak da seminggu, ubat pun makan da habis. Anak beranak tak sihat, ubat aku pun Asyraaf bedal, Nak pulak makan buat, kalau tak punya payah Nak makan, ni aku Nak makan dia pun Nak makan, sudahnya buat aku kongsi 2 dengan dia.... Macam2 hal

Sabtu, 7 Februari 2015

Khamis, 5 Februari 2015

Rabu, 4 Februari 2015

Instagram


eeemmmm... kebelakangan ni aku suka jugak post di IG aka Instagram, ramai jugak kawan2 dari FB follow, tapi aku tak berminat nak follow dia orang. Tak sangka pulak, ada orang yang like n follow, aku pun tak kenal huhuhuhuhu....
 
Aku lebih suka post pasal makanan dan decoration rumah, aka da kemas rumah, post kat situ hehehehe... saje suka2. Aku nak post kat FB ni bimbang orang salah faham. Bukan nak buruk sangka pada orang lain, tapi minat manusia ni berbeza. So aku rasa selesa post kat IG je. Bukan nak suruh orang like or komen pun saje, suka2, hidup kita ni nak happy buat la apa yang kita rasa happy, baru la happy hahahaha....
 
Begitu jugak dengan FB, la ni deco2 rumah post dalam group deko rumah ku syurga ku, aku masak2 pulak post di jln2 cari mkn & menu sempoi. Seronok sebenarnya bila share sesuai dengan orang yang sama minat. Minat boleh berkembang dengan idea dari orang lain. Aku seronok..... hahahaha kelakar je....

Selasa, 3 Februari 2015

Berwajah Baru Dengan Shelf Boltless Storage

Stor Berwajah Baru

Emmm.... memang seronok tengok selepas siap dikemas. Tetapi!!!!!!!!!! sebelum nak sekemas ini punya lintang pukang aku nak siapkannya. Kisahnya bila ada iklan offer dalam paper, memang murah la kan kalau RM79.90 berbanding RM1++. Hari Sabtu lepas siap membasuh baju sekolah Asyraaf guna tangan dan guna mesin, siap sidai, sempat cuci tandas aku sebelum mandi. Sarapan dulu sebelum ke Masjid besi hantar si bujang senang mengaji, lewat sejam tapi masanya dari jam 9.00 hingga 12.00 tengahari bila sampai tak dok orang. So terus la ke giant di warta bangi, kat situ je la yang aku tahu huhuhu. Sempat la ke Mr. DIY sebelum ke Giant.
 
 
 
 
 
So aktiviti bermula dengan mengosongkan stor,keluarkan segala yang ada didalam, memunggahkan semuanya, sampai stor betul2 kosong kemudian  menyapu dan mengemop pulak. Peh!!!! berlambak barang2 aku kat dalam bilik tetamu dan pintu masuk rumah dekat meja makan lagi, MasyakAllah, memang banyak barang.




Lantai dah kering baru mulakan pemasangan rack, macam senang tapi tak semudah itu, sebab tak menggunakan sebarang skru, main lari2 pulak besi tu, nasib baik tak di hempapnya aku, tak de le cedera berat pun kalau kene, tapi boleh benjol dan lebam la jugak kalau kene, nasib baik la tak kene kan!!!!!

 
 
Memang terkial2 jugak le aku memasang, pasang atas bawah lari, pasang bawah atas tercabut, sebab tak de tukul besi, kaki tanggan aku yang jadi pengukul kuat mana aje besi tu nak kukuh, itu pasal main lari2 dengan aku. Sudahnya seret je ke dinding.
 


Sempat jugak le aku masak Maggie ekor asam laksa, haaa!!!!!! kau ada!!!! hahahaha.....  ada dengar kan!!!!! tapi ekor asam laksa aku manu dari aku, dah ada ekor dalam frez.  masuk je la dalam magie, mak!!!!! aiii sangat lembut digigit, cukup empuk, "cepat dimasak, sedap dimakan" memang terasa ekornya hahahahaha............. Perut memang da tahap kebuluran, tahap gigil kepala lutut da, baru nak makan.




Dah siap pasang nak memasukkan semula barang, bukan setakat masukkan aje. Siap semak kertas bagai yang mana penting simpan yang patut humban, buang je, MasyakAllah memang banyak sampah, banyak kerja, banyak masa diperlukan beg2 kertas dan plastic lipat elok2 yang mana boleh digunakan nanti letak sebekas setempat je. Nak guna senang nak cari Fuh!!!! tak larat siap sambung ahad. tak tunjuk keadaan yang haru biru dengan barang yang dikeluarkan, memang betul2 nak sambut tahun baru cina aku ni...hahahahahhaa.....



Sudah la gitu pening pulak kepala macam mana nak menyusun atur barang2. Yang ada di cabinet dapur pun habis aku letak dalam stor jugak, ada space tak pe jangan tak de. Akhirnya selepas bertungkus lumus siap jugak, Alhamdulillah dah kemas!!!!! sebelum ni almari baju asyraaf yang aku letak kat store ni, da ada  yang baru almari baju tu letak la dalam bilik tetamu, yang tak serupa bilik, sementara ni jadi tempat sidai baju. Perlahan-lahan la untuk hasilkan bilik tetamu ni.

Tapi hilang kekemasannya sebab masukkan jugak tong gas, dan kipas, almaklum le tak de keperluan untuk digunakan. Setiap bilik ada kipas yang tak ada di dapur...... dan stor hahaha elok le tu pisar dalam stor.







 

SESEDAP RASA