Selasa, 11 Februari 2014

Suratan Atau Kebetulan..




Dalam hidup ini ada perkara yang boleh diusahakan ada benda yang boleh dipilih, boleh dicari, boleh diperolehi dan boleh berganti. Tapi soal hati dan perasaan atau pasangan cukup sensitif untuk di perkatakan. Kenapa hendak perlu mencari, jika itu bukan kehilangan,  hanya takdir yang belum menemukan. 


Hati manusia sukar untuk dijangka. Ada kala yang datang cukup bersungguh-sugguh, kesungguhan itu menimbulkan perasaan yang tak selesa malah hati semacam tak boleh terima. Apalagi yang datang tak seperti apa yang diinginkan, lalu ia diabaikan saje dan secara tak senjaga melukakan hati insan lain. 


Namun tak kurang hebatnya bila sendiri yang terkecewa. Penat asyik membalut luka, hingga hati ni seperti tiada rasa bila sarat dengan duka, biarpun alah bisa tegar biasa, namun terasa tak mau menangung duka lara.
kerana hati ini bukan batu yang kebal untuk melawan rasa.

Langkah diatur cukup berhati-hati, bimbang luka berdarah kembali. Namun hati terusik jua, lantas sikap sentiasa disalah tafsirkan. bukan ego, bukan sombong, sedari siapa diri ini, siapalah aku untuk jadi begitu, tiada apa yang boleh di tunjukkan sebagai kebanggan.




 Sikap mereka adalah peranan besar dalam membuat pilihan, kerana ada yang tak memahami hanya menilai pada dasarnya, kenyataan sering di pertikaikan, lantas buat aku jadi bosan. Bukan kebendaan yang dipandang, cukup sekadar ada keserasian dan sedar akan tanggungjawab. Tunjukanlah contoh teladan yang baik, agar hati ini sedikit tenang tetapi semuanya mengusarkan hati lantas aku berundur diri. Ini adalah kenyataan, takdir tuhan bukan mainan.... dan aku pun tak mau di permainkan, biar takdir menentukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA