Khamis, 10 Julai 2014

Tamu Ramadhan


Ee...... Serupa tetamu tak di undang. Tiba2 je ada orang mesej mengaku kawan polan si polan... suruh aku tanya kawan2 yang perlukan housemate. Bila aku kata nanti aku tanyakan kawan. Dia kata tak sempat pulak, sebab nak tumpang malam 01 Julai jugak... dalam hati aku kalau dah macam tu kenapa nak tanya aku. Aku faham, kalau nak tumpang cakap je la nak tumpang rumah, kan!!!!!! Apa salahnya nak tumpang maklum awal-awal, sehari sebelum ke? 

Aku pun cakap je kalau macam tu tumpang je la rumah akak. Tapi  hati aku ni dalam keadaan rela paksa. Kesian kat orang, kalau aku dalam situasi macam tu pun, memang mengharap simpati orang jugak. Kelam kabut aku di buatnya,  mana taknya tetamu  nak datang, beli lauk pauk di pasar tani, beli perabut pulak nak hantar malam tu jugak, bilik untuk tetamu tak ready lagi. Dah datang malam call aku tanya pulak rumah kat mana, aku tanya dia kat mana dia pun tak tau ingat putrajaya ni petronas 1 je ke? laki dia boleh pulak cakap nak marah aku. Agak2 le kalau aku tak bagi bini dia tumpangkan, apa jadi.... Aku yang kurang ajo ni pun ada bahasa jugak.

Nasib baik dia datang lambat sikit, aku sempat kemas bilik untuk dia, bilik asyraaf pulak aku kemas kemudian. Aku memang pernah la nampak dia, itu pun jumpa masa majlis jabatan dia. Nak kata kenal atau kawan tu, rasanya tak masuk dalam kategori kot.  Aku memasak je untuk berbuka, tak pernah ajak makan luar, mana ada kenderaan. Tertanya-tanya jugak dia tinggal kat rumah aku sampai bila ek!!! eemmm.... tak lama ada la dalam seminggu dia kat rumah aku. Jumaat balik kampung jumpa family, maklum  le sudah berkahwin.

Macam mane dia datang macam tu jugak le dia balik, last minit baru nak bagi tau dah dapat penempatan dan nak balik @ nak luar, laki dia siap datang, maknanya, mesti dia dah dapat tau awal.... Tak salah pun kalau bagi tau aku, eeemmmmm biar lah mungkin peel dia memang macam tu. Bila last minit mintak maaf la kalau nak bawak laki dia masuk rumah aku. Aku masak cukup2 jer.... Memang nak ajak buka kat rumah.... tapi ...... aku tak bersedia dan tak sediakan makanan yang banyak kalau cakap awal2 dengan aku, boleh la buka kat rumah aku, bukan aku berkira sangat pun.

Sebenarnya, aku suka kalau ada orang datang rumah, orang yang datang tu membawa rahmat untuk keluarga, apa lagi menyediakan makanan untuk mereka dan apalagi menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa. Tapi keadaan orang yang datang tu biarlah bersesuaian, maklum awal, atau dijemput.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA