Isnin, 1 Julai 2013

Peluang..............


Siapa sangka dalam keadaan aku berperang dengan perasaan, kerja, anak, kesihatan dan segala macam masalah. Tiba2 aku dimaklumkan ada orang yang sanggup tukar suka sama suka dengan aku. Tiba2 kepala aku yang sakit ni, terasa lega!!!.

Kalau la aku tukar ke Muar, memang banyak senang, rumah dah ada, dekat nak balik kampung, kerja pun bukan sebok sangat ertinya masih boleh uruskan anak bujang aku tu. Aku dah rasa betapa sedihnya bila sendirinya di Putrajaya ni.

Hidup baru aku di Putrajaya ni tak ubah macam halimunan hahaaha.... mana tidaknya, ke tempat kerja aku sendirian melayan perasaan senyap seribu bahasa, bila sampai di opis baru la jumpa kenalan, memang ramai tapi dalam bab kerja jer dan di pejabat je.

Apabila ke luar bangunan aku sendirian, berjalan, berlari anak ke tempat tunggu bas. Sampai rumah lebih berborak dengan kawan sebilik jer, kawan yang lain2 tu kalau keluar bilik ada le borak, kadang aku sendiri pun malas nak keluar bilik.

Pendek cerita apabila aku di luar memang sendirian, Alhamdulillah aku dah tau selok belok di untuk balik ke Kampung itu yang penting. ke Alamanda tengok je la bas kalau LED kat bas tu ke alamanda naik je la mesti sampai. Itu pun baru sekali aku ke sana, itu pun sebab nak keluarkan duit.

Aku suka kerja di Putrajaya ni, cuma yang aku tak suka bila out station, tengah2 panas berjemur tengokkan krew bertugar pasang P.A. untuk show, aku selalu diserang sakit kepala, sejak aku dapat tau aku ditempatkan di PENTARAMA. Barangkali aku tress agaknya.

In Syak Allah, kalau sanggup aku tukar le, walaupun dalam hati ni dah tak mau tinggal di Johor lagi.... merajuk sudah... hahahaa...

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah IDah..semoga dapat hidup serumah lagi dgn anak tercinta. Ibu mana tak sayang anak...bagi saya anak adalah segala2nya bagi seorang ibu, bila sakit anak, ibu la orang pertama yang akan merasa sakit juga...

    BalasPadam
  2. tu le misah, tapi sapawi mintak tunggu pulak dia nak tengok keputusan S27, kalau tak dapat baru dia setuju....

    BalasPadam
  3. Oo..mudah2an dapat la sapawi ke s27. Yer la, dia pun dah lama juga pegang s22 kan.

    BalasPadam

SESEDAP RASA