Isnin, 10 Februari 2014

Lagi!!!!!!!!


Emm.... aku da start kerja luar @ out station.... ke Perak gamaknya.... Alhamdulillah da masuk opis. Tapi ini ler.... bila x ambik cuti memang terasa penat... rasa nak rehat, nak tidur, pendek cerita malas nak buat kije.. adeh!!!!!!! tolong .... tolong..... huhuk..


Aku fikir aku selamat la kan bila balik pentarama semula 2 kumpulan, dibahagi 2, 1 kumpulan OC S22 dan 1 kumpulan OC S27, 2 lelaki dan aku gegurl. semua OC-OC baru, yang lama sudah bertukar. So konflik yang dulu tiada lagi. So aku fikir yang aku tak perlu keluar, aku ada masalah pasal penjagaan anak tak de siapa yang jaga. Itu yang malasssss nak keluar. Emmm aku manusia biasa hanya mempu merancang je kan!!!!  


 Tapi aku kene keluar jugak.... Ini semua berpunca apabila masalah kecil di besar2kan aku jadi mangsa (kononnya la!!!)..dan disalahkan. Memang bengang betul dengan haji maylis ni ... orang dah tak suka dia sendiri mau ingat la .. itu pasal le aku kene keluar, tak pe la, aku memang biasa tak pandai menolak kerja, bila suruh keluar aku keluar la, memang ini tugas OC pun (kononya!!!! tapi memang betul) Fikir positif je Allah nak bagi rezeki, ramai yg nak duk pentarama kerana kelim lebat tapi aku lain pulak, ada peluang tapi tak mau.... Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang ada... tak mengharap sepenuhnya dengan kelim, sebab anak lebih penting dari duit, duit boleh di cari, tapi anak kalau 10 pun lom tentu sama antara satu sama lain.

Jadi bila nak keluar semula tu, perasaan aku hanya aku yang rasa cukup berdebar, mana tidaknya dah le lama tak keluar, dulu keluar pun dengan OC S27, tub2 ni nak keluar aku jadi kepala sesorang, bimbang kene buli dengan dia orang hahahaha.... Penolong Pengarah pun risaukan aku, sebab status dan takut kene kacau, kene buli dan sebagainya... Alhamdulillah ada yang prihatin, tapi apakan daya tugas kene laksana.

Tak di nafikan kelam kabut jugak aku uruskan apa yang patut sebelum ke Perak, dengan koir Perhimpunan Pagi Kementerian lagi dengan sambutan Hari Lahir bersama menteri ceh!!!! jemputan khas tu!! memang tak menang kaki tangan haha...

Alhamdulillah aku ke Teluk Intan tempat menginap kami keluarga PENTARAMA dengan menaiki kenderaan jabatan, hehe mcm bos rasanya... perasan kan!!!! ada aku kisah, semua dah jelas masuk meeting boleh mohon kenderaan jabatan. Biasa la kalau dah namanya OC kene lawat kawasan terlebih dulu untuk memastikan kenderaan yang besar2 boleh masuk ke padang, sebab tu aku mohon kenderaan @ kereta untuk kerja jugak. senang nak gerak.

Nasib baik 3 show jer di Perak, show seterusnya di Selangor di sambung oleh OC baru S27. Aku da!!!da!!!!! pulang.. marilah pulang.. marilah pulang..... ke Putrajaya... Itu pun da rasa tak larat, mana taknya bila show, urusan dengan orang itu, orang ini, sampaikan 8hb aku kerja lebih dari 12 jam.. dengan uruskan untuk bengkel lagi, dengan keadaan cuaca panas sepanjang hari, balik show memang atas jam 1.00 pagi la perkara biasa.... tunggu kru kemas, semua kenderaan gerak baru aku gerak bersama2.

Itu tak di cerita pasal negetif @ sikap sorang 2 anggota yang entah apa2 ntah, kalau kene marah dengan orang lain, jangan le marah aku sekali, kenapa nak libatkan aku pulak.... Aku memang malas nak layan. Aku buat kije aku jer..... Aku ni sensitif jugak, tapi kene keraskan jugak hati ni.... Ini kerja bukan kerja mudah, kalau aku lemah aku kene buli, setakat sorang dua perangai angin x tentu hala, aku boleh fikir ramai lagi yang ok dengan aku, kebajikan mereka aku jaga, maklumat disampaikan dari masa ke semasa, kerja dia orang pun aku tak ganggu. Berbanding dengan OC2 yang dulu. Aku memang tak suka cari pasal sebab nak jaga hubungan baik dan kerjasama yang berpanjangan juga baik kerana sesama manusia sekurang2nya. 

Selepas 5 hari 4 malam dari 06hb - 10hb Feb di Perak. Tak berlaku perkara yang tak diingini seperti sebelum ni, hujan, kematian, kenderaan rosak, nasib baik lori jenset dan lori pentas da baru, artis pun naik bas baru, bas da tinggal 1, bas lama dah rosak jugak. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Oleh kerana tu, aku da rasa seronok pulak ikut show.... sebab komitmen dan kerjasama yang baik dari semua, artis, kru, cuma pemuzik tu aku agak segan sikit sebab semua lelaki, senyum je nak tegur @ berborak panjang macam lom boleh masuk lagi huhu.. lagi pun takut orang timbulkan kontroversi...

Aku dah tau nak tegas d mana, bergurau d mana dengan dia orang. Walaupun ada yang suka nak mengusik, ada jugak yang pandai nak bergurau2 dengan aku... OK la tu maknanya dia orang selesa dengan aku...anggap itu perkara biasa tak kan nak menyombong pulak, nanti kalau jadi apa2 pada aku dia orang jugak yang tolong. So senyum je la.... modal aku sepak kang.... tampo kang.... dia pun da terikut.... 

Apa pun aku seronok dengan suasana sekarang berbanding dulu...


2 ulasan:

  1. Kalau kena kerja luar, Asyraff tinggal dengan siapa Idah?

    BalasPadam
  2. terpaksa bawak mak duk umah saya misah.... kadang2 orang tak faham masalah kita... tapi tak pe la.... selagi boleh terima.. terima je la... kalau dah tak boleh baru tolak....

    BalasPadam

SESEDAP RASA