Khamis, 18 Julai 2013

Pertemuan & Perpisahan



Dalam hidup ini perkara yang menjadi kenangan manis dalam ingatan adalah sebuah pertemuan. Pertemuan adalah takdir yang tidak dirancang tetapi, bertemu adalah sebuah perancangan dari sebuah pertemuan. Pertemuan bukan titik noktah dalam perhubungan kerana tidak semua pertemuan berakhir dengan gembira dan bahagia kerana takdir Allah penentu segalanya.

Pertemuan yang lebih mesra kepada perkenalan, mewujudkan sebuah perhubungan yang memberikan pengalaman. Dari perkenalan bermacam ragam manusia dapat di nilai dan di kenali. Siapa kita dan siapa dia di mata masing-masing dan apabila niat, matlamat dan keinginan berbeza maka perhubungan berakhir di pertengahan jalan dan mengakhiri sebuah perhubungan.

Sebagai manusia yang mempunyai hati, sedikit sebanyak hati tetap terusik, namun keredhaan atas takdirnya mampu menyedarkan bahawa mungkin ia bukan yang terbaik untuk kita atau mungkin pengajaran yang menduga kekuatan diri dalam mengatasi segala permasalahan yang wujud.

Yang sebenarnya, ia merupakan pengalaman. Tidak seharusnya ada dendam dan benci, malah harus menghormati pendirian setiap kita, kerana inilah takdir-Nya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SESEDAP RASA